Thursday, June 24, 2010

Coret-coret Blogger 05: aku dan AFN

Subang Jaya Khamis, 24 Jun

Akhirnya, selepas sebulan berBlogging dan memutuskan seketika hubungan dengan laman web AFN, aku kembali semula menerajui AFN utk setahun lagi, sehingga Jun 2011. Krisis dan silap faham berjaya kami atasi demi persahabatan yg sudah sedia terjalin selama hampir 10 tahun bersama org2 lama AFN.

AFN adalah laman web non-profit, sematanya khidmat percuma untuk generasi baru cyber, memberi mereka peluang mendekati manhaj tulin ASWJ dari sumbernya yg asli, dari turath (khazanah) lama Islam. Tidak sepatutnya kami bergeser, tapi Allah ingin menguji hamba-hamba-Nya, sebagaimana umat dahulu diuji dgn Siffin dan Jamal.
Yang penting kami bersedia bertolak-ansur atas dasar win-win, demi dakwah sunnah dan yg pasti, AFN akan lebih kuat untuk maju...1 tahun aku akan berusaha mempersiapkan barisan pentadbiran yg baik utk meneruskan dakwah cyber ke tahap yang lebih baik dan menjadikan laman web afn relevan walaupun medium Facebook, Blgging, twitter semakin popular..tapi afn perlu meneroka pendekatan dan teknologi weblog yg lebih kontemporari..AFN juga perlu mencari bakat2 baru sbg panelisnya, bergerak ke arah penubuhan NGO yg berdaftar dgn pihak berwajib supaya ia dapat bertapak di alam realiti dan menjadikan suaranya didengar oleh massa..sekian

P/S: saya akan up-date blog ni sekali sekala sahaja

Sunday, June 20, 2010

Fiqh Wanita 05

7 Sifat lelaki yg menjadi Idaman Wanita..

#5: Wanita amat senang dengan lelaki yg menyintai kanak-kanak


[Gambar hiasan, ihsan dari kelab fotografi afn]

Wanita idamkan sebuah keluarga dan jika seorang wanita mendapati bakal suaminya atau suaminya menyukai kanak-kanak, maka wanita akan merasa aman, bahagia dan optimis dengan keluarga yg bakal dibinanya kelak...

Bagaimana sikap Nabi saw kita terhadap kanak-kanak?
Dari Abu Hurayra ra,

قبل رسول الله صلى الله عليه وسلم الحسن بن علي وعنده الأقرع بن حابس التميمي جالسا ، فقال الأقرع : إن لي عشرة من الولد ما قبلت منهم أحدا ، فنظر إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قال : ( من لا يرحم لا يرحم ) .
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5997

terjemahnya:
" RasuluLlah SAW (pada suatu hari) mencium (cucu baginda), al-Hasan bin Ali. Peristiwa itu disaksikan oleh al-Aqra bin Habis yang kebetulan ada pada ketika itu. Lantas al-Aqra` berkata," saya mempunyai 10 orang anak dan saya tidak pernah mencium pun salah seorang dari mereka." Baginda menoleh kepadanya seraya bersabsa," siapa yang tidak menyayangi, niscaya tidak akan disayangi." sahih Bukhari, no 5997

Nabi saw memang amat sukakan kanak-kanak...
Imam al-Hakim (al-Mustadrak, jld 3:170) meriwayatkan ketika cucunda baginda al-Hasan dan al-Husin mengenderai belakang RasuluLlah saw, para sahabat yg kebetulan melewati (dan menyaksikan peristiwa tsb), lalu melontarkan komentar:" wadus,anak-anak, apa yg kamu berdua tunggangi itu adalah sebaik-baik tunggangan". Sabda Nabi dgn selamba," Iya, bahkan mereka berdua adalah sebaik-baik penunggang!"

Wednesday, June 16, 2010

Travelog Da`iy 9: Usrah bersama brothers



Akhirnya aku dijemput menghadiri Usrah bersama brothers MISG. Usrah adalah trademark gerakan Islam yang menyatukan fikrah tajdid/reformis di seluruh dunia. Usrah adalah nadi madrasah yg masyhur ni, menjana pekerja2 gerakan Islam di seluruh dunia. Ada pelbagai metod gerakan di USA, brothers arab berada dalam rabitah al-syabab lil Muslim al-arabi, ISNA (Islamic society of North America), manakala pelaja2 melayu majoriti berada dalam MISG. Apabila seseorang sudah dijemput menghadiri usrah bermakna dia sudah dipercayai, ada potensi utk dakwah dan menjadi tenaga muda dalam pergerakan Islam (harakah islamiah).

Usrah berputar pada silabus yg standard dan dikendalikan oleh seorang mas'ul (ketua usrah), setiap usrah selalunya dalam bilangan 7-10 orang...pengisiannya berputar pada hafazan, tazkirah, bacaan al-ma'thuraat al-banna, kajian buku atau pembacaan teks usrah yg wajib, selalunya kitab syed Qutb, Dr Fathy Yakan, al-Mawdoodi, Dr Abd Kareem Zaydan, Mustafa Masyhuur dan Majmu'ah Rasa'il Ustaz Hasan al-Banna sendiri.

Usrah MISG yang ku hadiri terdiri dari 10 orang lebih...ia ada sesi bacaan AQ, tazkirah Mas'ul, kemudian pembentangan kajian buku, kemudian pembentangan kajian semasa dan peenutupnya ialah sesi rumusan dan setiap ahli usrah dikehendaki bercakap mengulas isu pada malam tsb...Bila tiba giliranku, aku cuma memperkenalkan diri dan bercakap sepatah dua kata sahaja...mereka nampak seronok menerima kehadiranku dalam usrah mereka..selepas itu ada jamuan, makan spaghetti, pizza, lasagna, mee..bab makan, di US mmg syurga makan...

Usrah aadalah aktiviti mingguan. Minggu berikutnya, ia dihostkan oleh apartment kami.
Sibuk juga kami grocery dan menyiapkan makanan. Rata-rata geng bujang ddi US mmg pandai masak...Pada sesi ulasan, aku tidak melepaskan peluang utk bercakap, pengalaman mengendalikan usrah semasa menuntut di Perlis, aku benar-benar keluarkan..brothers terpegun mendengar ucapanku...mereka berpandangan antara satu sama lain...aku dapat membaca body languange mereka, bahawa thtl ni bukan ahli usrah biasa......

Coret-coret Blogger 04


SubangJaya: 16/06) Aku kehilangan personal Manager: M07**

sudah 24 jam M07 menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak dia dibelasah di AFN...Ramai juga yg geram dan jealous dgn M07 ni..hehehe. Setakat ni aku masih gagal menghubunginya..Minta mana-mana kenalan beliau dapat up-date mengenai perkembangan terbaru M07**.. mungkin ana kena belanja dia nasi arab...utk menguatkan kembali semangatnya...

setelah thtl "bersara" dari afn, M07 dengan pantas create template blogspot utk thtl...ana teringat semasa thtl bersara dari aan, bro abu_irfan dgn segera create AFN yg akhirnya berjaya dan gah dipersada cyber sampai sekarang...saya sedang menunggu wira baru utk menubuhkan satu lagi laman web tajdid...mungkin anda semua boleh mencadangkan nama yg sesuai utk laman web tsb...

Tuesday, June 15, 2010

Fiqh Wanita 04

Tujuh sifat lelaki idaman wanita...

4. Wanita tertarik kepada lelaki yang membuatnya rasa selamat dan aman.

Ini kerana wanita merasa risau dengan tiga perkara: rupadirinya, kewangan dan cinta. Wanita sentiasa ingin diberitahu bahawa dia cantik, berbau wangi, enak utk bersama dan sentiasa baik adanya...Suami kena sentiasa peka dgn perubahan yang cuba ditunjuki oleh isterinya, samada pakaian barunya, selipar Crocs barunya, kasut Bonia barunya, fasialnya, atau stail baru rambutnya...Memberi pujian tentang citarasa dan pilihannya dan dia begitu anggun memperagakan barangan tsb, membuat wanita merasa seksi dan membuatnya ia bersedia utk ranjang secara spontan...Begitu juga wanita merasa tidak selamat jika suaminya lambat pulang atau jika suaminya tiba-tiba keluar, maka sms atau panggilan dgn hp akan merubah serta merta dan wanita merasa selamat dan aman bila dia tahu di mana suaminya berada...(Ruj: allan and barbara pease, ibid)

Apakah amalan salaf?
Dari Abu Hurayra ra, bahawa Nabi saw berpesan ketika Haji Perpisahan yg masyhur itu:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ ، وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا " .
terjemahnya:
" barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari Akhir, jgnlah dia mengganggu jirannya, dan perlakukanlah wanita dgn baik; sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok; dan sesungguhnya bagian tulang rusuk yang paling bengkok yang bagian atasnya. Jika bermaksud meluruskannya, maka engkau mematahkannya dan jika engkau membiarkanya, maka ia tetap bengkok. Oleh kerana itu perlakukanlah wanita dengan baik." sahih Bukhori, no 3331, Muslim no 47

satu lagi hadith:
رقم الحديث: 4871
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ ، أَخْبَرَنَا عَاصِمُ بْنُ سُلَيْمَانَ ، عَنْ الشَّعْبِيِّ ، أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا أَطَالَ أَحَدُكُمُ الْغَيْبَةَ فَلَا يَطْرُقْ أَهْلَهُ لَيْلًا " .

Dari Jabir ra bahawa Nabi saw bersabda:
terjemah:"jika kalian telah lama berpergian, janganlah ia mengetuk pintu rumahnya di malam hari." sahih Bukhari

Maksud hadith ni ialah supaya lelaki mengutus berita atau zaman sekarang dengan komunikasi canggih utk memberitahu waktu kepulangannya. Ini membolehkan isterinya bersiap sedia dan menghilangkan rasa bimbang akan isterinya tentang keselamatan suaminya dan jika dia tahu lebih awal, dia akan bersiap sedia baik masakan dan mempersiapkan diri utk suaminya...

Nas-nas di atas membuktikan Islam memahami apa yg amat dikehendaki oleh wanita...

Monday, June 14, 2010

Travelog Da`iy 8: suasana kuliah di WMU



Masalah utama yang aku hadapi sejak menjejaki kaki ke bumi Uncle Sam ialah loghat atau slang US yang amat berbeda dgn slang UK atau english yang digunapakai di Malaysia. Jika kita cakap British accent atau slang UK, maka org US mmg tak berapa faham...pernah sekali aku ke kafeteria university dan minta "Hot chocolate", bila aku sebut "HOT" depa tak faham sebab sebutan HOT dalam slang US ialah HAT..
Maka dalam kuliah, aku melopong saja, mmg sulit memahami apa yg disampaikan oleh lecturer...(Namun aku tertarik sekali dgn slang ghetto kulit hitam, atau slang org kulit hitam america yg dinamakan Blacks. Ini kerana istilah Negro diharamkan kerana ia adalah istilah penjajah) Dalam setiap kelas yg aku ambil utk semester pertama, ada pelajar Melayu, Jepun, Taiwan, Afrika dan Arab. Lazimnya aku perhatikan pelajar Melayu suka duduk barisan akhir dalam dewan kuliah, dan kalau bercakap, suara melayu amat perlahan...ini menunjukkan self-esteem org Melayu mmg rendah. Sistem pelajaran US amat praktikal, menggunakan scoring GPA dan CGPA di atas skala 4.0 yang digunapakai sekarang di semua IPTA dan IPTS di Malaysia. Jika pelajar score 4.0 pada satu-satu semester, ia dinamakan Magna Caumme laude dan minima gred utk lulus ialah 2.0. Kerja kursus selalunya adalah 50-60%, manakala peperiksaan akhir semester hanya membawa score 40-50%. Aku selesa dengan sistem ni kerana sebagai lulusan ITM, mmg sudah pun menggunapakai sistem CGPA ni dulu semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM).

Profesor mmg nampak tidak mesra pelajar, dia masuk dan terus mengajar, kurang interaksi dgn pelajar, namun aku difahamkan, profesor hanya mesra dgn pelajar pada kelas Masters dan phD saja, tapi pada peringkat undergraduate, mereka tidak mesra pelajar. Pelajar mat saleh selalunya mereka akan membawa secawan kopi ketika masuk kuliah, kebanyakn mereka meletak kaki di atas kerusi di hadapan mereka. Ia bukan biadab dalam budaya mereka; pelajar perempuan mereka pakai mmg seksi dan mereka tanpa segan silu utk berciuman di khalayak ramai..Ini merupakan antara kezutan budaya yg terpaksa aku lalui...oleh kerana aku masih bujang, mmg sungguh mencabar iman...

Kos yg agak membebankan ialah pembelian buku teks, rupanya ada cara untuk menjimatkan kos, yakni kita kena beli used books atau buku2 terpakai. Budaya US, bila pelajar menamatkan satu2 kelas, mereka akan menjual balik buku2 teks mereka ke Kedai Buku university, maka kita kena cepat membeli buku tsb sebelum kehabisan...ini yg aku lakukan pada setiap semester, kena dapatkan buku terpakai. Ini kerana buku teks adalah amat mahal, USD 70-100 dollar pun ada...

Coret-coret Blogger 03


Subang Jaya (06/14):
Salam semua pengunjung Blog...
Ada permintaan supaya thtl memaparkan foto-foto semasa menuntut di USA dulu...depa ingin melihat macam mana thtl semasa usia muda....
Sebenarnya, entah macam mana saya ni fobia dengan camera, bukan saya meragui hukum fotografi hatta mengambil stand keras spt salafi jalur ultra yg mengharamkan terus fotografi..tidak sampai tahap itu...

sebab sebenar, saya tidak fotogenik, maksudnya wajah saya selalu nampak hodoh dalam foto, almaklumlah saya ni tidak hensem dan kulit pun gelap...kohkoh 10X
Maka saya tidak meminati seni fotografi dan tidak memiliki camera dan jatuh dalam fotofobia...dan saya cukup tidak suka kalau ada cameraman...maka jaranglah saya snap foto semasa berada di mana-mana. Maka banyak kenangan saya tidak tercatat di atas fotografi, cuma dalam memori sahaja.
Cuma sekarang, baru saya berjinak-jinak dgn fotografi, dah beli DSLR, Handycam, digital camera...itupun anak-anak yg suka bebenor dgn alat2 tsb...mmg dunia sekarang, dunia Multimedia.

Namun, ada sekali sekala saya ada snap foto semasa di US, itupun member yg ambik menggunakan camera mereka...saya kena selongkar album lama, tempat simpan pun dah tak sure kat mana, maka, jika ada kesempatan, saya akan scan dan upload beberapa foto saya di USA...harap bersabar...

Sunday, June 13, 2010

Travelog Da`iy 7: VW Golf 78

Kereta pertamaku di US, 1978 VW Golf


Boleh kata majoriti pelajar Malaysia di Kazoo memiliki kereta, trend di kalangan brothers pula ialah berkongsi kereta, khususnya pelajar wanita, maksudnya satu rumah sewa, ada satu atau dua kereta. Kereta second-hand amat murah dan harga petrol juga teramatlah murah ketika itu dan ia dijual dgn unit galon (ini kerana US tidak ikut sistem ukuran metrik). Antara model yg popular ialah Chevy atau Chevrolet marque.
Hasil perkenalanku dgn Muslim dari Albania, akhirnya aku membeli kereta model VW Golf tahun 1978 dgn harga USD600 dollar (masa tu tukaran asing ialah 1 USD=RM 2.50). Sebelum kedatanganku ke US, aku telah menukar lesen memandu Malaysia ke lesen memandu antarabangsa dan ia valid utk memandu di US selama 2 tahun. Brothers MISG dan juga room-matesku tidak berapa setuju dengan keputusanku membeli kereta VW kerana kesukaran mendapat alatganti dan mekanik. Mereka sarankan, lain kali kalau nak beli kereta, mesti beli kereta Made in USA spt Chevy atau Ford. Kereta VW tsb OK pada mulanya, tapi selepas tu sering meragam, tapi budak2 Albania tu sering membantu jika ia bermasalah.

Bandingkan dengan model terkini VW Golf GTI..hehehehe


Pertama kali memandu di US, aku terkejut kerana ia adalah sistem pemanduan sebelah kiri (left-hand drive), sedangkan kita di Malaysia memandu di sebelah kanan (spt di UK)...maka aku sering tersalah masuk lane, khususnya di simpang yg ada traffic light, apa lagi aku kena hon dan di beri lampu oleh pemandu2 yg lain...dua tiga kali kena, akhirnya aku sudah dapat membiasakan diri dgn memandu di sebelah kiri...whew!
Dengan adanya kereta sendiri, maka mudahlah aku ke sana ke mari, khususnya ke Pusat Islam Kazoo dan ke Mall. Namun ke kampus, tak boleh bawa kereta, kerana parking yg terhad dan pentadbiran university yg tidak menggalakkan membawa kereta ke kampus, yg digalakkan ialah Moped (motosikal kapcai 50cc) dan yg paling common ialah basikal.

Saturday, June 12, 2010

Fiqh Wanita 03

7 sifat lelaki yang wanita amat tertarik...

3. Wanita tertarik dengan lelaki yang pandai masak

Berjuta tahun, lelaki keluar berburu untuk memberi makan kpd wanita. Maka di alaf 21, mana-mana lelaki yang menyediakan makanan kepadanya akan mencetuskan perasaan kepurbaan di zaman silam (lelaki keluar memburu, wanita menunggu di rumah)

Sebab itu, antara yang amat merangsang naluri wanita ialah pelawaan utk keluar makan ke restoren kerana ia mengimbau kembali peranan silam lelaki yang menjadi pencari rezki. Maka sebagai persiapan lelaki hendaklah mempersiapkan diri dengan kemahiran memasak kerana sekali sekala berilah kejutan kpd isteri anda dgn ungkapan...
"hari ni adinda tidak perlu buat apa-apa, kekanda yg masak!" atau "Jom, hari ni kita makan ikan bakar di XY seafood"
(Adaptasi dari: Allan & Barbara Pease, why men want sex & women want love, 2009)

Apakah tindakan salaf dalam hal ini?

Ia dari amalan Nabi saw sendiri yang suka melakukan kerja2 rumah, dari `Aisyah raa:

(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ عَمْرَةَ ، قَالَتْ : قِيلَ لِعَائِشَةَ : مَاذَا كَانَ يَعْمَلُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهِ ؟ قَالَتْ : " كَانَ بَشَرًا مِنَ الْبَشَرِ ، يَفْلِي ثَوْبَهُ ، وَيَحْلُبُ شَاتَهُ ، وَيَخْدُمُ نَفْسَهُ " .
Dalam syamail no 325, Aisyah di tanya apakah yang dilakukan oleh baginda semasa di rumah? Jawab Aisyah, "baginda seperti manusia biasa sahaja, membasuh sendiri pakaiannya, memerah susu kambingnya dan banyak layan diri." al-Albani kata sahih dalam tahqiq syama'il..

Jika Nabi sendiri pun ringan tangan di dalam rumah, maka apa salahnya kita sekali sekala masuk dapur, membasuh tandas dan membuat laundry...ini amat merangsang wanita

Friday, June 11, 2010

Travelog Da`iy 6: KIC


Kalamazoo Islamic Center (Pusat Islam Kazoo)

KIC ditubuhkan pada tahun 1975 dan merupakan pusat aktiviti umat Islam Kazoo. Aku takjub kerana dapat menemui pelbagai bangsa dan etnik..Arab, pakistan, India, Balkans, Albania, Melayu, Americans whites ddan Black..Ia boleh memuatkan 450 jama`ah dalam satu-satu masa.. Jawatan Imam adalah dari Arab Saudi, Syaikh Muhammad al-Khudry, manakala Imam dari bangsa American ialah bangsa kulit hitam (Black American) bernama Umar Mutakallim, manakala Imam dari Melayu ialah Bro Yunus, Salmi dan Ismail...berdekatan dgn KIC terdapat sebuah kedai Pizza, Dominos Pizza, sebuah kedai Halal Meat yg menjual ayam, daging dan kambing halal kepunyaan Arab-Lebanese, dan sebuah restoren Briyani kepunyaan etnik Indian..Hari Juma`at, Khatib akan bergilir antara Arab, Black dan Melayu...khutbah dari khatib Arab Saudi amat lemah kerana penguasaan bahasa Inggeris yg lemah, manakala khutbah dari Umar Mutakallim lebih baik kerana kelancaran bahasanya dan kelantanganya, sesuai dgn namanya Umar, manakala khatib Melayu agak sederhana...
Aku cepat mesra dgn AJK Mesjid, terutamanya dgn Syaikh Muhammad al-Khudry dan Bro Umar Mutakallim dan brothers arab yg lain...dan hatiku begitu tertambat dgn KIC dan amat seronok bila setiap kali mendirikan solat 5 waktu dan solat Juma`at..aku juga bertambah mesra dgn komuniti MISG dan selalu menyertai mereka dalam program riadhah pada sebelah petang, kami bermain bolakeranjang (basketball) dan bolasepak di padang university...
Foto dalam KIC, Prayer Hall (Ruang Solat)


