Friday, June 11, 2010
Travelog Da`iy 6: KIC
Kalamazoo Islamic Center (Pusat Islam Kazoo)
KIC ditubuhkan pada tahun 1975 dan merupakan pusat aktiviti umat Islam Kazoo. Aku takjub kerana dapat menemui pelbagai bangsa dan etnik..Arab, pakistan, India, Balkans, Albania, Melayu, Americans whites ddan Black..Ia boleh memuatkan 450 jama`ah dalam satu-satu masa.. Jawatan Imam adalah dari Arab Saudi, Syaikh Muhammad al-Khudry, manakala Imam dari bangsa American ialah bangsa kulit hitam (Black American) bernama Umar Mutakallim, manakala Imam dari Melayu ialah Bro Yunus, Salmi dan Ismail...berdekatan dgn KIC terdapat sebuah kedai Pizza, Dominos Pizza, sebuah kedai Halal Meat yg menjual ayam, daging dan kambing halal kepunyaan Arab-Lebanese, dan sebuah restoren Briyani kepunyaan etnik Indian..Hari Juma`at, Khatib akan bergilir antara Arab, Black dan Melayu...khutbah dari khatib Arab Saudi amat lemah kerana penguasaan bahasa Inggeris yg lemah, manakala khutbah dari Umar Mutakallim lebih baik kerana kelancaran bahasanya dan kelantanganya, sesuai dgn namanya Umar, manakala khatib Melayu agak sederhana...
Aku cepat mesra dgn AJK Mesjid, terutamanya dgn Syaikh Muhammad al-Khudry dan Bro Umar Mutakallim dan brothers arab yg lain...dan hatiku begitu tertambat dgn KIC dan amat seronok bila setiap kali mendirikan solat 5 waktu dan solat Juma`at..aku juga bertambah mesra dgn komuniti MISG dan selalu menyertai mereka dalam program riadhah pada sebelah petang, kami bermain bolakeranjang (basketball) dan bolasepak di padang university...
Foto dalam KIC, Prayer Hall (Ruang Solat)
TBC..kereta pertamaku di US
Labels:
Travelog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment