Tuesday, December 25, 2012

Hijrah KSA no. 49: Seminar NCAAA Jeddah, 24-25 Nov siri 2

Sabtu, 24 Nov 2012, Hotel Jeddah Lake
Kejutan hari pertama
Kami bangun waktu Subuh dan kami solat berjama'ah, kemudian kami sambung tidur kerana masih masih keletihan akibat tiba lewat di Jeddah kerana penerbangan larut malam. Jam 7:30 pagi kami bersiap sedia untuk berseminar. Jam 8:00 pagi, Anwar ajak saya berjalan kaki dari Hotel Jeddah Lake ke Hotel Red Sea, lebih kurang 1.5 KM ditepi tasik Jeddah. Ia ada trak pejalan kaki dan pemandangannya agak cantik juga , cuma tidak dimaintain oleh majlis Bandaraya Jeddah . dalam cuaca Jeddah yang nyaman. Kami tiba di hotel Red Sea dan Anwar bertanyakan reception akan seminar anjuran NCAAA Riyadh. Kejutan buat kami, kerana tiada seminar demikian di situ, kemungkinan katanya di Hotel Elaf di Red Sea Mall. Maka barulah Anwar sedar akan kesilapannya kerana baru dia teringat di Red Sea Mall dan bukannya di Red Sea Hotel. Adapun jarak antara Red Sea Hotel dan Red Sea Mall memang jauh kerana Red Sea Mall atau Elaf Hotel berada dekat dengan airport Jeddah. Maka kami segera keluar dari hotel untuk mencari teksi di luar hotel. Kebanyakan teksi mahu SR 50 untuk ke sana. Anwar akhirnya menahan sebuah lagi teksi yang dipandu oleh drebar Bangladesh pada tambang SR30. Maka kami meluncur laju ke Elaf Hotel dan sampai jam 9:30 pagi. Seminarnya sudah bermula lebih kurang 9:15 minit. Kami bersarapan dulu keran sarapan disediakan oleh penganjur. Bila kami masuk, semua seat sudah penuh. Lalu urusetia meminta pekerja hotel membawa satu lagi meja kerana ada lagi 5-6 orang yang lewat kerana sesat seperti kami.

elaf hotel
Posing di luar lobby hotel Elaf, hotel bertaraf 6 bintang, harga bilek dari SR900 satu malam!
Dr Steve Chadwick dan Juliet Chester dari UK
Seminar bertajuk "Establishing Data Analysis & Reporting System (Mengujudkan Analisis dan Sistem Lapuran) yang dikendalikan oleh Juruperunding dari  UK, Dr Steve Chadwick dari Durham University dan Dr Juliet Chester dari King's College London, England. Seminar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan dihadiri oleh ahli akademik IPTA dan IPTS dari seluruh Saudi Arabia yang dalam proses akreditasi universiti mereka masing-masing. Seminar berhenti rehat pada jam 10:30 pagi, teabreak (kudapan) dan 12:00 untuk solat. Ia tamat jam 3:30 petang dan diakhiri dengan makan tengahari yg agak lewat. Tapi saya difahamkan dalam budaya saudi, biasa mereka makan jam 3:30 petang. Selepas makan, saya dan Anwar meronda di Red Sea Mall, saiznya sama besar dengan Mid-Valley MegaMall di Kuala Lumpur. Jam 5:30 petang kami mengambil teksi untuk pulang ke Jeddah Lake Hotel di downtown  Jeddah. Pada asalnya kami bercadang ke Mekah untuk tawaf dan solat, tapi kerana keletihan dan kami membatalkan hasrat tsb.
Sebelah malam selepas solat Isyak, saya dan Anwar meronda-ronda ke Bazzar Jeddah. Ia begitu besar dan menjual segala jenis barang. Ia adalah syurga shopping yang tiada tandingan di seluruh Saudi. Kami tidak membeli apa-apa melainkan Anwar mengajak saya bermain bola table di sebuah kedai milik arab Yaman.

Kami main dua game dan keduanya dimenangi oleh Anwar..haha (kemungkinan dia selalu main di Jordan, manakala saya pulak amat jarang main pool soccer ni). Selepas tu kami makan ringan dan berjalan pulang ke Hotel dan tidur.

No comments: