Madinah al-Munawwarah, 25 Apr 2013
Saya menghubungi Sdr Ibn Zubair atau Mohd Danial, Exco, Persatuan Mahasiswa Malaysia KSA (Persada). Saya mengenali beliau semasa di Malaysia lagi ketika aktif dgn laman web AFN 1.0. Beliau menyatakan, malam ini adalah saat terbaik untuk bertemu dengan pelajar Malaysia kerana Madinah hari Khamis dan Isnin adalah kebanyakan orang berpuasa sunat dan Masjid Nabawi akan dipenuhi dgn juadah berbuka puasa.Inilah sunnah puasa peninggalan Nabi yang masih terus meriah di Madinah. Saya bertanyakan di mana dan bagaimana saya nak menemui lokasi pelajar Malaysia berbuka kerana mesjid yang begitu besar? Beliau memberi tahu, senang sahaja cari rak kasut bernombor 1495. Beliau juga memberitahu, kebiasaannya Prof Muhammad Kamil Ibrahim (http://www.muhdkamil.org/home) juga akan turut serta. Maghrib masuk sekitar 6:30 ptg, maka jam 5:30 saya sudah bergerak ke Mesjid Nabawi. Saya masuk melalui Gate King Saud dan nombor rak kasut adalah 300 ke atas. Maka saya berjalan terus ke dalam hinggalah ke gate 1000++. Ketika itu saya berserempak dengan pelajar2 Melayu dan bertanyakan mereka lokasi buka puasa pelajar kita. Mereka pun menunjukkan arahnya. Saya SMS kpd Ibn Zubair brtanyakan di mana dia sekarang, dia membalas, dia akan sampai lewat sikit, hampir-hampir dekat dgn buka puasa. 15 minit sebelum buka puasa, hampir semua sudah sampai lebih kurang 25 orang semuanya dari 203 orang jumlah pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah. Tak lama kemudian Prof Kamil juga muncul, Alhamdulillah.
Lokas pelajar Malaysia berbuka puasa, saya duduk sebelah MKI |
Prof Kamil (MKI) memang popular di kalangan komuniti Melayu Madinah, beliau juga popular di kalangan pakej2 umrah kerana kerap dijemput memberi tazkirah dan motivasi di hotel-hotel sekitar kompleks al-Haram. Kemasyhuran Prof MKI ialah dia seorang yg peramah dan berkebajikan; beliau juga suka mengajak tetamu dan pelajar Malaysia ke rumahnya dan menyediakan masakan-masakan melayu dan arabnya dari dapur isterinya, Puan Roza. Prof MKI mengajar di Universiti Taibah, 15 minit sahaja dari mesjid Nabawi, bersebelahan dengan Univ Islam Madinah. Dulu, beliau adalah mantan Pengarah (Provost) UiTM Johor dan anak saya yg menuntut di sana mengenali dan pernah di ajar oleh Prof MKI. Saya ingin mengenali beliau kerana kemasyhuran beliau selepas menghasilkan buku "bestseller"nya yg berjodol "Travelog Haji" yang telah terjual melebihi 50 ribu naskhah. Selepas meletak jawatan di UiTM , beliau datang bekerja di Univ Taibah di jabatan Accountancy. Saya tidak sangka akhirnya saya menemui sorang yang istimewa, ahli ilmu, ahli ibadah serta ahli zuhud. Jamuan buka puasa di Madinah simpel sahaja, air zam-zam, korma, teh (syai) dan kekacang. Terimakasih kpd pelajar2 melayu Madinah, khususnya Mohd Daniel.
THTL dan Prof MKI dalam Masjid Nabawi |
Sambil menunggu waktu Isya', saya ajak Prof memberi nasihat, panduan dan berkongsi pengalaman kepada saya dan beliau tanpa berat meluangkan masa duduk bertimpuh dgn saya dari waktu lepas Maghrib hinggalah ke waktu Isya'. Banyak topik yang dia sentuh, ibadah harian (terutama solat berjamaah dan puasa sunat), pendidikan anak-anak dan isteri. Saya amat kagumi beliau kerana kkuatan iman dan mentalnya dalam mengamalkan apa jua ajaran Islam yg dia tahu. Prof ni jenis apa yg dia tahu, dia akan amalkan dalam kehidupannya. Rumusannya: beliau adalah antara orang yang saya kagumi semangat dan kekuatan jihadnya dalam mencari ilmu dan beramal dengannya. Syukran di atas layanan baik beliau dan nasihat serta pandangan beliau yg amat tersentuh di jiwa saya.
Selepas Isya', saya di bawa makan malam oleh pelajar2 Madinah di restoren yg masyhur di kalangan komuniti Melayu di sini kerana menghindangkan antara lain ialah daging unta yg muda. Ia lebih kirang 15 minit dari al-Haram an-Nabawi. Selepas itu saya dibawa meronda ke dalam kampus Universiti Islam Madinah. Selepas itu, Muhd Danial menghantar saya pulang ke Hotel penginapan. 203 orang penuntut Malaysia di sini kesemuanya ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Arab Saudi dan mereka merupakan insan2 terpilih di atas muka bumi ini. Belajar dan menetap di kota suci umat Islam, Madinah Tayyibah.
Menikmati Nasi Mandy Unta Muda |
Aktiviti Ziarah tempat2 bersejarah di sekitar Madinah termasuk Souq Korma atau Bazaar Korma terbaik di dunia, Souq korma Madinah. Ladang2 korma di Madinah baru saja berputik dan buah baru di jangka akan masak sekitar Ramadhan nanti.
Di pintu masuk Mesjid Quba' |
TBC: kisah di Dammam.
No comments:
Post a Comment