Sunday, December 30, 2012

La Tahzan 183-2: Faktur2 Ketenangan Jiwa, أُسُسٌ للرّاحةِ

20 Tips menghindari Kegelisahan - Dr Hassan Syamsi Baasya
وإنَّ الماضي قدْ ذَهَبَ بهمومِه وغمومِه ، وانتهى فلنْ يعود، ولو اجتمع العالمُ بأسْرِه على إعادتِه
terj:
3. Yang berlalu biarkan ia pergi
Masa lampau telah beredar membawa bersamanya kecemasan dan kesedihan. Ia telah selesai dan tidak akan berulang kembali, meskipun semua orang berusaha mengembalikannya. 

4. Masa depan akan datang dengan sendirinya
وإنَّ المستقبل في عالمِ الغيْبِ ، ولم يحضرْ إلى الآن ، ولم يستأذِن عليك ، فلا تسْتدْعِهِ حتى يأتي
terj:
Masadepan masih berada di alam ghaib, tidak boleh dihadirkan sekarang, tanpa mengharapkan keizinan anda dan anda tak perlu mengharap akan kedatangannya, bahkan ia datang dengan sendirinya.
Nota: Dua perkara yang sering menghantui manusia dan menimbulkan kesedihan ialah terpaku dengan masa lampau dan cemas dengan masa depan. Tragedi lampau, biarkan ia berlalu membawa bersamanya apa jua kesedihan anda. Ia tidak akan berulang kembali. Manakala manusia juga cemas dengan apa yg bakal menimpanya dengan membuat pelbagai andaian dan spekulasi. Manusia cemas dgn ramalan Nostradamus misalnya, namun yakinlah, masadepan akan datang dengan sendirinya.
5.  Berbuat Ihsan kpd orang lain
وإنَّ الإحسان إلى الناسِ يُضفي على القلبِ سروراً ، وعلى الصدرِ انشراحاً ، وهو يعودُ على مُسديِه أعْظَمَ بركةٍ وثوابٍ وأجرٍ وراحةٍ ممنْ أُسدي إليهِ
terj:
Berbuat ihsan (baik) kpada manusia mendatangkan kegembiraan kepada hati dan melegakan jiwa, mendatangkan berkat, mendapat pahala dan menimbulkan kebahagiaan lebih banyak kepada pemberi dari penerima.
Nota: The more you give, the more you will get back maksudnya lebih banyak anda memberi kepada orang lain (tenaga dan material), lebih banyak kenikmatan dan ganjaran yang anda akan dapat kembali (kegembiraan, pahala dan kebahagiaan).
Jendela Kehidupan: Kekadang famili saya sendiri bertanya, abah selalu memberi kepada orang lain, sampai bila kita harus memberi dan kami lihat tiada yang memberi untuk kita balik, tiada yang apa yang kita dapat dengan memberi wang ringgit kepada mereka. Maka saya sering melontarkan kata-kata ini " the more you give, the more you will get back". Kita tidak semestinya akan mendapat balasan material dari orang yang kita bantu, tapi kita akan mendapat kegembiraan, kelapangan, pahala, doa mereka dan rasa bahagia kerana dapat membantu mereka yang dalam kesusahan. Yang lebih penting kita berada di atas, kerana tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang dibawah (menerima).

Saturday, December 29, 2012

La Tahzan 183-1: Faktur2 Ketenangan Jiwa, أُسُسٌ للرّاحةِ

20 Tips menghindari Kegelisahan - Dr Hassan Syamsi Baasya


في مجلّةِ ( أهلاً وسهلاً ) بتاريخ 3 / 4 / 1415هـ مقالةٌ بعنوان « عشرون وصفةٍ لتجنُّبِ القلق » بقلم د . حسان شمسي باشا 
terj:
Dalam majalah "Ahlan wa Sahlan"* edisi 3 Rabi'ul Akhir 1415H terdapat satu artikel bertajuk "20 Cara Menghindari Kegelisahan" oleh Dr Hassan Syamsi Baasha**, dipaparkan secara ringkas:


من معاني هذه المقالةِ :
إنَّ الأجلَ قد فُرِغ منهُ ، وإنَّ كلَّ شيءٍ بقضاءٍ وقدرٍ ، فلا يأْسفِ العبدُ ، ولا يحزنْ على ما يجري .

terj:
Gelisah dengan ajal dan kematian:
1. Ajal sudah ditentukan, segala sesuatu terjadi menurut Qadha' dan QadarNya. Oleh itu, si hamba tidak boleh menyesal dan bersedih atas apa yang terjadi

إنَّ رزق المخلوقِ عند الخالقِ في السماءِ ، فلا يملكُه أحدٌ ، ولا يتصرَّفُ فيه قومٌ ، ولا يمنعُه إنسانٌ
terj:
 Gelisah seputar rezki yang sedikit
2. Sesungguhnya rezki semua makhluk sudah diatur dilangit, tiada siapa yang mampu mentadbirnya, tiada siapa yang mampu mengagihkan kpd orang lain dan tiada siapa yang mampu mngambilnya dari manusia.
Nota: Inilah dua kegelisahan utama yang mencengkam jiwa manusia: isu kematian dan isu rezki. Rawatannya: kematian sudah tertulis di sisi Allah dan setiap yang bernyawa pasti akan mati; manakala rezki, juga sudah ditulis, janganlah kita mengharap kpd manusia, kerana semua rezki ada di sisi Allah serta pengagihan rezki sudah direncanakan oleh Dia sahaja.
---------------------------------
* Majalah Ahlan wa sahlan adalah majalan yang diterbitkan oleh Saudia Airlines
** Dr Hasan Syamsi Basya, kelahiran Syria, 1951, doktor pakar jantung, sekarang bertugas di Hospital al-Malik Fahd di Jeddah