7 sifat lelaki yang wanita amat tertarik...
3. Wanita tertarik dengan lelaki yang pandai masak
Berjuta tahun, lelaki keluar berburu untuk memberi makan kpd wanita. Maka di alaf 21, mana-mana lelaki yang menyediakan makanan kepadanya akan mencetuskan perasaan kepurbaan di zaman silam (lelaki keluar memburu, wanita menunggu di rumah)
Sebab itu, antara yang amat merangsang naluri wanita ialah pelawaan utk keluar makan ke restoren kerana ia mengimbau kembali peranan silam lelaki yang menjadi pencari rezki. Maka sebagai persiapan lelaki hendaklah mempersiapkan diri dengan kemahiran memasak kerana sekali sekala berilah kejutan kpd isteri anda dgn ungkapan...
"hari ni adinda tidak perlu buat apa-apa, kekanda yg masak!" atau "Jom, hari ni kita makan ikan bakar di XY seafood"
(Adaptasi dari: Allan & Barbara Pease, why men want sex & women want love, 2009)
Apakah tindakan salaf dalam hal ini?
Ia dari amalan Nabi saw sendiri yang suka melakukan kerja2 rumah, dari `Aisyah raa:
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ عَمْرَةَ ، قَالَتْ : قِيلَ لِعَائِشَةَ : مَاذَا كَانَ يَعْمَلُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهِ ؟ قَالَتْ : " كَانَ بَشَرًا مِنَ الْبَشَرِ ، يَفْلِي ثَوْبَهُ ، وَيَحْلُبُ شَاتَهُ ، وَيَخْدُمُ نَفْسَهُ " .
Dalam syamail no 325, Aisyah di tanya apakah yang dilakukan oleh baginda semasa di rumah? Jawab Aisyah, "baginda seperti manusia biasa sahaja, membasuh sendiri pakaiannya, memerah susu kambingnya dan banyak layan diri." al-Albani kata sahih dalam tahqiq syama'il..
Jika Nabi sendiri pun ringan tangan di dalam rumah, maka apa salahnya kita sekali sekala masuk dapur, membasuh tandas dan membuat laundry...ini amat merangsang wanita
No comments:
Post a Comment