Friday, February 17, 2012

radd atas ulasan Masih Merah Tanah Kubur part 1

Petikan sebuah Ulasan super rinkas
sumber: jiran sebelah
-------------------------open quote:
Masih Merah Tanah Kubur…

Salam,

1- Masyarakat selalu melarang seseorang lelaki yang kematian isteri daripada berkahwin lain, dan alasan “Masih merah tanah kubur…” sering digunakan.


2- Tidak ramai yang mampu menilai hal ini berdasarkan Islam, tanpa pengaruh perasaan atau emosi.


3- Menurut Islam, tiada larangan bagi seseorang lelaki untuk berkahwin pada bila-bila masa, sama ada isterinya masih hidup atau sudah mati.
---------------------------------------------------------------------------close quote
Tahqiq thtl:
Walaupun Islam tak larang akan lelaki yg kematian isteri, bergegas keesokan harinya segera mencari bini yang baru, tapi pengarang lupa, kita ada URUF dan Akal budi.
pertama: Bila Nabi saw ditimpa musibah kewafatan Khadeeja yg berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 10 nubuwwah, Nabi saw berkahwin dgn Saudah pada Ramadhan tahun ke 11 hijrah. maksudnya ada gap 1 tahun. Bukankah baginda sebaik-baik contoh? Buktikan selepas kewafatan Khadeeja, Nabi segera keesokan harinya telah berkahwin lain...
kedua: uruf. 
Bila wanita yg kematian suami beriddah selama 100 hari, takkankah suami kematian isteri akan bergegas mencari bini baru pada keesokan harinya. Di manaka perasaan anak-anak, mertua, ipai duai. saya rasa yg membuat posting ini adalah insan yg belum pernah menyintai perempuan dan belum pernah merasai jima'. hehehe. 
Mengikut uruf dan akal budi, bila berlaku kematian, kena tunggu kemerahan kubur itu bertukar menjadi hijau adalah tanda kita menghormati kematian isteri tercinta, sama dengan iddah 100 hari terhadap wanita yg dikenakan syara' ke atas setiap balu kerana menghormati suaminya. maka apalah salahnya bagi lelaki bertenang sekejap sehingga kemerahan kubur isterinya telah bertukar menjadi kaler hijau.
Uruf ini juga di sokong, ghairah lelaki masih kendur bila kematian orang tersayang, maka biarlah selera dan ghairah utk kawin lain itu mekar semula terlebih dahulu.  
Menunggu seketika selepas kematian isteri adalah menghilangkan prasangka anak, mertua dan masyarakat setempat bahawa suami menyintai isterinya dan jika cepat2 kawin, menandakan suami amat jelik terhadap mantan isterinya dan seolah-olah kematian isterinya adalah suatu kelegaan. Maka perasaan anak-anak kena dijaga dan juga perasaan mertua dan ipar duai kita.
------------------------------------------tamat part 1


sebuah syair:
  tangan engkau sendiri yg meletakkan sekujur tubuh ke dalam liang lahad
tangan engkau sendiri yg menimbusnya
hingga ghaiblah tubuhnya dari pandangan matamu
kembali ia menjadi tanah
tunggulah kemerahan tanah itu hingga
ditutup oleh rumput hijau
barulah engkau  mencari penggantinya...

No comments: