Friday, February 17, 2012

radd atas ulasan Masih Merah Tanah Kubur part 2

sambungan:
---------------------------open quote
4- Suami tidak perlu meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lain, dan adalah menjadi hak suami untuk berkahwin dua, tiga atau empat, walaupun tanpa pengetahuan isteri.
----------------------------close quote

aik, dah tukar tajuk pulak. Dari kematian isteri, sekarang dah masuk topik syarat2 poligami.
Ulasan:
Ini tajuk Poligami, antara tajuk kegemaran saya.
Memang suami tidak perlu kepada kebenaran isteri untuk berkahwin lain, sekiranya isterinya telah wafat. Apakah orang dari kubur perlu ditanya?

Jika pengarang maksudkan adalah poligami, maka syarat meminta kebenaran IsOne ditetapkan oleh Penguasa Malaysia disemua negeri persekutuan Malaysia kecuali Perlis, Terengganu dan Kelantan, tapi semua negeri2 tesebut mensyaratkan isteri pertama ada hak dimaklumkan akan hasrat suami hendak berpoligami.
kenapa syarat2 baru diperkenalkan, antaranya mendapat persetujuan isteri atau isteri pertama perlu dimaklumkan?
Itu adalah ijtihad Penguasa atau ulum amri minkum berdasarkan kaedah masyhur, mudharat dihapuskan. Mudharat poligami zaman moden ialah lelaki2 yg tidak lagi sama dengan Umar, abu Bakar, Uthman, Ali, abd Rahman bin Auf dan Poligamis salafi. mereka terkenal dengan ahli ibadat, bagun tahajjud saban malam, bertempur di medan jihad bepuluh-puluh kali, banyak puasa dan banyak bersedekah berbanding dengan lelaki alaf 21. 
Sebab kedua isteri pertama perlu dirujuk dan diminta pendapat ialah kerana pada pertama kali nak akad nikah wanita ditanya akan keizinannnya, maka kenapa bila suamiku nak kawin lagi, aku tak perlu ditanya??
apakah IsOne itu tunggul mati?
Wanita yg juga isOne hari ni, majoriti di antara wanita2 moden hari ini adalah working women,, career women yang ada gaji dan pendapatan sendiri. Suaminya juga yg benarkan isterinya bekerjaya dan memiliki jawatan tinggi dan bergaji besar. Maka kenapa fiqh 1300 tahun nak dipakai sedangkan wanita di waktu itu adalah tidak berpelajaran dan tidak ada kerjaya dan bergaji. Fikirkan perubahan realiti, kekadang isterinya adalah seorang pengurus di sebuah syarikat, tapi bila suaminya nak kawin lagi, isterinya yg juga seorang pengurus atau pensyarah, tidak diajak berbincang.
Maka di atas perubahan uruf itulah, Penguasa umat Islam moden memutuskan syarat2 baru perlu diperkenalkan. Tamat bab poligami sebab dah banyak gaduh sebelum ni.

No comments: