Isu kedua: ialah status negeri-negeri yang sudah ditawan oleh PR.
Kelantan adalah negeri yang paling lama di tawan oleh Parti Hijau dan nampaknya rakyat Kelantan amat merasa selesa dengan cara pentadbiran kepimpinan ulama'. Ketelusan pentadbiran dan gaya hidup MBnya yang sederhana mengingatkan umat kpada kepimpinan Umar bin Abdul Aziz, walaupun Pentadbiran Kerajaan Ummayah adalah sebuah kerajaan yg kaya raya, namun Umar bin Abd Aziz kembali mengamalkan kehidupan datuknya Umar al-Khattab ra. Inilah ciri2 kepimpinan yang secocok dengan jiwa rakyat Kelantan. Maka apa yg baik patutlah dikekalkan dan tidak perlu ditukar. Maka kita harapkan rakyat kelantan bertindak bijak supaya pentadbiran yg ada sekarang terus diberi mandat lima tahun lagi. Lagipun report card pentadbiran dibawah TG MB adalah bersih dan tiada penyelewengan. Maka slogan "Ini Kalilah" tidak harus berlaku di Kelantan.
Manakala negeri Kedah tidak diketahui sejauh mana prestasinya, begitu juga Selangor. Saya tidak membuat analisa mengenai sejauh mana rakyat Selangor menilai jentera kepimpinan DS Azizan dan TSKhalid. Jika mereka mentadbir seperti Kelantan, maka saya tidak nampak kenapa mereka perlu ditukar.
Maka Rakyat Malaysia, undilah dgn bijak, hapuskan fobia satu parti memerintah Malaysia selamanya. Ayuh, lakukan seperti apa yang berlaku di negara-negara maju, mereka kerap menukar Kerajaan untuk kebaikan mereka sendiri...Manakala negeri2 yang sudah ditawan PR, jika mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang dan tiada penyelewengan sepanjang lima tahun yang lepas, maka mereka harus diberi peluang lagi. Apa yang baik hendaklah dikekalkan, apa yg buruk hendaklah ditukar. 2018 akan ada perubahan lagi.
SELAMAT MENGUNDI* JAUHI KELAHI* SELEPAS 6 MEI, KEMBALI BERSATU HATI
Anda mengundi, Allah yang akan menentukan:
-Verse 26-
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء
وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن
تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
AQS Ali Imran, 03:26 [Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan
kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan
dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau
kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan
Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala
sesuatu]
Say (O Muhammad r): "O Allah! Possessor of
the kingdom, You give the kingdom to whom You will, and You take the
kingdom from whom You will, and You endue with honour whom You will,
and You humiliate whom You will. In Your Hand is the good. Verily, You
are Able to do all things.
No comments:
Post a Comment