Oleh kerana aku tidak tahu di mana mesjid (di US, mesjid selalunya disebut "Islamic Center" atau Pusat Islam), maka bermula pada waktu Subuh, aku melaungkan azan dalam apartment tsb. Laungan azan itu benar2 mengejutkan penghuni apartmentku...adalah dua tiga orang yg keluar dari bilik untuk menyertai solat jama'ah. Aku menjadi Imam dan aku tidak membaca qunoot subuh. Begitu juga waktu maghrib dan Isya` aku juga melaungkan azan dan bersolat jama`ah, ada yg bertanya, kenapa aku tidak membaca qunoot, lalu aku jelaskan sebabnya...ada di antara mereka yg mencelah, itu macam "wahabi" je...aku senyum je...
Rupa-rupanya laungan azan itu tidak menyenangkan penghuni apartment tsb dan mereka kelihatan gelisah dan tidak selesa dengan kehadiranku...Rupanya mereka tidak gemar solat berjama'ah dan mungkin tidak gemar bersolat pun....Ini kerana berada di USA, mereka menikmati kebebasan yg seluas-luasnya
Hasil beberapa siri pertemuanku dengan brothers MISG*, akhirnya brothers merancang perpindahan aku untuk menetap bersama brothers MISG (*MISG="Malaysian Islamic Study Group" adalah pertubuhan pelajar melayu Malaysia yang terbesar di USA dan Canada. Ia membawa manhaj gerakan Islam bermodelkan gerakan Islam yg popular di dunia. Mereka nampak potensi diriku yang boleh diserapkan ke dalam saf MISG, lalu brothers MISG datang berunding dgn penghuni apartmentku dan akhirnya budak2 UMNO nerasa senang sekali untuk melepaskan aku pergi bersama MISG...
Dipendekkan cerita, aku pun berpindah pula ke Knollwood apartment. Jaraknya cuma 700 meter sahaja. Ia lebih cantik dan luas berbanding dgn apartment dulu; ia juga full-furnished, tiga bilik dan ada 6 brothers, maka dua orang satu bilik; kebanyakan penghuni Knollwood apartment ialah whites atau orang kulit putih. Aku merasa lega kerana brothers memang kaki mesjid, yakni mereka akan ke Pusat Islam Kalamazoo utk bersolat jama`ah. Jaraknya, aku rasa adalah dalam 5KM. Kami akan menggunakan kereta untuk ke sana...pertama kali menjejak kaki ke Pusat Islam, amat melegakan hatiku...
Maka buat masa ni aku memperolehi dua kelegaan: kelegaan pertama, aku dipindahkan ke apartment bersama insan-insan yg bergiat dalam gerakan Islam. Kedua: aku dapat menghidupkan syi`ar harian yg penting, yakni solat jama`ah bersama komuniti Islam pada setiap waktu..alhamdulillah. Next: Pusat Islam Kazoo
No comments:
Post a Comment