Monday, May 20, 2013

Travelog KSA #69: Persidangan Pendidikan Tinggi Antarabangsa Dammam

Dammam, 26-29 April, 2013
Tiba di lapangan antarabangsa King Fahd, Dammam jam 1:45 pagi, 26 April (penerbangan terus dari Madinah al-Munawwarah). Lapangan Terbang ini adalah yang terbesar dan tercanggih di KSA. Sebaik saja keluar ke lobi lagi sekali didatangi oleh drebar2 prebet sapu berbangsa arab. Drebar yang pertama mahu SR 200.00, kami pergi ke drebar yg kedua, muda orangnya dan setelah tawar menawar, dia setuju pada harga SR 150.00.  Jaraknya lebih kurang 30KM ke pusat bandar Dammam, bandar industri minyak dan gas (O&G) KSA, dan biasanya tambang prebet sapu ialah sekitar SR 70-80.00, tapi oleh kerana selepas jam 12:00 malam maka kami dikenakan caj berganda. Semasa dalam perjalanan, drebar tsb bertanyakan apakah nama hotel yang kami akan menginap. Kami beritahu namanya ialah Dyar al-Roshan apartment hotel, berdekatan dgn Sheraton Dammam. Tak lama kemudian kami tiba di Sheraton, namun drebar tsb tidak pernah tahu ada hotel bernama Dyar al-Roshan di Dammam. Maka dia berhenti dan bertanyakan beberapa hotel lain dan akhirnya kami sampai ke hotel tsb...Hotelnya agak mewah juga...satu apartment, dua bilik, lengkap dgn dapur, peti ais, washing machine dan satelite TV. Pada jam 4 pagi, seorang lagi rakan saya sampai, iatu Dr Mahmoud Solah al-Sayyid dari Egypt. Beliau menaiki penerbangan terus dari Jazan, jam 2 pagi di Jazan.
rakan sejawat dari Jizan, Dr Mahmoud Salah (Egypt)
Tujuan kami ke Dammam ialah menghadiri Persidangan Antarabangsa kali ke 3 Jaminan Kualiti utk sektor Pengajian Tinggi. Ia anjuran bersama NCAAA (Suruhanjaya Jaminan Kualiti KSA dan Universiti Dammam) di Hotel Sheraton, Dammam. Bandaraya Dammam adalah bandaraya ketiga terbesar arab saudi selepas Riyadh dan Jeddah. Terdapat sekitar 300 pekerja Malaysia di Dammam dan pada malamnya saya menemui sahabat lama ketika belajar di USA dulu, Sdr Ramlee. Kami makan di restoren Indonesia Dammam.
Persidangan Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi Dammam
Dari Hotel Dyar ke Sheraton, kami berjalan kaki sahaja dalam. Persidangan  bermula hari Sabtu, jam 6:30 ptg, perasmian oleh Rektor universiti Dammam, Syaikh Dr Abdullah al-Rubaish dan ucaptama oleh Dr Jim Cibulka, Ketua Pengarah Lembaga Akreditasi Kebangsaan USA. Pada jam 10:30 malam barulah majlis tamat dan makan malam.
Nasi mandi kambing satu kawah besar
Pembentang kertas kerja dari seluruh dunia, USA, UK, Canada, Australia, New Zealand dan negara-negara Arab spt Egypt, Jordan, Qatar dan KSA sendiri dan yang paling mengejutkan ialah dari Malaysia, iaitu Dato' Syed Ahmad Hussien, CEO MQA (Malaysian Qualifying Agency), beliau berkongsi pengalaman Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara. Beliau diiringi oleh seorang lagi pegawai MQA, En Mohd Dzafir. Pembentangan majoritinya dalam bahasa Inggeris, manakala dari negara Arab Saudi dalam bahasa mereka, arabic (khidmat trjemahan di sediakan dalam english dan arabic). Ia berterusan selama dua hari lagi Ahad (28 Apr) dan Isnin (29 Apr).
Dato' Syed Ahmad Hussin, CEO MQA sedang berucap

Bergambar kenangan dgn Dato' Syed
Dato' Syed Ahmad agak gembira dapat bertemu dgn expatriate Malaysia yg bekerja di Saudi dan kami bercadang untuk menjemput beliau ke Jazan University untuk mengendalikan workshop dan nampaknya dia bersetuju. Persidangan tamat dgn jayanya pada jam 4:30 ptg (hari Isnin, 29 Apr). Kami segera bergegas ke King Fahad airport utk pulang ke Jazan. Flight jam 8:30 malam dan kami selamat tiba di Gizan city jam 11:20 malam. Di airport juga kami masih sempat berbual dengan Dato' Syed Ahmad Hussien kerana beliau akan pulang ke Malaysia melalui Riyadh.

2 comments:

Addien said...

Wahh ustazna, banyak jumpa orang besar-besar. :)
Selalu makan nasi Arab ni, kolestrol banyak nanti, hehe.. Alhamdulillah dah jadi orang penting Uni Jazan sekarang

School Of Tots said...

Assalamualaikum Ustaz semoga berbahagia bersama keluarga dan para pejuang Islam sekelian mengumpul bekalan untuk Akhirat.