Pencetus Ide Blackout 505 |
PRU 13 sudah lama berlalu. Penyandang juara BN menang lagi menjadikan kedudukan 13-0 kemenangan BN ke atas Pembangkang. BN adalah hos, tuan rumah dan penganjur temasya 5 tahun sekali itu. Sebagai tuan rumah atau hos PRU, BN akan pastikan juara keseluruhan adalah milik mereka. Ia sama juga dengan mana-mana kejohanan besar dunia spt Olympik, Commonwealth Games, Piala Dunia Bolasepak, Hos mempunyai banyak kelebihan sebagai hos terutama dalam acara sukan yang melibatkan kesenian spt gymnas, gimrama, papan terjun, karate, Tae Kwon Do, dsbnya..Banyak kontinjen yang akan membuat protes dgn mutu pengadilan, namun, tuan rumah selalunya akan menang kerana kelebihan selaku tuan rumah.
Karikatur NYT di US menyindir kemenangan BN |
Maka begitulah tamthil (ibarat) PRU Malaysia. Ia suatu pertandingan yg dikendalikan oleh BN selaku penyandang juara dan masih menerajui kerajaan sementara. Maka sudah tentu mereka mempunyai banyak kelebihan (advantage) sebagai hos dan penyandang juara. Mereka amat arif dgn daftar pemilih, persempadanan DUN dan Parlimen dan hakim-hakim dan penyelianya kebanyakannya adalah pro kpd tuan rumah.
Maka jika Pembangkang kalah tipis pada percubaan kali ke 13, ia adalah suatu petanda yang cukup bagus. Kalau bermain sukan badminton, jika Malaysia kalah tipis kpd China 3-2 dalam acara berpasukan dgn bermain di Beijing, maka itu sudah amat bagus. Maka kali ini PRU 13, PR kalah kpd BN dalam rubber game atau tiga set yg mendebarkan. Maka ini sudah cukup bagus kerana dalam permainan rubber games, yg dikira ialah siapa yg menang dua games bukan jumlah kiraan mata agregat. Misalnya BN menang ke atas PR dalam badminton, 24-23, 7-21, 21-19...BN tetap menang walaupun dari jumlah kutipan mata PR menang, bgitu juga PRU Malaysia, walaupun BN menang 133-89, namun dari segi kiraan mata sebenar (undi popular), BN dapat 5.2 juta undi vs PR dapat 5.6 juta undi, namun dalam PRU, yang dikira ialah bilangan kerusi.
Langkah yang betul ialah PR kena melihat kejohanan PRU14 (2018) dengan misi mengalahkan BN dengan kemenang mutlak bukan lagi rubber game dan undi popular. Maksudnya kemenangan yg tidak dipertikaikan lagi walaupun hakim berat sebelah, padang tidak bagus dsbnya, tapi kemenangan yg tidak boleh dinafikan lagi, yakni menang dgn memungut minima 112 kerusi dan juga menang dari segi undi popular. Ini menuntut PR datang ke kejohanan PRU 14 dengan membawa kontinjen yg mantop dan dapat memenangi walaun diadili oleh Hakim yg berat sebelah sekalipun.
Saya masih ingat ketika sdr Anwar ketika berucap merasmikan perwakilan Muktamar tahunan ABIM di sg Ramal seblum beliau menyertai UMNO... perjuangan ini masih jauh dan beliau selalu membaca ayat: (ketika itu saya masih dalam pengajian di IPTA)
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ
َِ AQS 9:42 [Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka]
DSAI berasal dari gerakan Islam (harakah Islam) selama 20 tahun), meraih populariti di seluruh dunia dgn Harakah Islam, maka beliau perlu melihat balik kertas kerja 'kenapa kemasukan Anwar ke dalam UMNO tidak syara'iy" yang disahkan oleh TG Hadi, TG almarhum Dato' Fadzil M Noor, Dr Siddiq Fadhil, Dr Mphd Noor Manuty, Dr Abd Halim el-Muhammadi, Ust Ramlee Ibrahim dan lain2 pimpinan ABIM ketika itu. Maka apa yg terjadi sebenarnya adalah kata-kata beliau dulu, kejayaan manis adalah lambat. Di Mesir, Gerakan islam di sana berjaya menubuhkan kerajaan selepas 87 tahun berjuang.
Kejayaan akar umbi, mendapat sokongan massa yg mutlak dan kuat adalah intipati dari objktif gerakan Islam yg diterajuinya dulu. Maka utk menang mmg boleh, tapi yg lebih penting ialah mendapat kemenangan yg kuat supaya ia tidak dikalahkan pula oleh BN pada PRU15 tahun 2023 nanti. Maka lebih baik dihentikan Blackout 505 dan ditumpukan kpd mendapatkan negeri2 yg sepatutnya PR boleh menang (Perlis, Kedah, Trengganu dan Negeri Sembilan) serta pembinaan grassroot kpd apakah sebenar yg ingin ditawarkan kpd rakyat dari PR. Apakah coalition atau gabungan PKR-DAP-PAS itu suatu gandingan yg kuat. Di manakah sokongan gerakan-gerakan Islam yang lain spt ABIM, JIM, Haluan, Isma, IKram dan Salafiyah/Sunnah? Mereka ni sokong sapa sebenarnya??