Showing posts with label Editorial. Show all posts
Showing posts with label Editorial. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Tiba di saudi untuk akademik kalendar yg baru

Salam, 
Saya sudah menamatkan percutian musim panas dari 15 jun-02 September 2014. Kalendar baru IPTA Saudi bermula 1 Sept 2014 sampai 5 Jun 2015. Dijangka ini adalah kontrak terakhir saya dgn KSA sebagai juruperunding akademik kecuali mereka membuat tawaran baru yg sukar untuk saya tolak. Saya tiba dgn penerbangan saudia SV838 dari KLIA 2 september 2014 dan sudah bekerja seperti biasa. Cuaca di Jizan city masih panas, suhu zuhur sekitar 38-39 darjah selsus. Ribut pasir juga masih kerap melanda. Sepanjang cuti, saya sempat menyempurnakan perkahwinan putri kesayangan saya (pada 30 Ogos 2014), Asma' (dengan pasangannya Khairie) dgn suksesnya di PutraJaya. Ramai sekali kawan2 lama yang datang termasuk Tuan Haji Kamin dari al-Ahkam.net.
Saya dijangka pulang semula ke Malaysia untuk cuti Aidil Adhha dgn pesawat Saudia pada 26 Sep 2014.

Wednesday, May 14, 2014

Cuti Summer 2014 sebulan lagi

suasana kampus Jaami'ah Jazan
Kalendar akademik Jazan U akan berakhir pada 12 Jun 2014 dan bermulalah cuti panjang hingga penghujung Ogos 2014. Sebulan sebelum universiti ditutup, maka saya terpaksa berhempas pulas menyiapkan pelbagai lapuran tahunan universiti dan tidak dapat menulis utk blog ini. Saya akan berlepas pulang dgn pesawat Saudia pada 12 Jun nanti laluan Jeddah dan KLIA. Harap bersabar sehingga saya kelapangan, insya_Allah.

Sunday, March 9, 2014

MH370 - 227 penumpang -12 anak kapal

Berita sedih dengan kehilangan pesawat MAS, syarikat GLC kebanggan rakyat Malaysia yang dilapurkan hilang di ruang udara Vietnam tanpa sebarang hubungan dgn pusat kawalan udara Malaysia, China atau Vietnam. Sesuatu yang amat luar biasa
Reaksi sedih dan marah kaum keluarga
Hampir semua laman FB, Twitter dan WA dipnuhi dgn pelbagai cerita dan khabar angin mengenai kehilangan pesawat tsb.

Pesawat Boeing yg hilang adalah model 777 Dreamliner yg dipacu oleh injin Rolls Royce dari England, berusia 11 tahun dan ini antara pesawat generasi baru Boeing yang tidak ada sebarang masalah sebelum ini.
Inna illahi wa inna ilaihiraaji'un...apa pun itu semua takdir dan kita berdoa akan Allah memberi keampunan dan rahmat kpd pilot, anak2 kapal dan penumpang yg beragama Islam tsb. Ini kerana kita sudah yakin kehilangan ini akan berakhir dengan tragedi..yang akan mencemarkan imej cemerlang MAS sejak 1977.

KSA isytihar Pergerakan Ikhwan sebagai Teroris

atau 
Lapuran al-Arabiya Online
Riyadh, 8 Mac, 7 J'Awal
Kerajaan Arab Saudi (KSA) melalui Kementerian Dalam Negeri (Wizarat al-Dakhiliyah) hari ini mengisytiharkan pergerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) yang berpengkalan di Egypt sebagai pertubuhan 'Teroris' atau "Irhabiah". IM yang memenangi PRU Egypt 2012 dengan PM Morsi menjadi PM Parti Islam pertama dalam sejarah Egypt digulingkan oleh Militeri hingga kini. Jurucakap Pergerakan tsb di Cairo melahirkan rasa terkejut dengan tindakan KSA kerana KSA selama ini banyak membantu.
*pergerakan Ikhwan ditubuhkan di Ismaliliya, Egypt pada tahun 1928 oleh syaikh Hasan al-Banna rh dan mencetuskan fenomena kebangkitan harakah Islam dan kesedaran Islam diseluruh dunia, khususnya Timur Tengah. Ketuanya sekarang ialah Syaikh Muhammad Badi' sejak 2010 yang ditahan tanpa bicara.
Lapuran Arab News Online
Pengwartaan Brotherhood sebagai teroris menimbulkan ketegangan dalam kerjasama negara Teluk, atau GCC khususnya Qatar yang memberi perlindungan politik kpd tokoh Brotherhood, Dr Yusof Abdallah al-Qardhawi yang popular di Qatar. ia terbukti pada hari Jumaat yg lepas, 7 Mac, Dr Qardhawi tidak dibenarkan menyampai khutbah seperti biasa di mesjid Doha. Turut diwartakan sebagai pertubuhan teroris ialah al-Nusra Front (Jabhah al-Nusrah utk pembebasan Syria dan Lubnan), Islamic State of Iraq and Levant (Syria) atau ISIL atau (Da`isy, داعش). KSA juga turut melarang warganya berjihad di Iraq dan Syria dan memerintahkan mereka pulang serta merta atau bakal di penjara selama minima 20 tahun.  Setakat ini KSA, Bahrain dan UAE yang mewartakan, namun Kuwait, Qatar dan Oman masih belum berbuat demikian kerana keujudan ramai tokoh IM di negara tsb khususnya Dr Qardhawi di Qatar, dan Dr Tareq Shweidan di Kuwait.
Ulasan:
Kita akan memerhatikan apakah impak dan kritikan yg bakal diterima dari warga arab di kawasan teluk dan seluruh Timur Tengah dengan pengwartaan ini..akan di update..

Monday, February 10, 2014

Kebakaran Hotel Ishraq Madinah

Kebakaran Hotel Ishraq Madinah
Berita dari KSA kali ialah ttg tragedi kebakaran hotel di Medinah al-Munawarah. Dilapurkan oleh Harian al-Madinah, ia berlaku hari Sabtu, ia meragut 13 nyawa dan 130 kecederaan

Lapuran Akhbar English Arab News
Manakala lapuran harian Arab News ialah 15 kematian dan 130 kecederaan.
Hotel al-Ishraq yg tersergam indah di hadapan mesjid Nabawi
Hotel mewah bertaraf lima bintang ini boleh memuatkan 700 orang dalam satu masa. Kebanyakan penghuni hotel al-Ishraq al-Madina adalah warga Egypt dan Turkiy. Tiada warga Malaysia yang terlibat. Namun disebaik tragedi, mereka yang mati di Madinah adalah mati yang baik. sabda Nabi SAW:
 Dari Ibn Umar r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: ”Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.” (HR at-Tirmizi dan al-Nasaii disahihkan oleh al-Albani)

Friday, September 13, 2013

Blog sudah kembali Aktif

Salam, Alhamdulillah
Selepas 3 bulan, akhirnya blog ini dibuka semula. Susah nak memulakan sesuatu selepas ia ditangguhkan begitu lama, nak start balik, "momentum" tu yang payah. Sebenarnya, saya baru tiba semula di KSA selepas cuti summer tiga bulan di Malaysia. Percutian kali ini ada yang duka dan suka. Yang paling duka ialah bank saya dibekukan oleh al-Rajhi Arab Saudi kerana Iqamah (KSAKad) Arab saudi saya expired (tamat tempoh) sebaik saja saya tiba di Malaysia. Mengikut peraturan arab saudi, jika Iqamah kita expired, maka akaun kita dgn mana-mana bank arab saudi akan dibekukan. Ini bermakna saya tidak dapat mengeluarkan wang dari ATM al-Rajhi semasa cuti tsb. Saya berusaha keras menghubungi universiti dan pihak Bank di Riyadh, namun, mereka tidak dapat membantu kerana saya diminta datang semula ke Jizan untuk membukanya. Maka percutian tsb menjadi hambar kerana saya tidak dapat berbelanja spt biasa untuk Ramadhan dan Hari Lebaran. Ini antara cubaan dan ujian bekerja di arab saudi, satu kesilapan kecil akan menyebabkan kita akan merana beberapa bulan kerana pihak arab saudi tidak akan membantu kita dalam keadaan kita amat memerlukan bantuan customer service mereka.
Sekarang saya tiba semula ke Jizan dgn pesawat Saudia pada 25 Ogos 2013 dgn sambungan kontrak setahun lagi berakhir  12 Jun 2014. Tidak ada banyak perubahan ketara di Jizan city dan Universiti Jazan. TBC

Monday, June 3, 2013

Hizbut Tahrir semakin khayal dgn Khalifah

Dasar kebebasan Indo membuka ruang  kpd HT berkembang
Hizbut-Tahrir (HT)* yg sudah berusia 60 tahun yang tumbuh di bumi Palestine oleh anak jati Palestine, Syaikh Taqiyudin Nabhani, dari kabilah arab Palestin, Nabhan. Partai Politik ini menjadikan tema "Khalifah" sebagai tarikan utama utk menarik pemuda-pemuda yang digelarkan syabab HT menyertainya. Memang menarik kerana HT menjadikan Khalifah sebagai suatu doktrin politik, suatu institusi kudus, jika dilaksanakan maka lenyaplah segala permasalahan umat Islam. Khalifah yang dimaksudkan oleh HT ialah sistem pentadbiran Islam yang bermula dgn pentadbiran Abu Bakar dan berakhir dgn kesultanan Turki pada tahun 1924. 13 Maret (mac) 1924 merupakan tahun yg disambut besar-besaran oleh HT sebagai tahun malapetaka, tahun tamatnya khalifah dan bermulalah kekufuran melanda umat Islam oleh Mustafa Kamal hingga ke seluruh pelusuk watan Islam.
Kumpulan ini malangnya tidak diterima di tanah Arab, maka mereka membawa HT ke Eropah dan di Eropahlah HT dapat berkembang pesat kerana dasar terbuka dan liberal komuniti Eropah, khususnya UK dan dgn kemajuan internet, menjadikan HT antara gerakan politik Islam moden yg mendapat sambutan meluas khusus golongan muda profesional. Di Indonesia, selepas meletusnya reformasi politik di Indo, maka situasi ini diambil oleh HT utk mengembangkan sayapnya ke Indonesia dan selepas itu ia mengekspotnya ke Malaysia.
Kenapa golongan profesional muda tertarik dgn HT?  Pertamanya, mereka jahil akan ajaran agama dan keduanya, mereka melihat proses demokrasi yg ada memiliki banyak kelemahan dan kerajaan Islam tulin amat sukar didirikan melalui proses demokrasi yang sering memihak kpd aliran sekuler-liberal yg disokong oleh Barat. ketiga, HT akhirnya mengharamkan demokrasi dan meletakkan semua umat Islam dalam keadaan berdosa jika mereka tidak mendirikan kerajaan khalifah. Maka kebanyakan anggota HT tidak terlibat dalam proses demokrasi dan yang menjadi tandatanya dan penuh misteri ialah "bagaimana HT akan mendirikan khalifah tanpa melibatkan diri dalam proses demokrasi atau cara yang dibenarkan oleh peraturan sesebuah negara?

Isu besar yang perlu dijawab oleh HT ialah: apakah mereka pernah melakukan aktiviti ini...
Pertama: 5W+1H
5W=Who,What, Where,When, Why (Siapa, Apa, Di mana, Bila, Kenapa)
1H=How (bagaimana)
Kedua:  SLOB Analysis (juga dikenali dgn SWOT analysis)
S=strength (kekuatan)
L=Limitation  (himpitan)
O=Opprtunities (peluang)
B=Barrier (penghalang)
*Kedua ini adalah latihan dalam kelas2 pengurusan MBA: strategic planning process
Ketiga: Jika HT mengandaikan sistem Politik yg didirikan dari era Abu Bakar -hingga kerajaan Uthmaniah sbg sistem Khalifah Islamiah, maka bagaimana dgn kedudukan Yazid bin Muawiyah dan Khalifah al-Makmum dari khilafah Abasiyah yg keluar dari ASWJ dan menganut Muktazilah? Bahkan ramai dalam sistem khalifah itu ujudnya sultan dan khalifah yg kejam. Apakah HT rela duduk dalam kerajaan al-Makmum yg berakidah Muktazilah, asalkan dia menggunakan sistem khalifah?
Keempat: Mendirikan Khalifah menurut HT ialah mengambil alih kuasa politik dari pemerintah2 kufur. Proses mengambil alih kuasa ini tidak jelas dalam doktrin politik HT. Jika syiah jelas dalam doktrin Imam Khumaini ialah dilakukan secara revolusi rakyat. Namun, apakah metod HT? 
Kelima: Sudah 60 tahun usia HT menzahirkan seruan mendirikan khalifah. apa yg sudah dicapai setakat ini? apakah road-mapnya, apa short-term victories (kejayaan jangkapendek) yg telah dicapai setakat ini? Apa kejayaan Syaikh Taqiyudin (khalifah pertama, Abd Qadir Zallum, khalifah kedua dan Ata Abu Rashta, khalifah ke2)?

Keenam: Oleh kerana HT tidak mahu bekerjasama dgn semua parti politik Islam dan gerakan2 Islam yang lain, bagaimana dia ingin mendirikan khalifah hanya dengan syabab sahaja? Sedangkan tugas mendirikan  khalifah adalah berat.
Epilog:
Islam tidak pernah mengatakan sistem khalifah lebih baik dari sistem beraja (monarki), tiada nas yg mendokongnya, yang Islam tekankan ialah justice/keadilan, kesamarataan, pengagihan harta dan kekayaan, ketelusan, dan menjaga agama. Islam bebas memakai apa jua sistem, baik monarki yg diamalkan sekarang di saudi, republik yg diamalkan di Egypt atau Raja berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia. apa guna sistem khalifah, jika khalifah itu sendiri zalim, kaki perempuan dan berakidah Muktazilah?
Wahai syabab...khalifah adalah alat, maka janganlah anda menjadikan ia destinasi. jika umat Islam nak pakai sistem Perdana Menteri atau Presiden atau Khadam dua Tanah Suci...semuanya harus..Khalifah bukan akidah! Akidah ialah Allah, Rasul, Kitab, Malaikat, Akhirat dan Qadar. Tanpa khalifah, Islam tiada masalah, asalkan islam ada pemimpin yg adil walaupun ia bergelar sultan atau khadam dua tanah suci. menobatkan pemimpin yg adil dan parti yg menjaga hak rakyat itulah perjuangan Islam yg betul. Khalifah hanyalah nama. yang Islam hendak ialah Pemimpin yg adil dan amanah. TGNA memerinta Kelantan selama 20 tahun, itu juga sistem khalifah.
Rumusan:
Tinggalkanlah perjuangan yang mengkhayalkan ini. hiduplah dalam kerangka hari ini, khalifah telahpun berlalu. Imam Mahdi dan Jesus al-Masih AS yg akan turun di akhir zaman  nanti tidak mendirikan sistem khalifah, mereka mendirikan sebuah kerajaan yg adil. 
Kembalilah kpd Palestine, kamu dilahirkan di Palestine, tapi yg berjuang di Palestine ialah Hamas, dari gerakan Ikhwan. Kenapa kamu tidak mahu bersama mereka? 

-------------------------
*Hizbut Tahrir (Partai Pembebasan), ditubuhkan di Palestine pada tahun 1952/3 oleh TG Taqiyudin an-Nabhani, alumni al-Azhar yang dilahirkan di Haifa, Palestine pada tahun 1909 dan wafat pada tahun 1977 di Beirut Lubnan. Buat masa ini HT dipimpin ileh Ir Ata Abu Rashta, 70 tahun, juga kelahiran Palestine.

Syria: Hizbullah adalah parti Setan-DYQ

Imam al-Qaradhawi menyeru perang jihad terhadap Nasrallah, Hizbullah dan Assad di Syria.
Prof Dr al-Imam Yusof al-Qaradhawi, YDP Persatuan Ulama Sedunia dari Qatar hari Sabtu lepas menyeru umat Islam berjihad memerangi Hizbullah, regim Assad dan Iran yang mula menghantar tentera mereka untuk membantu regim al-Assad yang semakin goyah. Umum mengetahui regim al-Assad adalah juga beraliran Alawiyah Syiah dan tindakan Hizbullah yang berpengkalan di Lebanon menghantar militannya ke Syria adalah bukti Hizbullah adalah musuh ASWJ. Dr al-Qaradhawi mengakui kesilapannya sejak tahun 2006 yg memuji dan mendokong Hizbullah kerana memerangi Israel di selatan Lebanon namun akhirnya siapa sebenar Hizbullah terbongkar jua. Beliau menyifatkan Hizbullah adalah parti Syaitan (Hizbullah=parti Allah). Menurut al-Qardhawi lagi, jelas sekarang Hizbullah memerangi rakyat Syria dari aliran Sunni.
Ulasan: Ramai juga peminat Hizbullah dan Hassan Nasrallah di Malaysia, maka ikutilah saranan DYQ bahawa kumpulan syiah mmg tidak boleh diharap, di mana matlamat akhir mereka ialah memerangi dan membunuh sunni. 

Monday, May 27, 2013

Seputar perkahwinan UAI, yang Ok dan tarak OK

Clip Sinar Harian seputar perkahwinan Ustaz celebrity youtube no 1, UAI
Pertamanya kita ucap tahniah kpd UAI kerana kehebatannya mampu melakukan sesuatu yg agak taboo di Malaysia, apatah kawin melebihi 2 dan direstui oleh kedua isterinya yang lain. Bukan senang nak kawin dua atau tiga di Malaysia kerana secara urufnya Malaysia sejak dulukala adalah masyarakat yg monogami (satu isteri). Antara faktur utama ialah wanita Malaysia sejak dulu adalah "career women" dan mempunyai hak bersuara yang tinggi dalam hubungan suami-isteri, amalan pemimpin negara yang tidak berpoligami dan di sokong dgn statistik bahawa bilangan lelaki dan perempuan di Malaysia adalah 50:50, cukup atau ngam untuk berpasangan sahaja jika semua ingin kawin. Mengikut cakap-cakap orang arab Saudi, lelaki boleh berpoligami jika dia ada salah satu sifat berikut:

  • teramat garang dan bengis
  • teramat alim
  • teramat LAWAK

Majlis makan beradat yg diapit oleh isteri no 1 dan 2
Keduanya, kemungkinan UAI ikhlas untuk menzahirkan ketulusan beliau kepada followersnya bahawa beliau ingin menghidupkan suatu sunnah Nabi saw dan kaum salafus soleh yakni berpoligami. Maka dengan menzahirkan kpd media, mudah-mudahan masyarakat khasnya kaum wanita dapat menerima syariat poligami dalam Islam. Tapi kita kena ingat, disamping mencontohi salaf kita kena lihat amalan mereka secara halus dan terperinci. Kalau kita soroti cara Nabi saw kawin, setiap perkahwinan itu tidak disenangi oleh Aisyah ra. Misalnya bila Nabi menerima Mariah Qibtiyah dari Mesir, Aisyah agak marah dan Nabi saw terpaksa meletak Mariah jauh di pinggir Madinah. Maka jika si fulan itu berjaya menundukkan isteri-isteri beliau dan malah boleh jadi pengapit pulak, maka kita katakan ini suatu keajaiban dan kemungkinan ia termasuk dalam cakap2 orang arab, samada terlalu bengis, alim atau amat lucu sifatnya. Macam mana dia dapat lakukan sedangkan Nabi sendiri tidak mampu lakukan??

Ketiga: Sensitiviti kaum wanita Malaysia perlu dijaga juga. ia mengenai isu kemampuan si fulan dapat menghadirkan kesemua isterinya di majlis perkahwinan ketiga atau ke empat beliau. Ini adalah suatu yg melukai perasaan wanita secara amnya. Apakah ini ciri2  suami idaman dan mithali? Apakah wanita perlu ditundukkan sedemikian rupa barulah mereka akan masuk syurga melalui tapak kaki suami? Maka langkah yang sunnah ialah mendirikan poligami tanpa kehadiran isteri pertama dan kedua. Ini kerana menjaga sifat cemburu dan maruah wanita itu sendiri bahawa dia juga punya emosi dan hargadiri.

keEmpat: Ia akan membinasakan niat dan keikhlasan si fulan bila dia mampu melakukan sesuatu yg 'impossible' dilakukan oleh lelaki normal yg lain, yakni mampu membawa kesemua isteri dalam majlis perkahwinan diri sendiri adalah suatu keajaiban. Keajaiban ini akan membinasakan diri dia  sendiri kerana akan timbul riak dan kibr dari pujian manusia yg melimpah ke atas kemampuan dan kejantanannya. Saya tidak pernah dengar ada lelaki salafus-soleh yang dapat melakukan hal yg sedemikian. 
akhir kalam: Poligami itu harus sahaja hukumnya, namun jika kita melakukan dgn cara yg salah, ia akan membinasakan diri kita sendiri dan membawa mesej agama yg salah kpd orang ramai . 

Saturday, May 25, 2013

Tun M akan mencuba menyatukan Sunni-Syiah??

Tun M ingin mencuba menyatukan sunni-syiah
Sinopsis:
Antara tokoh Mesir yang amat berminat menyatukan sunnah dan syi'ah ialah Syaikh Hasan al-Banna (w. 1948), kemudian Syaikh Muhammad al-Ghazali (w.1996) Laisa minal Islam: 70-71), kemudian Dr Yusof al-Qardhawi dan di Indonesia, Dr M Qurashi Shihab, Mentri Agama Indonesia (Sunnah-Syi'ah berganding tangan, Lentera, ms 258). Syaikh Muhammad Rashid Ridha (w.1935) menjelaskan," Tidak adalah orang yg paling semangat utk menyatukan sunni dan syi'ah melainkan diriku sendiri, aku telah berusaha semaksima mungkin selama 30 tahun, akhirnya aku dapati syi'ah mmg tidak mahu kesatuan ini dgn sengaja kerana jika sunni dan syi'ah bersatu, ulama2 syi'ah akan kehilangan harta dan kedudukan mereka.. setelah banyak siri dialog di seluruh negara2 arab dan India, aku menyimpulkan kaum syi'ah amat memusuhi ahli sunnah wal jama'ah, mereka begitu gencar menyibarkan kitab2 utk mencela sunnah, khulafa' ar-rashidin, mencela pembela sunnah dan para imam ahli sunnah dan orang arab keseluruhannya."[Majalah al-Manar, 31:290]
Manakala Imam-Imam besar mazhab spt Imam Malik, Imam Syafi`iy, Imam Ahmad semuanya menutup sebarang usaha menyatukan sunni dgn syiah kerana ia umpama menyatukan dua doktrin akidah dan syariat yg bertentangan. Dan akhirnya ulama-ulama kontemporeri Arab mengambil keputusan yg sama tiada jalan untuk menyatukan dua doktrin yg bercanggah dari segi usyul spt sunni dan syiah. Ini adalah pandangan sebahagian besar kedua-dua belah pihak (sunni atau syiah) seperti Syeikh Muhammad Zahid Al-Kauthari, Syeikh Muhammad Bahjah Al-Baitar (ulama Sham), Syeikh Muhammad Al-Kholisi di Iraq, Syeikh Rashid Ridha dan yang terdahulu daripada mereka iaitu Syiekh Al-Islam, Ibnu Taimiyyah dan lain-lain.
Doktrin 12 Imam inilah faktur penutup jalan ke aras usaha penyatuan
Rumusan: Syiah Imamiah yg difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak Mei 1996 adalah agama baru yg dicetuskan oleh orang Farsi yg hancur dimusnahkan oleh tentera Islam ketika era khulafa ar-rashidin. Tujuan kedatangan mantan Presiden Khatami ke PutraJaya dengan menggunakan nama Tun M ialah untuk mengabui rakyat Malaysia akan bahaya syiah dan mungkin Khatami mahu fatwa 1996 itu ditarik balik dan membenarkan kaum syiah Melayu bebas mengamalkan ajaran syiah di Malaysia atas nama penyatuan. Imam-imam besar dulu sudah menutup jalan penyatuan sunni-syiah krana ia sudah kufur, manakala ulama besar spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh juga menjauhi usaha penyatuan, kemudian ulama-ulama kontemporer arab juga sudah menyatakan kegagalan mereka. Maka apa yg Tun M dan OIC mampu lakukan?? Lebih baik Tun M fokus kpd penyatuan Melayu antara pelbagai aliran politik (UMNO-PASPKR) daripada menyatukan sunni-syiah yg akan membuka laluan kpd lebih rama lagi Melayu menyertai syiah.
Imbasan: Syiah adalah ajaran yang berpaksikan kepimpinan politik selepas kewafatan Nabi saw ialah dari darah Nabi melalui keluarga Ali-Fateemah. Keturunan keduanya membentuk doktrin 12 Imam, di mana Imam ke 12 masih ghaib dan akan muncul sebagai Messiah atau al-Mahdi akhir zaman. Syiah Imamiah ini bukan sahaja menolak kepimpinan Abu Bakar, Umar, dan Uthman, malah menuduh para sahabat semuanya kecuali ahlil bait sebagai membuat konspirasi politik. Dari doktrin politik, syiah akhirnya menjadi sebuah ajaran agama yg baru dan terpisah dari Islam mainstream. Ia hanyalah usaha Farsi untuk menutup keaibannya terhadap dunia Arab dan Islam yg menaklukinya, maka mereka berlindung di balik syiah Imamiah yg sesat lagi kufur.

Thursday, March 14, 2013

Pulau al-Fursan, Jizan

Pulau Fursan, Jizan
Esok, 14 Mac, saya akan  ke Pulau Fursan atau Furasan, lebih kurang 50 KM di pesisir laut Merah dari pelabuhan Jazan untuk mengiringi tetamu universiti, Prof Dr Michael Lane, Presiden Emporia State Univrsity, Kansas, USA. Perjalanan akan menggunakan feri milik Jazan port authority kerana ia akan membawa tiga kenderaan university untuk kegunaan di pulau Fursan. Saya akan update dgn foto-foto menarik dari sana nanti, InsyaAllah.

Wednesday, March 13, 2013

Debu yang Berterbangan!

Konsert Amal Masih Ujud di Malaysia (Ihsan Sinar Karangkraf)
Mentaliti sebahagian orang Malaysia dalam bersedekah dan beramal masih kabur, lantas mereka telah menyalahi agama dan merosakkannya. Salah satu kefahaman yang maqlubah atau songsang dalam amalan beragama di Malaysia kita ialah konsert amal. Mereka dengan jelas memiliki kefahaman maqlubah (songsang) terhadap hadis berikut:
Matan:
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ


"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya" HR Bukhari-Muslim, Lidwa:Bukhari no 1)
Mereka berfikiran untuk beramal dan berbuat kebajikan, cukup memadai dgn Niat tanpa mengambil kira metod atau cara untuk beramal, sedangkan agama Islam menuntu kita meluruskan niat dengan cara (metod). Jika kita ingin beramal, berbuat kebajikan atau menderma, maka mestilah juga dengan jalan yang disukai olel Allah SWT. Konsrt pop oleh artis popular di minggu sekretari bukanlah metod yg saleh untuk beramal dalam agama. Ini kerana jika niat saja ikhlas, tapi metod menyalahi syariat, maka amal tersebut akan dijadikan debu yang berterbangan (sia-sia) oleh Allah SWT.
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاء مَّنثُورًا
AQS 25:23 [Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan].
Semoga anda dijauhi dari budaya beramal tanpa ILMU, kerna amalan itu kelak akan dijadikan Allah debu yang berterbangan..

Monday, March 4, 2013

Ayah jual anak di Jazan!

Rumah keluarga sharifah ali shuwai
Jazan digemparkan dengan isu perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur yang masih diamalkan di dunia Arab terutama di kawasan pendalaman. Kes terbaru ialah di perkampungan Shbakh di Jazan yg banyak dihuni oleh penduduk arab berketurunan Yaman. Penduduk di sini kebanyakannya petani dan penternak dan masih hidup dalam rumah-rumah yang diperbuat dari jerami gandum dan barli. Pendapatan kecil dan anak yang ramai mendorong satu keluarga di sini menikahkan anaknya, Syarifah Ali Shuwai kepada seorang syaikh tua yg sekitar 84-85 tahun bernama Haydar bin Ali al-Masrahi. Dipercayai syaikh Ali, seorang kaya telah memberi mahar sekitar SAR 45,000 kepada ayah Syarifah, Ali Shuwai yang memiliki 12 orang anak. Namun pada hari perkahwinan, Sharifah enggan ditiduri suaminya dan mengurung diri dalam biliknya. Kisah ini mendapat simpati masyarakat setempat dan akhirnya mendapat campurtangan dari Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi, NGO-NGO hak wanita arab saudi yang kemudiannya mnguruskan proses perceraian mereka di mahkamah syariah arab saudi. Kes ini telah pun selesai dan Sharifah telah berjaya diselamatkan dan dibiayai oleh kerajaan untuk menyambung persekolahannya semula di Jazan.

Wednesday, February 27, 2013

Animal Farm di Malaysia

Petikan Utusan Malaysia:
============================

Penerima bantuan umpama ‘haiwan’
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my
KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
=====================ULASAN
Menarik Qias yang digunakan oleh TG MB dengan menyamakan skim BR1M sebagai skim berunsurkan haiwan dan memperbodohkan rakyat jelata. Inilah maksud novel yang di tulis oleh George Orwel pada tahun 1945 yang berjodol 'Animal Farm' atau ladang haiwan.  Namun ia suatu kenyataan yang merugikan PAS ketika Malaysia diambang PRU 13 kerana ia sudah tentu akan menyakitkan golongan sasar penerima BR1M yang rata2 adalah golongan berpendapatan rendah dan  penyokong kuat PR. Larangan memberi gelar-gelar dan sindiran yg buruk dinyatakan dalam surah al-Hujurat:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
AQS al-Hujrat, 49:11 [Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman  dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim] 
Salah satu fungsi Zakat ialah mengagihkan zakat wang  kpd asnaf mualaf (kumpulan non-muslim yg akan ditarik kpd Islam), apakah mereka juga golongan ayam dan lembu? Maka kenyataan di atas adalah merugikan PAS sendiri.
-------------------------------Komen susulan Presiden PAS:


Petikan Sinar Harian Online
Komen:
Ini juga suatu kenyataan yg menyamai Amanat Hadi di Banggol Pradong suatu masa dulu...Kerajaan Mesir Purba ada yg baik, contohnya Kerajaan Mesir ketika Nabi Yusof menjadi Menteri Kewangan dan kerajaan yg dikatakan Fir'aun itu menolong manusia lain di sekitar Mesir dgn program BR1Mesir menukarkan barangan dgn makanan. Program ini menemukan semula Yusof dengan ayahnya.  sekian

Tuesday, February 19, 2013

Tragedi di Jazan GH

Reham al-Hakami mangsa kecuaian kakitangan hospital Jazan
Komuniti Jazan sekarang gempar dengan kisah tragis menimpa kanak-kanak berusia 13 tahun, Reham al-Hakami yang menjadi mangsa kecuaian kakitangan hospital kerana menerima darah yang dicemari HIV di Hospital Besar Jazan. Kes ini telah menggemparkan arab saudi dan ia sudah sampai ke Riyadh. Reham mungkin akan dihantar ke luar negara untuk mendapatkan rawatan pakar atas biaya kerajaan.

Friday, February 15, 2013

Kadar Jenayah di KSA

 Kadar jenayah di Saudi Arabia: Jumlah penduduk 28 juta
Kadar Jenayah di KSA 2012

Jumlah kes jenayah di KSA sepanjang tahun 2012 ialah 2669 sahaja

Dalam negara kita Malaysia (penduduk juga 28 juta)
------------------------------------------------
 Nationally, it was disclosed that in 2010 the number of crime cases recorded was at 177,520 and it declined to 157,891 in 2011
According to PEMANDU, the Government efficiency unit, index crime dropped 10.1 per cent to 63,221 cases between January and May this year from 70,343 cases in the same period last year
----------------------------------------------
January-Mei 2012, jumlah kes jenayah ialah 63,221, dan tahun 2011 ialah 157,891.
Inilah perbedzaan ketara antara negara yang melaksanakan syariah dan yg tidak melaksanakan syariah: 2,669 kes di KSA vs 160,000 kes di Malaysia, yakni 60X ganda!!

Wednesday, February 13, 2013

Kerajaan Morsi (Egypt) selesaikan masalah Janggut

Masalah 'Janggut' lelaki di Mesir adalah masalah yang lama. Janggut selalu mendatangkan masalah kepada pentadbiran sebelum Pres Mohd Morsi, di mana lelaki berjanggut mendapat diskriminasi di bawah pentadbiran  Hosni Mobarak. Misalnya ramai Polis yang diberhetikan kerja kerana janggut.

