Tuesday, June 1, 2010

Travelog Da`iy 4: WMU



WMU atau Western Michigan University adalah university 100 terbaik USA, ia adalah IPTA dengan jumlah pelajar sekitar 24,000...Kedatanganku ke WMU adalah pilihan kerajaan/JPA dan dengan keujudan 400++ pelajar Malaysia, aku merasa yakin untuk belajar di sini.
Keesokannya, aku dibawa ke WMU kampus oleh rakan2 serumahku dengan berjalan kaki sahaja kerana apartment dgn kampus amat dekat sekali. Ramai pelajar berbasikal dan berjalan kaki memandangkan kemudahan parking yg terhad di kampus. Kekadang kau merasa lucu kerana melihat org putih yg berbasikal tapi memakai suit dan bertali leher. Bas dalaman kampus juga disediakan kerana WMU ada dua kampus, kampus Timur dan Barat. Aku dibawa ke International Student Center (Pusat Pelajar Antarabangsa)` untuk melapur diri, Pihak pendaftar meneliti Diploma ITM yang aku miliki dan aku mendapat sejumlah jam kredit pelepasan, lalu aku diserapkan ke tahun 3 pengajian BBA (Management) atau Bachelor in Business Administration, pengkhususan dalam Pengurusan. Ini bermakna aku perlu menamatkan dua tahun sahaja utk mendapat ijazah dalam BBA.
Semasa mendaftar matapelajaran utk semester pertama di WMU, aku diberi nasihat oleh pelajar2 senior supaya mendaftar dengan profesor yg agak lenient atau mudah utk score dan jauhi Prof berbangsa Yahudi. Kelebihan belajar di USA ialah kita boleh pilih profesor dan sesi mana yg kita suka samaada pagi atau petang...atau mana-mana hari yang kita suka. Ketika di kampus aku bertemu dengan pelajar MISG (Malaysian Islamic Study Group) atau gerakan Islam pelajar melayu yang terbesar di USA. Mereka terkejut kerana aku ditempatkan bersama Kelab UMNO Kazoo, lalu mereka mencadangkan agar aku berpindah bersama brothers (gelaran utk anggota MISG). Aku nyatakan, aku perlu sedikit masa kerana sudahpun membayar deposit sewa rumah di Redwood Apt dan akan memikirkan jalan keluar nanti...
Cuaca di Kazoo ketika itu adalah musim Fall atau musim Luruh, di mana seluruh tumbuhan akan bertukar warna kerana menunggu kedatangan musim Sejuk. Inilah pemandangan yg paling cantik yg aku pernah saksikan kerana daun2 yg berwarna warni dan suhu yg sungguh nyaman sekitar 18-20 celsus. Oleh kerana Kazoo berada di pinggir tasik besar, maka ia selalu berangin dan kami dikehendaki memakai jaket ringan atau dikenali dgn "wind breaker". Sekarang juga adalah musim buah-buahan, dan Kazoo terkenal dgn buah cherry dan pear...TBC

No comments: