Saturday, December 22, 2012

Hijrah KSA no. 49: Seminar NCAAA Jeddah, 24-25 Nov siri 1

Buat pertama kali, saya dihantar berseminar di luar Jazan, iaitu ke bandaraya Jeddah, bandaraya kedua terbesar  KSA selepas ibu negara Riyadh. Seminar kali ini ialah anjuran NCAAA Riyadh, NCAAA (National Commission for Academic Accreditation & Assessment, atau Suruhanjaya Kebangsaan untuk Akreditasi dan Penilaian Akademik, KSA). NCAAA adalah sebuah suruhanjaya seperti MQA (Malaysia Qualifiying Agency, dulunya Lembaga Akreditasi Negara) yang bertanggungjawab memberi akreditasi kelayakan beroperasi bagi sesebuah universiti. Kursus dua hari itu dari 24-25 November 2012 berlangsung di sebuah hotel di Jeddah (saya pun tidak pasti apa nama hotelnya). Jazan Universiti adalah sebuah universiti yang baru dan masih belum mendapat akreditasi dari NCAAA Saudi Arabia. Tujuan saya dihantar berkursus ialah untuk mengetahui proses ke arah akreditasi sesebuah IPT baru. Bersama saya ialah rakan sepejabat saya, saudara Anwar Husin al-Qatrawi dari Jordan yang menguruskan semua isu pendaftaran dan urusan penerbangan. Anwar antara pak arab yg paling akrab dengan saya dan beliau antara yg paling banyak membantu termasuk saya pernah menginap di apartmentnya selama 5 hari.
Sdr Anwar Husin al-Qatrawi
Penerbangan dari airport Jizan ialah jam 11:30 malam, Jumaat 23 Nov (waktu tempatan) dengan pesawat Saudi Airlines. Kami tiba di King Abdul Aziz Airport jam 12:45 malam Jumaat: 11:30 mlm fligh Gizan-Jeddah. Bila saya musafir dengan orang arab, maka saya tidak lagi bimbang akan ditipu oleh sesiapa, tambahan pulak Anwar sudah lama kerja di saudi. Kehebatan pertama Anwar ialah memberi tips bagaimana nak dapat teksi murah ke hotel di downtown Jeddah. Biasanya seorang akan kena caj SR70 tapi Anwar mndapatkan teksi pada kadar SR50 untuk kami berdua, teksi jenis Toyota Corolla Altis baru, Dalam perjalanan, saya tanya Anwar, ke hotel mana kita akan menginap? Anwar kata, kita akan bermalam di mana-mana hotel yang berdekatan dengan hotel di mana Seminar NCAAA diadakan, menurutnya kemungkinan di Red Sea Hotel, Jeddah. Ini kerana Anwar tidak menempah bilik di Red Sea Hotel. Anwar kemudiannya meminta drebar teksi mencari mana-mana hotel yang berhampiran dgn Red Sea Hotel. Perjalanan dari airport ke downtown Jeddah agak jauhl, lebih kurang KLIA ke pusat bandaraya KL. Pada mulanya drebar berhenti di Hotel al-Azhar, tapi bilik suite sahaja yg ada, maka kami singgah pula hotel di Jeddah Lake Hotel dan harga biliknya agak berpatutan pada harga SR240 satu malam. Maka kami setuju dan bermalam di Jeddah Lake Hotel. Biliknya agak besar dengan tiga kati bujang, internet dan TV Satelit arab  Kami segera tidur kerana sudah jam 2 dua pagi. TBC
Posing di Mall Jeddah
Di Red Sea Mall Jeddah, sama besar dgn Mid-Valley
Kejutan Hari Pertama

No comments: