Saturday, May 4, 2013

Di ambang PRU13, Jangan Menyesal untuk 5 tahun lagi!

PRU13-ibu segala PRU
Terasa kepiluan kerana tidak dapat bersama pengundi-pengundi Malaysia yang akan membuang undi pada 5 Mei esok. Hak lima tahun saya berkecai kerana saya berada di saudi arabia. Saya juga tidak membuang undi secara pos kerana tidak mendaftar dan jarak antara Jizan dan kedutaan Malaysia di Jeddah ialah 700KM. Namun saya ingin menyeru rakyat Malaysia melihat kepada dua atau tiga isu penting sebelum membuang undi:
Isu Pertama: Amalkan Demokrasi yang setanding dengan negara maju.
Malaysia perlu maju setapak lagi ke arah mengamalkan proses demokrasi yang matang. Malaysia mengamalkan demokrasi sejak merdeka yang membolehkan kerajaan di tukar setiap lima tahun, tapi sejak 57 tahun lalu, Malaysia tidak pernah menukar kerajaannya yang terus didominasi oleh Perikatan dan sekarang BN. Ia masih sebuah demokrasi yg amat minima sedangkan negara-negara maju seperti USA, UK dan Japan menyaksikan setiap PRU ada pertukaran parti yg memerintah, paling lama hanya dua penggal sahaja, bukan seperti Malaysia, di mana BN kekal mendominasi 12 PRU yang lalu atau dengan kata lain 12-0. Maka jika Malaysia ingin bergerak ke aras demokrasi yang secocok dgn kemajuan Malaysia sebagai negara yg akan mencapai status negara maju tidak lama lagi dan berpendapatan tinggi, maka sepatutnya tiada masalah buat PR mengalahkan BN pada PRU 13 dengan menjadikan kedudukan hari ini dalam sejarah 12-1. Kenapa rakyat begitu fobia dengan kekalahan BN? Sedangkan Rakyat USA tidak begitu jika parti Republican kalah atau parti Democrat yg kalah; begitu juga di UK, antara parti Conservatist dan parti Labour, masing-masing saling mengalahkan satu sama lain dan pendokong parti dan negara akan kembali aman tanpa banyak masalah. Peluang menukar kerajaan hanya dengan undi adalah suatu nikmat yg besar yang tidak dikurniakan kepada generasi salafus soleh dahulu. Tidak mudah bagi Ali bin Abi Thalib ra menguasai kerajaan kerana ditentang oleh Mu'awiyah yang kemudian mendirikan kerajaan Ummayah. Kerajaan Ummayah pulak digulingkan oleh kerajaan Abbasiyah semuanya dengan pedang dan pertumpahan darah yg bukan sedikit. Maka alangkah bertuahnya Malaysia, mereka boleh menukar kerajaan hanya dgn peti undi dan calitan dakwat kekal sahaja.
 Sabda Nabi saw:
 
عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
Artinya: Dari Tamim ad-dari bahwa Nabi SAW bersabda:” ad-Din adalah nasihat”. Kami berkata untuk siapa? Rasul menjawab:” Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, untuk pemimpin Islam dan umatnya” (HR Muslim, Abu Dawud dan an-Nasai’i)
Maka PRU adalah suatu nasihat kepada parti yang memerintah bahawa jika mereka tidak menjaga amanah, maka setiap lima tahun mereka bakal disingkirkan dan diganti dgn parti yang lain dan juga kepada rakyat bahawa mereka hendaklah menghargai hak mengundi yang ada mereka dengan memenangkan parti yang dapat menjaga harta negara dan hak2 rakyat sebaiknya.
 Firman Allah SWT:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
 AQS ar-Rum, 30: 41 [Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).]
Maka sudah banyak kerusakan dan berlaku sepanjang 12 PRU yg lalu, ini kerana hasil tangan2 rakyat yg mengundi dan memberi mandat, maka kali ini tangan2 rakyat jugalah yang harus membetulkan kedudukan pada lima tahun lagi sehingga 2018.
Maka, jika Malaysia ingin maju bersama demokrasi yang sebenar, maka jauhi fobia takut utk menukar kerajaan setiap 5 tahun sekali, kerana itulah kemanisan sebuah sistem demokrasi yg dinikmati oleh kaum Barat, mereka menukar kerajaan yang dirasakan telah gagal melakukan tanggungjawab mereka. TBC

1 comment:

School Of Tots said...

Saya lebih mahu kepada sistem dua parti. Kita lihat negara yg sudah ke depan seperti USA sudah menggarap sistem sebegini. Beri peluang kpd PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yg baru menggantikan BN. Lihat bagaimana mereka mentadbir urus negara. Apakah akan jadi lebih teruk atau apakah akan menjadi lebih efisyen sebagaimana yg berlaku di empat negeri setakat ini di bawah tadbiran mereka?