Thursday, February 16, 2012

Travelog USA 42: Proses Mencari calon Isteri bermula 6.0

Kazoo-Chicago-LA-Narita-Subang
Proses taaruf (perkenalan) baru saja bermula dengan ukhti A, namun beliau terpaksa  bergegas pulang ke tanah air kerana sudah menamatkan pengajian peringkat ijazah BBA Finance. Penajanya Risda tidak dapat menyambung permohonan  beliau untuk sambungan biasiswa ke peringkat Masters, MBA. Ia suatu berita yang memeritkan buatku memandangkan aku ada satu semester lagi utk menamatkan peringkat BBA Managementku. Sebaik saja tamat semester musim salju, ukhti A berlepas pulang ke Malaysia. Musim sejuk yang baru saja berakhir, namun aku terasa kesejukan buatku akan berpanjangan.
Aku membuat keputusan akan meneruskan juga proses  taaruf kerana aku menaruh harapan tinggi, beliau akan dapat mencari penaja sekembalinya di Malaysia, paling kurang mendapatkan biasiswa JPA atau paling akhir ialah cuba mendapatkan Pinjaman Mara. Ukhti A juga setuju untuk meneruskan taaruf dan beliau pulang dengan tiga tugas berat, untuk meyakinkan keluarganya agar menerima keputusan beliau utk berumah tangga ketika  masih dalam pengajian, kemungkinan atau terpaksa melangsungkan perkahwinan di USA dan akhir sekali (yang terpenting) ialah mendapatkan penaja/biasiswa untuk datang semula ke US menyambung pengajian peringkat Sarjana pulak. Jika gagal mendapatkan penajaan, maka berkuburlah pilihan keduaku. Aku merasakan jika gagal lagi proses pencarian seterusnya akan menjadi semakin sulit.

Sekarang, apa cara untuk kami bertaaruf?  Pada masa itu teknologi internet baru di peringkat kajian. Telefon bimbit pun dalam peringkat kajian awal.  Penggunaan talian telefon IDD jarak jauh, amat mahal sekali..Maka terpaksalah aku menggunakan teknologi zaman purba, snail mails atau sistem surat menyurat. Berbanding zaman sekarang, dengan penggunaan smartfon, maka sudah tentulah bertaaruf di zaman sekarang lebih terdedah kpd bahaya dan fitnah. Syukurlah kerana pada masa itu teknologi komunikasi canggih masih belum keluar lagi.  Maka penggunaan surat menyurat akan menjamin susila Islam akan terjaga.

Bagaimana untuk menulis surat taaruf yg ada unsur jiwang ni?  Aku belum pernah menulis surat2 cinta kepada sesiapa sebelum ini. Pertama, alamat surat menyuratku di Kazoo ialah no 100 Western Avenue, apartment no N-3..ya itulah alamat kediamanku. Selepas seminggu, ukhti A berlepas pulang ke Malaysia, khususnya ke Kelantan, maka aku mula mengarang surat pertamaku. Terasa begitu sulit sekali...sungguh susah utk menyusun susunan ayat...TBC


--------------------
*BBA=Bachelor in Business Administration (ijazah pertama dalam pentadbiran perniagaan)

1 comment:

Mohd. Ikram said...
This comment has been removed by the author.