Clip Sinar Harian seputar perkahwinan Ustaz celebrity youtube no 1, UAI |
Pertamanya kita ucap tahniah kpd UAI kerana kehebatannya mampu melakukan sesuatu yg agak taboo di Malaysia, apatah kawin melebihi 2 dan direstui oleh kedua isterinya yang lain. Bukan senang nak kawin dua atau tiga di Malaysia kerana secara urufnya Malaysia sejak dulukala adalah masyarakat yg monogami (satu isteri). Antara faktur utama ialah wanita Malaysia sejak dulu adalah "career women" dan mempunyai hak bersuara yang tinggi dalam hubungan suami-isteri, amalan pemimpin negara yang tidak berpoligami dan di sokong dgn statistik bahawa bilangan lelaki dan perempuan di Malaysia adalah 50:50, cukup atau ngam untuk berpasangan sahaja jika semua ingin kawin. Mengikut cakap-cakap orang arab Saudi, lelaki boleh berpoligami jika dia ada salah satu sifat berikut:
- teramat garang dan bengis
- teramat alim
- teramat LAWAK
Majlis makan beradat yg diapit oleh isteri no 1 dan 2 |
Keduanya, kemungkinan UAI ikhlas untuk menzahirkan ketulusan beliau kepada followersnya bahawa beliau ingin menghidupkan suatu sunnah Nabi saw dan kaum salafus soleh yakni berpoligami. Maka dengan menzahirkan kpd media, mudah-mudahan masyarakat khasnya kaum wanita dapat menerima syariat poligami dalam Islam. Tapi kita kena ingat, disamping mencontohi salaf kita kena lihat amalan mereka secara halus dan terperinci. Kalau kita soroti cara Nabi saw kawin, setiap perkahwinan itu tidak disenangi oleh Aisyah ra. Misalnya bila Nabi menerima Mariah Qibtiyah dari Mesir, Aisyah agak marah dan Nabi saw terpaksa meletak Mariah jauh di pinggir Madinah. Maka jika si fulan itu berjaya menundukkan isteri-isteri beliau dan malah boleh jadi pengapit pulak, maka kita katakan ini suatu keajaiban dan kemungkinan ia termasuk dalam cakap2 orang arab, samada terlalu bengis, alim atau amat lucu sifatnya. Macam mana dia dapat lakukan sedangkan Nabi sendiri tidak mampu lakukan??
Ketiga: Sensitiviti kaum wanita Malaysia perlu dijaga juga. ia mengenai isu kemampuan si fulan dapat menghadirkan kesemua isterinya di majlis perkahwinan ketiga atau ke empat beliau. Ini adalah suatu yg melukai perasaan wanita secara amnya. Apakah ini ciri2 suami idaman dan mithali? Apakah wanita perlu ditundukkan sedemikian rupa barulah mereka akan masuk syurga melalui tapak kaki suami? Maka langkah yang sunnah ialah mendirikan poligami tanpa kehadiran isteri pertama dan kedua. Ini kerana menjaga sifat cemburu dan maruah wanita itu sendiri bahawa dia juga punya emosi dan hargadiri.
keEmpat: Ia akan membinasakan niat dan keikhlasan si fulan bila dia mampu melakukan sesuatu yg 'impossible' dilakukan oleh lelaki normal yg lain, yakni mampu membawa kesemua isteri dalam majlis perkahwinan diri sendiri adalah suatu keajaiban. Keajaiban ini akan membinasakan diri dia sendiri kerana akan timbul riak dan kibr dari pujian manusia yg melimpah ke atas kemampuan dan kejantanannya. Saya tidak pernah dengar ada lelaki salafus-soleh yang dapat melakukan hal yg sedemikian.
akhir kalam: Poligami itu harus sahaja hukumnya, namun jika kita melakukan dgn cara yg salah, ia akan membinasakan diri kita sendiri dan membawa mesej agama yg salah kpd orang ramai .
1 comment:
:) lama x baca tulisan ustaz..seronok!!
Post a Comment