Sunday, December 23, 2012

La Tahzan 182-1: Syariat Islam itu Mudah, شريعةٌ سهْلةٌ مُيسَّرةٌ

Syariat Islam itu Mudah dan Anjal

إنَّ مما يُثلجُ صدر المسلم ظاهرةُ اليُسْرِ والسَّماحةِ في الشريعةِ الإسلاميةِ
terj:
Salah satu hal yang menyenangkan hati seorang muslim ialah ujudnya kemudahan dan keanjalan dalam syariah Islam.
Jaminan dari al-Qur'an
Ini dibuktikan dengan beberapa firman Allah SWT, antaranya:)
طه{1} مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى

AQS Thaahaa, 20:1-2 [Thaa Haa. Kami tidak menurunkan Al Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah]
 وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَى
AQS al-A'laa, 87:08 [dan Kami akan memberi kamu taufik untuk menempuh syariat yang mudah
 وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
AQS al-Hajj, 22:78 [Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan
 وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ
AQS al-A'raaf, 07:157 [dan (Rasul telah) membuang dari mereka (umat Muhammad) beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka]
Nota: Mungkin kita akan merasa hairan dengan kenyataan, La Tahzan, syariat itu mudah. Kerana dalam anggapan kita adalah sebaliknya, syariat Islam amat ketat dan berat. Apataknya kita kena solat lima kali sehari (berjama'ah bagi lelaki), kena puasa sebulan penuh, wanita pula kena pakai tudung, tidak boleh minum arak, makan babi, ada hukuman hudud, tangan pencuri dipotong, pezina disebat 100 kali, antaranya contohnya. Namun, bagi mereka yang mempelajari Fiqh dan syariat akan tahu rahsia syariat Islam yang sebenarnya adalah mudah dan fleksibel berbanding syariat agama Yahudi dan Nasrani. Jika anda rasa syariat Islam itu mengongkong dan rigid, namun jika anda rajin sedikit dan mempelajari hukum-hukum halal dan haram serta fiqh, anda akan terkejut kerana syariat Islam sebenarnya mudah dan anjal.
 

No comments: