Subang Jaya Khamis, 24 Jun
Akhirnya, selepas sebulan berBlogging dan memutuskan seketika hubungan dengan laman web AFN, aku kembali semula menerajui AFN utk setahun lagi, sehingga Jun 2011. Krisis dan silap faham berjaya kami atasi demi persahabatan yg sudah sedia terjalin selama hampir 10 tahun bersama org2 lama AFN.
AFN adalah laman web non-profit, sematanya khidmat percuma untuk generasi baru cyber, memberi mereka peluang mendekati manhaj tulin ASWJ dari sumbernya yg asli, dari turath (khazanah) lama Islam. Tidak sepatutnya kami bergeser, tapi Allah ingin menguji hamba-hamba-Nya, sebagaimana umat dahulu diuji dgn Siffin dan Jamal.
Yang penting kami bersedia bertolak-ansur atas dasar win-win, demi dakwah sunnah dan yg pasti, AFN akan lebih kuat untuk maju...1 tahun aku akan berusaha mempersiapkan barisan pentadbiran yg baik utk meneruskan dakwah cyber ke tahap yang lebih baik dan menjadikan laman web afn relevan walaupun medium Facebook, Blgging, twitter semakin popular..tapi afn perlu meneroka pendekatan dan teknologi weblog yg lebih kontemporari..AFN juga perlu mencari bakat2 baru sbg panelisnya, bergerak ke arah penubuhan NGO yg berdaftar dgn pihak berwajib supaya ia dapat bertapak di alam realiti dan menjadikan suaranya didengar oleh massa..sekian
P/S: saya akan up-date blog ni sekali sekala sahaja
No comments:
Post a Comment