TBC..kereta pertamaku di US

Thursday, June 10, 2010

Demam World Cup FIFA


FIFA World Cup Afrika Selatan bakal bermula Juma`at (11 Jun) selama 1 bulan penuh. rakyat Malaysia di jangka bersengkang mata untuk menyaksikannya saban malam...


apa kata Dr al-Imam Yusof Abdullah al-Qaradhawi, Mujtahid nombor satu (YDP Persatuan Ulama Sedunia) mengenai bolasepak:

Bolasepak merupakan sukan yang tidak pernah dibahaskan oleh ulama' di masa lampau, kemungkinan ia belum ujud. Sekarang ia merupakan sukan nombor satu dunia, ia telah menyilau manusia, menguasai akal mereka, menyihir mata mereka serta menyita waktu dan pemikiran mereka...

Berikut adalah nasihat DYQ kpd peminat bolasepak:
Dari segi syara`, tiada larangan bermain bola atau menontonnya kerana bola tiada apa yg bertentangan dgn syara`. Ada dua perkara yg perlu diperhatikan:

1. Jangan mencuaikan kewajipan agama dan dunia; kewajipan agama yg paling penting ialah solat. Manakala kewajipan dunia ialah tugasan dan produktiviti bagi seorang pelajar, pekerja dan pegawai;

2. Jauhi apa jua yg bersifat berlebihan. Berlebihan dalam bolasepak ialah fanatisme atau taksub yg melampau. Berlebihan dalam bolasepak itu menjadikan ia counterproduktive..
Dalilnya:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ (٣١)
AQT7:31. [Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.]

Juga dalil hadith:

فإن لجسدك عليك حقا ، وإن لعينك عليك حقا ، وإن لزوجك عليك حقا
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5199
Terjemahnya:" sesungguhnya tubuhmu memiliki hak atas dirimu, dan matamu memiliki hak atas dirimu, dan isterimu memiliki hak atas dirimu.." HR Bukhori

Oleh itu, tontonlah bolasepak, tapi jgn berlebihan....

[Ref: DYQ, Fiqh Lahw, Maktabah Wahbah, Cairo: 2005]

Membedah salahfaham salafi: geocentricity


Geocentric v Heliocentric

Baru-baru ni dalam laman web AFN (al-fikrah.net) berlaku suatu perdebatan yg hangat sekali mengenai susunan jagat raya... majoriti warga AFN menerima hakikat bahawa jagatraya (universe) adalah Heliocentric atau solar system sebagaimana yg tercetak dalam buku2 teks sains, di mana planet2 termasuk bumi mengelilingi matahari. Ia dinamakan solar system. Manakala geng salafi jalur keras, antaranya yg bernama Nawi dan Talhah meyakini alam ni adalah geocentric atau semua planet termasuk matahari mengelilingi BUMI. Yang lucunya, geng salafi hardcore menyatakan geocentric adalah berdasarkan nas. Berdasarkan nas maksudnya susunan jagatraya ni telah diterangkan melalui wahyu samada terdapat dalam ayat2 AQ atau juga as-Sunnah. Mereka turut mempromosikan sebuah buku dari Indonesia, karya Ahmad Sabiq yg begitu bersemangat menegakkan teori geocentric sebagai yg selari dgn AQ!!

Bagaimana kita nak mendamaikan dua aliran ini dan manakah teori yg lebih hampir kepada keyakinan?

---------------------al-Jawab:


Dr Zakir Naik (45 tahun, founder dan CEO IRF (Islamic Research Foundation, Mumbai, India) menjelaskan isu ini. Ia menjelaskan isu geo vs helio dalam bukunya yg berjodol, "the Qur'an & Modern Science: Compatible or Incompatible?" (AQ dan Sains Moden: Selari atau bercanggah?), terbitan Adam Publisher, Delhi:2008)

Ia memetik kata2 Einstein: "sains tanpa agama adalah kedunguan, manakala agama tanpa sains adalah kebutaan." inilah yg berlaku kpd salafi jalur keras, mereka berpegang kpd nas tanpa sains, maka jatuhlah mereka kepada kebutaan..

Dr Zakir juga berkata," AQ bukanlah kitab sains tapi kitab tanda2 (kebebesaran-Nya)". Ini juga kesilapan kaum salafi tegar, bahawa mereka melihat AQ sbg sebah kitab sains, lalu mereka mentakwil beberapa ayat tanda2 dan menetapkan itulah sains!

Geocentric atau kepercayaan bumi sebagai pusat jagatraya merupakan kepercayaan kuno sejak abad ke 2 BC yaang dikaitkan dgn Ptolemy. Hinggalah pada tahun 1512 bila Copernicus mengemukakan teori solar system dan pada tahun 1609, Kepler menerbitkan penemuannyaAsronomia Nova yang menetapkan teori Solar System yang digunapakai sekarang. Solar system adalah basis untuk pengiraan pelbagai standard yg digunapakai dalam keidupan harian kita...

kita ambik beberapa contoh ayat yg ditakwil oleh salafi tegar:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (٣٣)
AQ 21:33. [dan Dia lah (Tuhan) Yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).]

Salafi mentakwil, ini adalah ayat yg menjadi bukti geocentric, yakni matahari dan bulan beredar mengelilingi Bumi. Sebenarnya ia adalah ayat menjelaskan matahari mmg berputar tapi bukan mengelilingi bumi, tapi ia berputar dalam orbitnya dalam sistem galaksi. Maksudnya planet2 berputar mengelilingi matahari, di waktu yg sama, matahari juga berputar.
Prof Ali al-Syabuni, KSA dalam kitabnya "Harakat al-ardh wa dauranuha: Haqiqatun Ilmiyatun Atsbataha al-Qur:an" (Gerak dan Kitaran Bumi: Hakikat Ilmiah dalam AQ)
menjelaskan ayat ni ditujukan kpd banyak planet bukan matahari dan bulan sahaja, Jika ia ditujukan kpd dua objek, maka AQ akan menggunakan lafaz dua, "yasbahaani". Tapi ayat ni menggunakan lafaz "yasbahuun" yakni merangkumi juga bumi, yg juga berputar dan beredar.

inilah bukti kesalahan kaum salafi moden dalam memahami sains. Dr Zakir dan Prof Syabooni menetapkan Sains dan AQ sentiasa releven dan tidak saling bercanggah, AQ adalah kitab tanda2, manakala sains adalah alat untuk menjelaskan tanda2 tsb..Tanda2 dalam AQ yg berjumlah 1000 ayat bersifat sains umum, Ilmu sains dan pakar2 sainslah yg akan merincikan dan ia mungkin berubah sesuai dgn zaman dan teknologi. sekian

Coret-coret Blogger 02

Thtl dan AFN 02

Petikan Tajuk Utama akhbar the Star hari ni (Jun 10)
-----------
Religious bodies not free of feuds and abuse of power
By LEE YUK PENG
yukpeng@thestar.com.my

PETALING JAYA: Chairmen and committee members who cling on to their positions, factional feuds, unlawful sacking of members. These may sound like the goings-on in a political party except that these are the major complaints about temples, churches and religious organisations.

The long list of grouses is expected to be detailed in the 2009 annual re­­port of the Registrar of Societies to be published soon.
------------------

Banyak sangat warga AFN yg tertanya apa yg tejadi dalam AFN? Ia seperti apa yg digambarkan oleh akhbar the Star...maka sebab itu thtl mengambil langkah selamat dengan memilih utk bersara saja dari organisasi spt ini...Selamat, maksudnya saya ingin menjaga persaudaraan dan silaturrahim. Dengan berada di luar AFN, ia lebih dapat menjaga hati saya...itulah penjelasan terbaik buat masa ni kenapa thtl bersara dari AFN. Ia juga dapat menutup segala prasangka bahawa thtl ingin populariti, ingin kemasyhuran dan ingin habuan dunia.

Saya sedang mencari pakar webmaster untuk membina sebuah laman web yg baru...ini juga menyahut seruan Dr Maza,supaya lebih banyak laman web tajdid dapat diujudkan.
Maka terlalu banyak kontroversi thtl di AFN, maka langkah terbaik, ana serahkan segala urusan kpd BOM (jentera baru pentadbiran AFN) dan saya lebih rela memilih jalan selamat utk bersara dari AFN. Jika ada rezki, kita buat laman web yg lain...bukan susah mana pun.

Wednesday, June 9, 2010

Coret-coret Blogger



Thtl dan AFN

Sudah dua minggu thtl bersara dari AFN (laman web: al-fikrah.net), namun aku masih belum dapat keselesaan utk menulis pada blog ini atau menamatkan projek buku2 yg sudah hampir terbengkalai. Ini kerana terdapat lobby yang kuat dari pencinta2 thtl di AFN yang mahukan thtl kembali ke sana. Tapi aku melihat tidak perlu lagi aku kembali dan aku telah memberi keyakinan yang kuat kpd BOM yang baru ditubuhkan bahawa aku tidak bisa lagi kembali. BOM=Board of Mgmt adalah badan 11 anggota yg akan mengambil alih pentadbiran AFN...aku akan benar-benar dapat menumpukan kpd persaraan ku bila AFN akan stabil dgn sistem pengurusan yg baru dan aku gembira kerana beberapa panel fiqh yg tidak aktif telah muncul secara mendadak, antaranya Tuan kapten, Gayat dan al-fauzani...yg menggembirakan ialah kemunculan ramai sekali ahli2 fiqh muda berbakat di AFN...ini menunjukkan persaraan thtl akan memberi peluang kpd tokoh2 lama spt Kapten HF dan gayat serta muka2 baru untuk menggilap bakat fiqh mereka...Lama kelamaan, AFN yg sudah sinonim dgn thtl akan hilang...ini kerana salafi adalah muda lupa...

Kisah sensasi dari Terengganu


Lapuran akhbar STAR:
HULU TERENGGANU: Her husband’s public sharing of how reading and having sex every night has kept him energetic during the day has drawn criticism from some. But Rosmawati Abdullah is proud of her award-winning husband Alias Ismail’s honesty.
Alias, a Bahasa Malaysia teacher at SMK Menerong, was the inaugural recipient of the state-initiated Tokoh Nilam award to honour an ourstanding teacher.

He had then said his secret to remaining active was to read, have an intellectual discussion with his wife and having sex nightly.

Meanwhile, Alias, 42, who insisted that he was not a hypocrite and was encouraging only legitimate sex, said he was disappointed by certain parties who were attempting to discredit him. “Many people in Kuala Berang shook hands and congratulated me after Friday prayers saying that I was different from other teachers. A day prior to that, a group of teachers in Hulu Terengganu threw a party for me for winning the award,” he added.

Alias also revealed that his handphone was flooded with a huge number of SMSes after his story appeared in The Star on May 31 with most praising him.
========

Ia mengenai kisah seorang tokoh Nilam (anugrah kerajaa negeri Terengganu) kpd cikgu Alias mengenai rahsia kecemerlangannya. Ia mengejutkan masyarakat dengan menceritakan resepi kejayaannya ialah banyak membaca dan kerap mengadakan hubungan seks dgn isterinya saban malam!
Dalam kaca mata Islam, kisah mengenai kekerapan seks adalah rahsia bilik tidur yang tidak boleh dihebahkan...mungkin beliau tidak didedahkan akan hal ini...
Memang terdapat larangan dari Nabi saw mengenai pasangan hendaklah merahsiakan aktiiti seks mereka dari pengetahuan umum...

Dalil hadith: dari periwayatan Abu Sa`eed al-Khury ra, bahawa Nabi saw bersabda:
إن من أشر الناس عند الله منزلة يوم القيامة ، الرجل يفضي إلى امرأته ، وتفضى إليه ، ثم ينشر سرها
الراوي: أبو سعيد الخدري المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 1437
terjemahnya: "Sesungguhnya di antara org yg paling jelik kedudukannya pada hari Kiamat ialah lelaki yang mengadakan hubungan seks dgn isterinya kemudian dia menyibarkan rahsianya." HR Muslim

Komentar al-Hafidz Ibn Qayyim:
" Diharamkan menyibarkan berita ttg aktiviti seks bertujuan membendung sensasi dan boleh merangsang org lain. Ini kerana di luar sana ada lelaki yang masih bujang, maka ia akan terangsang dan mungkin mengorak langkah melakukan yg haram (aktiviti perzinaan)." [I`lam al-muwaqqi`ien, 3:153]

Travelog Da`iy 5: Azan Solat merubah segalanya

Oleh kerana aku tidak tahu di mana mesjid (di US, mesjid selalunya disebut "Islamic Center" atau Pusat Islam), maka bermula pada waktu Subuh, aku melaungkan azan dalam apartment tsb. Laungan azan itu benar2 mengejutkan penghuni apartmentku...adalah dua tiga orang yg keluar dari bilik untuk menyertai solat jama'ah. Aku menjadi Imam dan aku tidak membaca qunoot subuh. Begitu juga waktu maghrib dan Isya` aku juga melaungkan azan dan bersolat jama`ah, ada yg bertanya, kenapa aku tidak membaca qunoot, lalu aku jelaskan sebabnya...ada di antara mereka yg mencelah, itu macam "wahabi" je...aku senyum je...
Rupa-rupanya laungan azan itu tidak menyenangkan penghuni apartment tsb dan mereka kelihatan gelisah dan tidak selesa dengan kehadiranku...Rupanya mereka tidak gemar solat berjama'ah dan mungkin tidak gemar bersolat pun....Ini kerana berada di USA, mereka menikmati kebebasan yg seluas-luasnya

Hasil beberapa siri pertemuanku dengan brothers MISG*, akhirnya brothers merancang perpindahan aku untuk menetap bersama brothers MISG (*MISG="Malaysian Islamic Study Group" adalah pertubuhan pelajar melayu Malaysia yang terbesar di USA dan Canada. Ia membawa manhaj gerakan Islam bermodelkan gerakan Islam yg popular di dunia. Mereka nampak potensi diriku yang boleh diserapkan ke dalam saf MISG, lalu brothers MISG datang berunding dgn penghuni apartmentku dan akhirnya budak2 UMNO nerasa senang sekali untuk melepaskan aku pergi bersama MISG...



Dipendekkan cerita, aku pun berpindah pula ke Knollwood apartment. Jaraknya cuma 700 meter sahaja. Ia lebih cantik dan luas berbanding dgn apartment dulu; ia juga full-furnished, tiga bilik dan ada 6 brothers, maka dua orang satu bilik; kebanyakan penghuni Knollwood apartment ialah whites atau orang kulit putih. Aku merasa lega kerana brothers memang kaki mesjid, yakni mereka akan ke Pusat Islam Kalamazoo utk bersolat jama`ah. Jaraknya, aku rasa adalah dalam 5KM. Kami akan menggunakan kereta untuk ke sana...pertama kali menjejak kaki ke Pusat Islam, amat melegakan hatiku...

Maka buat masa ni aku memperolehi dua kelegaan: kelegaan pertama, aku dipindahkan ke apartment bersama insan-insan yg bergiat dalam gerakan Islam. Kedua: aku dapat menghidupkan syi`ar harian yg penting, yakni solat jama`ah bersama komuniti Islam pada setiap waktu..alhamdulillah. Next: Pusat Islam Kazoo

Tuesday, June 1, 2010

Travelog Da`iy 4: WMU



WMU atau Western Michigan University adalah university 100 terbaik USA, ia adalah IPTA dengan jumlah pelajar sekitar 24,000...Kedatanganku ke WMU adalah pilihan kerajaan/JPA dan dengan keujudan 400++ pelajar Malaysia, aku merasa yakin untuk belajar di sini.
Keesokannya, aku dibawa ke WMU kampus oleh rakan2 serumahku dengan berjalan kaki sahaja kerana apartment dgn kampus amat dekat sekali. Ramai pelajar berbasikal dan berjalan kaki memandangkan kemudahan parking yg terhad di kampus. Kekadang kau merasa lucu kerana melihat org putih yg berbasikal tapi memakai suit dan bertali leher. Bas dalaman kampus juga disediakan kerana WMU ada dua kampus, kampus Timur dan Barat. Aku dibawa ke International Student Center (Pusat Pelajar Antarabangsa)` untuk melapur diri, Pihak pendaftar meneliti Diploma ITM yang aku miliki dan aku mendapat sejumlah jam kredit pelepasan, lalu aku diserapkan ke tahun 3 pengajian BBA (Management) atau Bachelor in Business Administration, pengkhususan dalam Pengurusan. Ini bermakna aku perlu menamatkan dua tahun sahaja utk mendapat ijazah dalam BBA.
Semasa mendaftar matapelajaran utk semester pertama di WMU, aku diberi nasihat oleh pelajar2 senior supaya mendaftar dengan profesor yg agak lenient atau mudah utk score dan jauhi Prof berbangsa Yahudi. Kelebihan belajar di USA ialah kita boleh pilih profesor dan sesi mana yg kita suka samaada pagi atau petang...atau mana-mana hari yang kita suka. Ketika di kampus aku bertemu dengan pelajar MISG (Malaysian Islamic Study Group) atau gerakan Islam pelajar melayu yang terbesar di USA. Mereka terkejut kerana aku ditempatkan bersama Kelab UMNO Kazoo, lalu mereka mencadangkan agar aku berpindah bersama brothers (gelaran utk anggota MISG). Aku nyatakan, aku perlu sedikit masa kerana sudahpun membayar deposit sewa rumah di Redwood Apt dan akan memikirkan jalan keluar nanti...
Cuaca di Kazoo ketika itu adalah musim Fall atau musim Luruh, di mana seluruh tumbuhan akan bertukar warna kerana menunggu kedatangan musim Sejuk. Inilah pemandangan yg paling cantik yg aku pernah saksikan kerana daun2 yg berwarna warni dan suhu yg sungguh nyaman sekitar 18-20 celsus. Oleh kerana Kazoo berada di pinggir tasik besar, maka ia selalu berangin dan kami dikehendaki memakai jaket ringan atau dikenali dgn "wind breaker". Sekarang juga adalah musim buah-buahan, dan Kazoo terkenal dgn buah cherry dan pear...TBC

Fiqh Perempuan 02

7 sifat lelaki yang wanita amat tertarik...

2. Wanita amat tertarik dengan lelaki jenis "good listener" atau mampu menadah telinga kpd rasa hati dan problema mereka, khususnya seorang lelaki yang mampu khusyu' mendengar permasalahan dan luahan hati wanita tanpa memotongnya atau yg cepat menawarkan penyelesaian kpd permasalahannya...

Menurut kajian Dr John Gray (Men are from Mars, women from Venus, NY:1992), bila wanita dilanda masalah atau ketegangan (stress), dia memerlukan seseorang untuk meluahkan permasalahan tsb..dan jika ada telinga yg sanggup menadahnya, dia akan menjadi tenang dan tenteram. Namun di sana. kaum lelaki selalunya tidak suka mendengar permasalahan perempuan kerana dia risau, dia pulak yg akan dipersalahkan nanti.
Menurut Dr Gray lagi, menjadi pendengar yang baik, lelaki harus banyak bersabar, berlatih dan mencuba. Bagi umat Islam kita kena banyak melihat kpd kehidupan kaum salaf:
Inilah maksud hadith RasuluLlah SAW:
وخياركم خياركم لنسائهم
الراوي: أبو هريرة المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1162
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح
"dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik kpd isterinya" HR Ahmad, Abu Daud, dan Termidzi (beliau kata, hasan sahih), turut dinilai sahih oleh al-Haakim dan al-Albani (silsilah al-sahihah, no 284)

Akhlak RasuluLlah ni juga direkodkan oleh AQ:

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨)
AQT 9:128. [Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.]
Salah satu sifat terbaik tersebut ialah menjadi seorang yg mudah mendengar dan prihatin kepada apa yg ingin diluahkan oleh wanita.