Wednesday, December 12, 2012

Hijrah KSA 46: Ujian ala La Tahzan 3

Saya tiba di pekan Shabia, lebih kurang 30KM dari Jizan jam 9:45 pagi. Pekan Shabia menyediakan perkhidmatan teksi ke Jeddah dan Mekkah al-Mukarramah. Tambang dalam SR160 (RM 130). Di stesyen teksi saya nampak kebanyakan dikuasai oleh orang keturunan Yaman, mereka pakai kain sarung pelikat dan ada dagger di pinggang mereka.
pakaian orang Yemen
Stesen teksi Shabia sama dengan perhentian teksi kita 30 tahun dahulu, di mana teksi sapu dan teksi yang sah sama-sama mencari pelanggan menggunakan ulat teksi. Sebaik saja saya tiba di stesen teksi, saya telah di book oleh ulat dan diserahkan kpd seorang drebar kereta sapu, jenis Toyota Vios. Dalam hati saya berkata, alamak, 670 KM, takkan dengan Vios aje. Saya berdoa agar diberi kereta yg lebih besar. Hampir satu jam, tiada orang yang mahu menaiki Vios ke Jeddah, maka akhirnya saya diserahkan kpd seorang drebar yang membawa SUV jenis Chevrolet Yukon, dgn enjin 5 liter, buatan USA, saya merasa bersyukur kerana dengan kenderaan yang begini besar dan mewah, ia akan mempercepatkan perjalanan saya ke Jeddah.
SUV, all-wheel drive Chevy Yukon dari GMC, USA
Jam 11, barulah SUV itu cukup penumpang ke Jeddah, yakni 7 orang semuanya. Drebar berbangsa Yaman, co-pilot juga Yemeni, penumpang, 1 warga Egypt, 3 bangsa kulit hitam warga Saudi. Shabia-Jeddah adalah jalan pesisir laut Merah dan ia adalah lebuhraya 4 lorong tanpa tol. Bayangkan perjalanan sejauh 650 KM, tiada satu sen tol pun. Perjalanan kami lancar cuma hampir kesemua (penumpang dan drebar) merokok ketika dalam perjalanan, dan saya merasa amat sesak napas sepanjang perjalanan. Ia dipandu begitu laju kerana SUV tsb berkuasa tinggi dan suspensionnya amat selesa sekali. Sepanjang perjalanan, saya dapat saksikan keadaan muka bumi Arab Saudi yang sejauh mata memandang adalah padang pasir, cuma skali sekala kelihatan sekumpulan kibash dan unta yang diternak oleh arab baduwi. Kami berhenti dua kali, jam 1:00 tghari untuk makan tengahari dan rupanya tambang sudah termasuk makan tengahari didalamnya. Drebar berhenti di sebuah restoren arab Yemen, dia order nasi mandi ayam dua dulang besar. Mereka semua kuat ,makan dan sekejap sahaja habis.  Mereka amat kagum kerana pertama kali bertemu dgn penumpang dari Malaysia.Saya banyak bersembang dgn pasengger dari Egypt yang bekerja di Jizan dan dalam perjalanan menuju Mekah utk mengerjakan Haji.Kedua, kami berhenti utk solat dan semua kami solat jama'qasar taakkhir (zuhur dihimpunkan dalam waktu asar) disebuah mesjid di R & R. R &Rnya agak baik dan namun highway Malaysia punya RnR jauh lebih baik secara keseluruhannya.
Jam 6:00 ptang kami sudah tiba di pinggir Jeddah, saya mula berdebar kerana flight saya adalah jam 8:50 malam. Kereta mula jem kerana ia adalah waktu puncak di Jeddah dan kemudian jem semakin teruk dan sama seperti di KL, kereta bergerak bumper to bumber...masa berlalu pantas dan jam 7 malam saya tiba di Hentian Teksi Jeddah. Saya segera mengambil sebuah teksi dan membayar SR 120 untuk ke Terminal Antarabangsa. Jika menunggu penumpang, maka saya akan ketinggalan flight. jarak antara stesyen teksi dan terminal lapangan terbang sama seperti KLIA dan Kuala Lumpur. lagi sekali jalan begitu sesak dan saya tiba di terminal tepat jam 8:50 mlam dan kaunter penerbangan Sri Lanka sudah pun ditutup. Lagi sekali, saya katakan La Tahzan...inilah La Tahzan yang telah saya sendiri baca dan tulis dalam buku saya...saya perlu bertenang...TBC

No comments: