----------------------------open quote:
16- Maka apakah hak orang lain untuk menghalang atau merumitkan atau menyusahkan seseorang muslim berkahwin?
-----------------------------close quote Ulasan thtl:
Perkahwinan di Malaysia sekarang memang rumit dan menyusahkan. Kerumitan itu disebabkan oleh banyak faktur, antaranya individu, sosial , ekonomi dan karenah birokrasi pihak Berkuasa.
Yang ingin difokuskan di sini menurut hemat saya ialah, halangan dan kerumitan yg ditimpakan ke atas:
1 . Suami yg kematian isteri, ingin berkahwin semasa kubur isterinya masih merah dan fresh. Kemungkinan si suami ingin bernikah padda keesokan harinya. Halangan datangnya dari kata-kata yg popular, kubur isterimu masih merah.
Ulasan: Kita sudah menjelaskan, ia adalah kekangan uruf (adat) dan akal sihat menyatakan, lebih baik tawaquf atau berehat seketika sebelum berkahwin baru dalam keadaan semua keluarga masih bersedih dan bertakziah. Bagi saya tuntutan penulis yg mahukan uruf boleh kawin walaupun kubur isteri masih merah adalah suatu tuntutan yg agak pelik serta bersifat melampau tanpa mengambil kira sensitiviti sesuatu budaya kaum Tidak pernah saya tahu ada mana-mana bangsa di dunia ni yg mana sebaik saja kematian isteri, suami terus mencari isteri keesokan harinya. Kenapa nak tergesa-gesa sangat ni? rasa agak kepelikan sikit..jangan nampak Islam begitu tak ada sifat tasawwuf.
Pakar poligami jiran sebelah menyatakan: helah utk cepat merubah kubur bini dari merah kepada hijau ialah setiap hari, 3 kali ulang alik ke kubur isteri, tujuannya membawa baja dan menyiram dan menanam pokok2 dan rumput, supaya kubut itu hijau dengan cepat. amalkan petua beliau. hehehe
2. Sekatan dan halangan sosial dan karenah birokrasi yg menyekat suami berpoligami. Bagi saya, jika tuan hamba mahu berpoligami, benar2 jujur ingin poligami, layak dan sihat tubuhbadan, maka apalah yg menghalang anda?? Jika anda genuine perlukan lebih dari satu isteri, anda jujur, anda memiliki daya kepimpinan tinggi, maka halangan utama hanyalah mengisi borang saja. Borang pun boleh downoad dari website Jais..takkanlah isi borang dan naik turun pejabat jabatan agama pun menjadi isu, sedangkan semua benda di Malaysia ni kena isi borang dan naik turun pejabat kerajaan...semua benda kat Malaysia ni susah, hatta nak dapatkan bantuan tunai RM500 dari BRIM pun kena isi borang dan dapatkan clearance dari LHDN..yang penting calon2 poligamis perlukan ialah kehendak yg kuat dan sejauh mana dia mampu menguasai isterinya. Jika kepimpinan dalam rumahtanggan pertamanya tidak kuat, isterinya pun ada gaji setanding dengannya, banyak perbelanjaan keluarga adalah perbelanjaan bersama, joint loan dan joint account, maka ini suatu tindakan yg agak sukar dan akan berakhir dengan mahkamah. Ini bukan derhaka, tapi silap melayu juga kerana menjadikan wanita mereka menguasai ekonomi (kes wanita kelantan dan selatan Thai).
Terimalah..ini realiti Malaysia 1433 hijrah, bukannya 20 hijrah lagi...setiap benda ada borang, setiap benda ada pengawasan penguasa. Jika anda mahukan segalanya lelaki, maka hijrahlah ke arab saudi.
No comments:
Post a Comment