PR menolak keputusan PRU 13 di Kelana Jaya 8 May (Ihsan:MK) |
Keputusan PRU 13: Kerusi: BN 133 vs PR 89; Undi Popular: PR 51% vs BN 47%. BN menang bilangan kerusi, PR menang undi popular. Namun dari kputusan tsb, Malaysia masih belum bersedia menukar kerajaan dari BN kepada PR tapi trend ke arah itu sudah mula ditunjukkan oleh pengundi Cina, pengundi Bandar dan pengundi muda yang pertama kali mengundi. Mereka mahukan perubahan kpd senario politik Malaysia kpd sistem dua parti dan mereka tidak lagi memilih isu kaum tapi isu2 yg menyentuh kepentingan mereka spt meritokrasi, kekebasan bersuara dan dasar2 ekonomi dan percukaian yg memberi kebaikan kpd mereka. Cuma pengundi melayu yg konservatif dan pengundi luar bandar masih risau dgn kedudukan Melayu, bahasa Melayu dan survival Melayu masih mahu BN menerajui Malaysia. Namun menjelang PRU 2018, kita mahu Malaysia mengorak langkah ke arah sistem dua parti dan ada proses pertukaran kuasa yg licin selepas setiap PRU. Kita juga mahu dalam lima tahun ini segala "election irregularities" atau kepincangan dalam sistem PRU Malaysia khususnya SPR dapat ditangani. Begitu juga, BN dan PR perlu mengemaskini pakatan mereka khususnya ideologi dan dasar2 parti prikatan mereka khususnya PR, di mana pakatan antara PKR, DAP dan PAS masih ada banyak loopholes (kepincangan) yang boleh membawa padah. Jika ujud parti spt Republican dan Democrat spt di USA atau Labour dan Conservative spt di UK, maka Malaysia akan bergerak maju dalam sistem politik demokrasi yg sejajar dgn amalam demokrasi di negara2 yg berpendapatan tinggi dan maju.
Isu yg lain ialah apa kesudahan dengan parti ketiga spt parti bebas, ISMA, NGO spara politik spt ABIM, JIM, Haluan, IKRAM, Perkasa, dan Berjasa? PTRU13 menunjukkan rakyat Malaysia menolak alternatif parti ketiga dalam PRU, maka mereka kena memikirkan strategi bergabung dgn parti2 sedia ada dalam BN atau PR.
Akhir kalam, langkah PR menolak keputusan PRU rasanya tidak patut di bawa ke jalanan terutama ke jalan TAR. Ini kerana keamanan dan ketenteraman awam adalah aset Malaysia sejak dulu kala dan kita mahu ia dikekalkan demikian. Biarlah anak isteri kita dapat shopping dalam keadaan aman damai. Lima tahun bukannya lama...2018, masih ada perhitungan lagi. Bagi pejuang sejati, kekalahan adalah muhasabah, kemenangan adalah anugrah. Apa yang kita benci mungkin baik bagi kita dan apa yang kita idamkan mungkin buruk buat kita. Jangan merebut kejayaan sebelum masanya tiba. Semuga Malaysiaku sejahtera sokmo.
No comments:
Post a Comment