Wednesday, February 15, 2012

Tribute kepada tokoh paling berpengaruh dlm hidupku: Imam Hasan al-Banna, feb 12, 1949


Tanggal 12 Februari, adalah tarikh kewafatan tokoh gerakan Islam terhebat abad 20, syaikh Hasan al-Banna, pengasas dan Mursyid pertama Pergerakan Ikhwan al-Muslimoon. 12 Februari, 2012, maka bermakna 63 tahun sudah terbunuhnya seorang negarawan Egypt yg mana fail pembunuhannya telah menjadi X-file. Pembunuhnya masih bebas dan hanya di Mahsyar saja, pembunuhnya akan diseret di hadapan mahkamah Allah swt. Namun, dengan takdir Tuhan, hasil usaha syaikh Hasan al-Banna, akhirnya membuahkan hasil jua dengan revolusi rakyat Mesir di Dataran Tahrir yg menjatuhkan saki baki Regim Nasseriah, Gamal abdel Nasser yang dipegang oleh Hosni (yg tidak) Mubarak. Kebangkitan dan transformasi politik Mesir merupakan suatu benih yang ditanam oleh seorang insan bernama Hasan al-Banna.
Pertama kali aku mendengar risalahnya ialah ketika aku menuntut di ITM Cawangan Arau, Perlis. Walaupun bumi Perlis adalah bumi sunnah, bumi salafiyah, tapi pergerakan brotherhood tumbuh subur di Perlis dan mereka hidup saling berjiran, saling bersefahaman. Aku ditakdirkan dihantar ke ITM Perlis dan ditakdirkan menemui Ikhwan terlebih dahulu sebelum gerakan sunnah. Ketika aku ditempatkan selepas minggu Orientasi, Allah mentakdirkan aku ditempatkan di sebuah rumah penginapan tiga bilik yang rata-rata penghuninya adalah pelajar-pelajar IM. Dari rumah itulah aku pertama kali mendengar risalah Hasan al-Banna dan gagasan gerakan Ikhwannya dan selepas itu 15 tahun aku bersama gerakan yang fenomenon itu. Risalah al-Banna telah merubah worldview ku dari Islam tradisional kpd Islam haraki, Islam ikutan menjadi Islam wa'iy (Islam yg penuh kesedaran), dari Islam dorman, kepada Islam yang bergerak...Antara yg masih terkesan dalam hidupku ialah:
10 rukun baiah brotherhood

10 Rukun baiah bersama brotherhood:
akujanji utk:
  • Faham
  • Ikhlas
  • amal
  •  Jihad
  • berkorban apa saja (tadhhiyah)
  • Tsiqah (percaya)
  • Ukhuwwah
  • Tajarrud (fokus kpd manhaj)
  • Thabat (teguh peribadi)
  • Taat (siap siaga menurut perintah
Banyak sekali kenangan manis ketika bersama brotherhood yang mana akan aku tuangkan dalam beberapa kitab yang bakal menyusul kelak. Aku sentiasa positif dan mengharapkan yg terbaik terhadap para ikhwan yg masih bersama brotherhood khususnya di Malaysia.

5 comments:

alias said...

nak join IM semula?

yat said...

hosni (yg tidak) mubarak, haha, terbaik!!

teringat tajuk berita masa eidul fitri 'eid mubarak withous hosni mubarak'..

THTL said...

alias,
kemungkinan akan join, kalau ikram dapat satukan kesemua IM factions kat Mesia ni...hehehe

yat,
hosni x mubarak tu mmg follow banner idilfitri di egypt

'Abdullah said...

pak thtl, macam mana boleh ingat cerita-cerita lama punya detail untuk tulis travelog? ada simpan diary ke?

THTL said...

based on memory je, diary, catatan dan nota2 usrah di USA semua hilang kerana kerap sangat pindah rumah dari satu negeri ke satu negeri hingga settle di subang jaya..bila tengok balik, semua nota2 dan diary lama semua sudah hilang, sebab tu dok tulis balik supaya ia tidak hilang begitu saja..