Polis berjanggut berpiket di pejabat Menteri KDN
Akhirnya Mufti Mesir mengeluarkan fatwa ttg janggut, mengulangi apa yang difatwakan oleh Syaikh Mahmud Syaltut (mantan Rektor Azhar) dahulu;
-----------------------------------------------------------------------------
Akhbat al-Arabiya (eng) menyiarkan fatwa Mufti Egypt
 --------------------------------------------------end
Terj: Menyimpan janggut atau mencukurnya tiada hubungan dengan hukum syariah (Islam) demikian menurut  fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Am Egypt, Dr. Ali Gomah (Jumah) seperti yang dipetik oleh akhbar al-Youm. Fatwa itu memetik kenyataan mantan ulama tersohor Egypt, Syaikh Mahmud Syaltut yang dilapurkan berkata, apa jua yang berkaitan dengan pakaian dan penampilan diri (fizikal) termasuk menyimpan dan mencukur janggut, " adalah kebiasaan (adat) yang diamalkan menurut suasana tempat tinggal seseorang. Jika sesuatu kebiasaan (uruf) menganjurkan sesuatu kebiasaan (trend) , maka ia hendaklah dia seiring dengannya untuk mengelakkan ia terasing dari masyarakat."
Rumusan:
Presiden Morsi yang berjambang dan berjanggut telah menghapuskan  dasar anti-janggut yang diamalkan oleh pentadbiran Mobarak sebelum ini. Manakala Mufti Mesir mengeluarkan fatwa menggesa lelaki Egypt supaya mencukur dan menyimpan janggut mengikut arus kerana janggut dan misai adalah sunnah yang tiada kaitan dgn syariah. 
 Penutup: Kes Mesir sama dgn Malaysia, ada majikan yg suka janggut dan ada majikan yg tidak suka janggut; maka sesuaikan diri anda dgn majikan anda. Jangan sebab janggut, anda dapat rendah dalam penilaian prestasi.

Monday, February 11, 2013

Selamat sampai di KSA

King Khaled International Airport, Riyadh, KSA
Percutian saya bermula 15 Jan 2013 berjalan pantas sekali. Minggu pertama dihabiskan untuk menyelenggara kereta-kereta spt servis dan menukar tayar baru. Peralatan rumah juga diperbaiki, antaranya dua unit penghawa dingin yang rosak dan mengganti peti TV lama dgn jenis LCD-LED. Selepas itu minggu kedua dihabiskan di Kelantan kerana ada majlis kahwin sepupu dan akad nikah anak saudara serta melihat kemajuan pembinaan rumah saya di sana . Untuk pulang semula ke KSA, saya berjaya mendapatkan tiket syarikat Sri Lankan Airlines dan tarikh yang ada ialah pada Isnin 28 Januari, jam 2:50 ptg KLIA-Colombo-Riyadh.
Saya dan famili tiba dari Kelantan (ke kediaman di Subang Jaya USJ) jam 10 malam Sabtu, 26 Jan dan pada hari Ahad, saya membuat last-minute shopping barang keperluan spt vitamin dan supplement kerana harganya yg mahal di KSA. Pada hari Isnin, 28 Jan, tibalah saya berangkat pulang ke KSA dan dihantar oleh famili di KLIA. Kami sempat lunch bersama di Food Court Level 2 dan selepas itu saya bergegas ke balai berlepas. Famili saya sudah tenang dan biasa dgn rutin saya sekarang, tiada lagi terbayang wajah kesedihan di wajah-wajah mereka.
Ini pertama kali saya menaiki penerbangan Sri Lankan Airlines menggunakan pesawat yg agak kecil ke Colombo, yakni A320 (Airbus), Perkhidmatannya agak bagus juga dan kebanyakan penumpang adalah pelancung Arab Saudi dan warga Sri Lanka dan India. Tiba di Colombo jam 4:30 ptg di Bandaranaike International airport, ia agak besar dan saya tidak perlu keluar dari balai berlepas kerana penerbangan ke Riyadh adalah pada jam 6:45 ptg waktu tempatan. Saya mencari tempat solat, tidak ada, namun dapat suatu ruang kosong di hujung bilik menunggu B13 dan saya solat jama' takhir Zuhur dan Asar di situ. Memang kemudahan solat tidak disediakan. Saya meronda-ronda ke kawasan kedai-kedai duty-free dalam airport dan semua urusan adalah dalam USD$. Rasanya bagus kalau kita ingin travel untuk mmbawa USD dalam 100 dollar, kerana ia matawang yang digunakan di semua airport. Bila tiba untuk berlepas, saya dapati saya kehilangan smartfon yang baru sahaja di beli di Malaysia. Kemungkinan ia terjatuh semasa saya terlelap di kerusi balai menunggu. Mundar mandir saya mencari dan bertanyakan pihak sekuriti, namun ia hilang begitu saja. Tetapi alhamdulillah, saya masih ada lagi satu unit HP spare tapi ia bukan jenis smartfon.
Penerbangan Colombo-Riyadh memakan masa 5 jam setengah dan ia menggunakan pesawat yg lebih besar, airbus A330 baru dan lebih selesa.  Tiba di Riyadh jam 9:50 malam dan saya ingin mendapatkan flight terakhir Riyadh-Gizan jam 10:30 malam secara stand-by. Namun musibah berlaku di check-point imigresen di mana waktu itu kebetulan banyak penerbangan mendarat secara serentak dan ini menyebabkan kawasan imigresen menjadi penuh sesak dan saya terpaksa beratur panjang. Di sinilah ketara sekali taraf dan mutu perkhidmatan pihak imigresen arab saudi di mana saya terpaksa beratur hampir 3 jam hanya utk urusan mudah mengecop paspot. Jam 12:00 malam semua flight ke Gizan sudah habis dan penerbangan yg paling awal esoknya, ialah jam 5:00 pagi keesokannya (29 Jan), saya berjalan ke terminal domestik, agak jauh juga jalan kaki krana airport King Khaled ini memang besar, seperti KLIA. Yang bagusnya kaunter jualan tiket Saudia dan travel agent at-Tayyar beroperasi 24 jam dan begitu juga kaunter tiket stand-by.
Oleh kerana saya belum ada tiket Riyadh-Gizan, saya kena beli tiket dulu di at-Tayyar Travel. Harganya SR 320 ke Gizan. Kemudian saya perlu mendaftar online melalui kiosk Standby dan mendaftar 1 jam sebelum flight. Saya yakin dapat flight jam 5 pagi kerana ia terlalu awal. Kemudian saya ke ruang musalla dan selepas solat jama'takhir Maghrib Isya', saya melelapkan diri buat seketika, namun sayab tertidur dan terjaga jam 4:30 pagi. Saya bergegas ke kaunter standby tapi dimaklumkan saya sudah terlepas fligh jam 5 ke Jizan! Habislah, saya kena masuk ofis jam 8:30 pagi. Saya tak mahu dimarahi oleh  Boss. Saya dimaklumkan penerbangan seterusnya ialah jam 2:45 ptg dan saya kena mndaftar di standby counter jam 1:00 tghari Rupa-rupanya saya baru tahu, budaya arab saudi ialah mereka kebanyakkannya beli tiket secara stanby dan ini menyebabkan peluang saya agak tipis kerana mereka mengutamakan warga saudi dulu. Saya tidak putus harapan, menyerahkan sepenuhnya kpd Allah dan berdoa agar saya dapat tiket ke Jizan petang nanti. 
Saya solat Zuhur dan Asar di musalla, dan berdoa agar adalah satu tiket standby ke Jizan. Alhamdulillah, sebaik saja saya tiba di kaunter standby, saya diberi berita gembira, ada kekosongan ke Jizan. Saya tiba di Jizan airport jam 4:30 pm dan disambut oleh drebar saya, Bro Asim Beig.  Keesokannya, saya menjelaskan kpd boss dan dia senang hati mmahami masalah saya..alhamdulillah.

Monday, January 14, 2013

Cadangan kepada Gereja Borneo, pilihlah 99 nama-nama Allah. Pilih yang mana suka. God dalam Bible boleh diterjemahkan kpd mana-mana nama Allah, selain Allah. Mereka boleh pilih al-Rahman, al-Quddus, al-Salam....sebab Melayu dah cop nama Allah ...
cth ayat asal dalam Bible: John :13
"God so loveth the world, He send His begotten Son, Jesus Christ...."
terjemahan:
Opsen: memilih salah satu dari 99 nama Allah
Yang Maha Pemurah amat menyintai bumi, maka diutusnya Dia akan akan anak-Nya, Isa al-Masih.."
Bandingkan dgn ayat:
"Allah amat menyintai bumi, maka diutusnya Dia akan anak-Nya, Isa al-Masih"
Bandingkan dgn ayat yg sepatutnya:
"Tuhan amat menyintai bumi, maka diutusnya Dia akan anak-Nya, Isa al-Masih"
Ideal: Bible menggunakan kalimah "Tuhan"
alternatif, salah satu nama-nama Allah yg 99..ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)


Pandangan keras mantan Mufti Johor
 Ini antara kemelut yg muttakhir bila Penasihat Agama Johor telah mula menunjukkan pandangan yang keras

Thursday, January 10, 2013

Kemelut Kalimah Allah dalam Bible Edisi Bahasa Melayu: Tidak syumul

Kerajaan Arab Saudi dengan tegas melarang pembinaan Gereja di KSA dan melarang sambutan apa jua perayaan yang berunsurkan Kristianiti (Krismas, Easter, Good Friday, Valentine, Haloween, New Year Masihi)..Cuma negara2 Teluk spt Dubai, UAE, Kuwait yang membenarkan syiar perayaan Krismas di pamirkan di Mall-mall.  Maka langkah KSA  memang hebat dan menampakkan kekuatan Islam. Namun Malaysia tidak menyeluruh, kita sokong melarang Bible edisi BM menggunakan Allah, tapi Malaysia memberi ruang yg amat liberal kepada sambutan Krismas, bahkan mall-mall di Malaysia mempamirkan kemeriahan Krismas dan New Year mengalahkan kemeriahan hari Raya aidil fitri itu sendiri. Juga sambutan hari valentine dan Hari sambutan tahun baru Masihi  dgn konsert perdana di Dataran Merdeka dan KLCC. Jika kata Allah tak boleh guna, macam mana dgn sambutan kelahiran son of God pada 25 Disember? Bukankah itu juga sesat sebab Jesus itu adalah Isa anak Maryam? Sepatutnya sultan-sultan  juga melarang sambutan Krismas kerana ia suatu pendustaan terhadap Nabi Isa.
Sahabat yang paling tegas terhadap Kristianiti ialah Abdullah ibn Umar ra , anak Khalifah Umar al-Khattab ra, beliau berfatwa umat Kristian sekarang adalah murtad dari Kristian yg asal (Hawariyyun) dan menjadi orang musyrikin (penyembah berhala). Maka mereka tidak lagi dipanggil ahlil kitab, tidak lagi dibenarkan berkahwin dgn perempuan mereka dan memakan sembelihan mereka. Maka kemungkinan Malaysia menggunanapakai fatwa Ibn Umar dan menetapkan Bible sekarang tidak boleh menterjemahkan kalimah God di dalamnya kerana ia suatu kesesatan dan kesesatan mesti ditegakkan dengan kuasa atau pedang. 
Rumusan:
Tindakan pemerintah Malaysia menggunakan kuasa melarang pihak Gereja bertuhankan Allah adalah satu tindakan yang wajar jika mereka menetapkan penganut Kristian adalah musyrik. Tindakan ini menutup ruang perkahwinan antara agama dan menutup kpd pengharaman perayaan Krismas dan unsur2 Kristian dalam negara Malaysia. WA