Monday, June 14, 2010
Travelog Da`iy 8: suasana kuliah di WMU
Masalah utama yang aku hadapi sejak menjejaki kaki ke bumi Uncle Sam ialah loghat atau slang US yang amat berbeda dgn slang UK atau english yang digunapakai di Malaysia. Jika kita cakap British accent atau slang UK, maka org US mmg tak berapa faham...pernah sekali aku ke kafeteria university dan minta "Hot chocolate", bila aku sebut "HOT" depa tak faham sebab sebutan HOT dalam slang US ialah HAT..
Maka dalam kuliah, aku melopong saja, mmg sulit memahami apa yg disampaikan oleh lecturer...(Namun aku tertarik sekali dgn slang ghetto kulit hitam, atau slang org kulit hitam america yg dinamakan Blacks. Ini kerana istilah Negro diharamkan kerana ia adalah istilah penjajah) Dalam setiap kelas yg aku ambil utk semester pertama, ada pelajar Melayu, Jepun, Taiwan, Afrika dan Arab. Lazimnya aku perhatikan pelajar Melayu suka duduk barisan akhir dalam dewan kuliah, dan kalau bercakap, suara melayu amat perlahan...ini menunjukkan self-esteem org Melayu mmg rendah. Sistem pelajaran US amat praktikal, menggunakan scoring GPA dan CGPA di atas skala 4.0 yang digunapakai sekarang di semua IPTA dan IPTS di Malaysia. Jika pelajar score 4.0 pada satu-satu semester, ia dinamakan Magna Caumme laude dan minima gred utk lulus ialah 2.0. Kerja kursus selalunya adalah 50-60%, manakala peperiksaan akhir semester hanya membawa score 40-50%. Aku selesa dengan sistem ni kerana sebagai lulusan ITM, mmg sudah pun menggunapakai sistem CGPA ni dulu semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM).
Profesor mmg nampak tidak mesra pelajar, dia masuk dan terus mengajar, kurang interaksi dgn pelajar, namun aku difahamkan, profesor hanya mesra dgn pelajar pada kelas Masters dan phD saja, tapi pada peringkat undergraduate, mereka tidak mesra pelajar. Pelajar mat saleh selalunya mereka akan membawa secawan kopi ketika masuk kuliah, kebanyakn mereka meletak kaki di atas kerusi di hadapan mereka. Ia bukan biadab dalam budaya mereka; pelajar perempuan mereka pakai mmg seksi dan mereka tanpa segan silu utk berciuman di khalayak ramai..Ini merupakan antara kezutan budaya yg terpaksa aku lalui...oleh kerana aku masih bujang, mmg sungguh mencabar iman...
Kos yg agak membebankan ialah pembelian buku teks, rupanya ada cara untuk menjimatkan kos, yakni kita kena beli used books atau buku2 terpakai. Budaya US, bila pelajar menamatkan satu2 kelas, mereka akan menjual balik buku2 teks mereka ke Kedai Buku university, maka kita kena cepat membeli buku tsb sebelum kehabisan...ini yg aku lakukan pada setiap semester, kena dapatkan buku terpakai. Ini kerana buku teks adalah amat mahal, USD 70-100 dollar pun ada...
Labels:
Travelog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment