Friday, May 3, 2013

Travelog KSA 66: Rehlah Madinah 1

Madinah 24-26 April 2013
Berlepas dari Jizan dgn pesawat Saudia

Sejak datang ke KSA, inilah peluang pertama saya mengunjungi kota Madinah al-Munawwarah. Bersama saya ke Madinah kali ialah sahabat lama Dr SA dan isterinya. Anjuran mengunjungi Madinah masjid Nabawi ada disebut dalam hadis:
 
لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد : المسجد الحرام ، ومسجدي هذا ، والمسجد الاقصى . (رواه البخاري، رقم  1189 و مسلم، رقم 1397)
Tidak diperkenankan perjalan kecuali menuju tiga masjid, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsha" (HR Bukhari,no.1189 dan Muslim,no.1397). 
Tiada bilik hotel di Madinah
Disamping ibadah di mesjid Nabawi, kami juga ingin membuat lawatan kerja ke Universiti Islam Madinah dan Universiti Taibah yang tidak jauh dari Mesjid Nabawi. Penerbangan terus Jazan-Madinah tidak ada, kami terpaksa ke Jeddah terlebih dahulu untuk ke Madinah. Penerbangan Gizan-Jeddah pada jam 5:40 ptg hari Rabu, 24 April, kami bertiga tiba di Jeddah jam 7:10 malam. Penerbangan ke Madinah ialah pada jam 8:30 malam. Ketika di airport Jeddah, Dr SA bertanyakan mengenai status hotel yang kami book secara Online, di Madinah, Zowar International. Saya katakan saya menerima e-mail dari Booking.com bahawa bilik hotel saya di Zowar telah ditempah oleh beliau. Beliau terperanjat besar kerana tidak pernah mmbuat booking utk saya. Saya tunjukkan salinan e-mail Booking.com kepada beliau. Memang sahih, tempahan bilik atas nama saya telah dibook oleh Dr SA pada 5 Mac lagi. Kami semua terkejut dan kehairanan, macam mana ia boleh berlaku demikian. Kami lantas menelefon ke hotel Zowar Madinah dan bertanyakan reservation atas nama thtl. Mereka jawab tidak ada, yg ada hanya satu bilik sahaja untuk Dr SA dan isterinya. Ini bermakna, saya tiada penginapan di Madinah! La Tahzan, Saya terus buka netbook saya, dan buka laman sesawang Booking.com dan mula search bilik hotel di Madinah...alhamdulillah, ada, ianya bukan di Zowar tapi di hotel Minaret al-Aqsa pada kadar SR250 (RM208)  satu malam. Alhamdulillah, biasanya amat susah mendapat bilik hotel di Madinah atau Mekkah jika ditempah dalam tempoh 12 jam.
Prebet Sapu
Flight ke Madinah pada jam 8:30 malam dan tiba di Madinah International airport jam 9:30 malam. Sebaik saja kami keluar dari balai ketibaan, kami diserbu oleh drebar2 teksi. Kami ingatkan drebar teksi, tapi rupanya majoriti mereka adalah prebet sapu Madinah. Saya tertanya-tanya bagaimana prebet sapu boleh masuk dalam lobby airport cari penumpang!  Prebet sapu tersebut mintak SAR70 untuk ke hotel. Bila di pertengahan jalan saya beritahu, kami duduk di hotel yg berasingan, maka terus dia mintak SAR100. Saya kata hotel Zowar dan hotel Minaret Aqsa dekat sahaja. Tapi dia kata, di kawasan Haram, jalannya banyak yg tutup dan dia terpaksa menggunakan banyak laluan. Maka kami pun tak banyak nak berhujah dgnnya dan akur sahajalah. Kereta sapu tsb membawa saya ke hotel Minaret terlebih dahulu sebelum ke hotel Zowar.
Masjid Nabawi
Bab as-Salam, laluan ke Raudhah dan Maqam Tiga

Hotel Minaret al-Aqsa (taraf 3 star) lebih kurang 7-8 minit dari mesjid Nabawi dan akan memasuki pintu King Saud, manakala dari Zowar hotel pula akan masuk melalui Pintu King Faisal. Hotel Aqsa ni adalah hotel yg didiami oleh jamaah Turkey jika di lihat dari kebanyakan penghuninya dan poster-poster Turki di lobi hotel. Biliknya agak besar dan selesa, selepas mandi saya bersiap ke mesjid kerana saya belum solat Maghrib dan Isya' lagi. Saya tidak solat di airport Jeddah kerana ingin mendapat 1000X pahala solat di mesjid Nabawi. Jam 11:00 mlm Saya berjalan menuju ke mesjid dan dalam 7 minit sudah sampai. Orang tidak berapa ramai di luar mesjid kerana sudah lewat. Saya terus menuju ke Pintu Babus Salam utk solat 2 rakaat di Raudhah (lokasi Nabi selalu berada, antara biliknya dan mimbar, ditanda dgn carpet berwarna hijau, sdangkan carpet mesjid berwarna merah). Bila tiba di sana, saya tidak dapat masuk kerana penuh sesak dgn orang ramai. Maka saya solat di luar Raudhah sahaja. Dalam perkara sunat, jika ada kesulitan, maka lebih baik ditangguhkan sahaja. Selepas solat sunat, solat jamak-qasar, saya beredar ke Maqam Nabi saw, mengucap salam kemudian ke maqam Abu Bakar ra, dan Umar al-Khattab ra. Sungguh syahdu kerana inilah kawasan asal masjid Nabawi 1400 tahun dahulu sebelum pembesaran sekarang dan saya tidak lama di situ kerana di kawal ketat oleh Polis Mesjid..Selepas itu saya duduk dan berehat sambil berzikir sekejap dan kemudian terasa lapar. Saya beredar pulang ke hotel untuk tidur sekejap dan akan datang semula utk qiyamullail. Saya membeli roti arab, susu dan jus.
Pintu Maqam Nabi saw
Bah 2: Iringi jenazah ke kubur Baqi'.

No comments: