[Aku tinggalkan sekejap permasalahan calon isteri kerana kami hanya saling berhubung melalui surat menyurat sahaja, perkembangan akan aku maklumkan dalam siri-siri akan datang]
Semester Spring (musim bunga) berakhir sudah. Calon keduaku, Miss A sudah pun pulang ke Malaysia. Sekarang semester Summer (musim Panas) yg merupakan semester terakhirku, alhamdulillah, ia mengikut jadual.
summer di US adalah musim bercuti |
Semester musim panas (summer) di Kalamazoo agak pendek dari bulan Mei hingg julai, dan disambung dari julai hingga ogos). kebanyakan pelajar Amerika tidak mengambil kelas dalam semester musim panas kerana ia dihabiskan untuk melancung dan bercuti. Mereka yang ambil kelas semasa semester Summer adalah mereka yg ingin menghabiskan pengajian dengan cepat atau mereka yang ditaja oleh biasiswa dan mereka perlu mengikut jadual biasiswa mereka atau mereka yang tidak ada budget melancung!
CGPA atau purata nilai keputusan peperiksaanku biasa saja, tidak terlalu cemerlang, mungkin terlalu sibuk sebagai Imam Pusat Islam Kazoo, sebagai Naqeeb USA, saban minggu ada program usrah, maka ia agak memeritkan untuk cemerlang dalam bilik kuliah pula tapi semua matapelajaranku lulus semuanya setakat ini. Ada tiga matapelajaran terakhir untuk dihabiskan. Aku juga telah mengambil ujian GMAT (graduate management aptitude test), ujian maraton 7 jam untuk melayakkan aku memasuki program ijazah sarjana MBA. Peperiksaan GMAT ni dilangsungkan dalam dewan dengan semua student MBA akan menghadap komputer peribadi seorang satu dan soalan akan muncul untuk dua-tiga minit sahaja dan kemudian ia akan ghaib dari skrin dan soalan yg baru akan muncul, dan ia tidak boleh diulang semula, maka kita mesti menjawab dengan pantas. Soalan2nya merangkumi semua aspek pentadbiran perniagaan, isu semasa, pasaran saham, politik, ujian IQ dan EQ (ketajaman akal dan kepintaran emosi). Markah ujian GMAT ini akan memastikan kita layak memasuki universiti yg top di USA utk program MBA. Apabila keputusan GMAT keluar, dukacita, aku gagal mendapat markah yang memuaskan dan aku dinasihatkan oleh rakan-rakan supaya mengambilnya sekali lagi. Aku bercadang mengambilnya semula pada bulan Julai nanti. Ujian maraton GMAT merupakan suatu kejutan buatku dan aku harap ujian kali kedua nanti membuatku lebih bersedia.
Sesi pengajian di US pada musim panas adalah paling menyiksakan. Kebanyakan pelajar perempuan khususnya perempuan tempatan mereka akan memakai pakaian paling seksi, ada yg pakai hotpant dan pakai miniskirt sahaja memasuki bilik kuliah dan ia bukan kesalahan di US dan kemudian sambil menunggu kelas bermula, mereka akan berjemur beramai-ramai di atas rumput di celah-celah bangunan sambil berbikini untuk menikmati cahaya matahari yg dinikmati cuma 3 bulan sahaja dalam setahun. Ini suatu pemandangan yang paling menyiksakan buat pelajar2 Islam. Sebab itulah kami kalau boleh memang kami ingin berkahwin secepat mungkin. Oleh kerana matapelajaran akhir kebanyakannya kerja berkumpulan, maka dalam kelas Management 499, semua pelajar diundi dan aku menyertai satu kumpulan projek pengurusan seramai 5 orang, 3 perempuan dan dua lelaki dan aku adalah satu-satunya pelajar Asia. Tiga perempuan adalah pelajar tempatan, manakala seorang lelaki kulit hitam juga rakyat tempatan kalamazoo. TBC
No comments:
Post a Comment