Sunday, June 13, 2010

Travelog Da`iy 7: VW Golf 78

Kereta pertamaku di US, 1978 VW Golf


Boleh kata majoriti pelajar Malaysia di Kazoo memiliki kereta, trend di kalangan brothers pula ialah berkongsi kereta, khususnya pelajar wanita, maksudnya satu rumah sewa, ada satu atau dua kereta. Kereta second-hand amat murah dan harga petrol juga teramatlah murah ketika itu dan ia dijual dgn unit galon (ini kerana US tidak ikut sistem ukuran metrik). Antara model yg popular ialah Chevy atau Chevrolet marque.
Hasil perkenalanku dgn Muslim dari Albania, akhirnya aku membeli kereta model VW Golf tahun 1978 dgn harga USD600 dollar (masa tu tukaran asing ialah 1 USD=RM 2.50). Sebelum kedatanganku ke US, aku telah menukar lesen memandu Malaysia ke lesen memandu antarabangsa dan ia valid utk memandu di US selama 2 tahun. Brothers MISG dan juga room-matesku tidak berapa setuju dengan keputusanku membeli kereta VW kerana kesukaran mendapat alatganti dan mekanik. Mereka sarankan, lain kali kalau nak beli kereta, mesti beli kereta Made in USA spt Chevy atau Ford. Kereta VW tsb OK pada mulanya, tapi selepas tu sering meragam, tapi budak2 Albania tu sering membantu jika ia bermasalah.

Bandingkan dengan model terkini VW Golf GTI..hehehehe


Pertama kali memandu di US, aku terkejut kerana ia adalah sistem pemanduan sebelah kiri (left-hand drive), sedangkan kita di Malaysia memandu di sebelah kanan (spt di UK)...maka aku sering tersalah masuk lane, khususnya di simpang yg ada traffic light, apa lagi aku kena hon dan di beri lampu oleh pemandu2 yg lain...dua tiga kali kena, akhirnya aku sudah dapat membiasakan diri dgn memandu di sebelah kiri...whew!
Dengan adanya kereta sendiri, maka mudahlah aku ke sana ke mari, khususnya ke Pusat Islam Kazoo dan ke Mall. Namun ke kampus, tak boleh bawa kereta, kerana parking yg terhad dan pentadbiran university yg tidak menggalakkan membawa kereta ke kampus, yg digalakkan ialah Moped (motosikal kapcai 50cc) dan yg paling common ialah basikal.

No comments: