Thursday, December 20, 2012

Hijrah KSA 48: Ujian La Tahzan 5/akhir (Selepas susah ada senangnya)

Cuti Raya Haji saya di Malaysia ialah dari 16 Oktober hingga 4 November 2012. Selepas satu minggu berehat, jet-lag dan perubahan zon waktu, saya menghubungi Sri Lanka airlines mengenai pengesahan penerbangan pulang saya ke Saudi pada 4 November. Saya menerima kejutan di mana Air Sri Lanka memberitahu tiket saya sudah dibatalkan. Mengikut peraturan mereka, tiket yang dibeli secara online akan terbatal jika seseorang gagal terbang pada perjalanan pertama. Oleh kerana saya tertinggal penerbangan pertama dari Jeddah-KLIA, maka perjalanan pulang KLIA-Jeddah terbatal secara otomatik. Maka saya sudah berdebar, macam mana dengan tiket pulang ke KSA? Saya segera membuka internet melihat penerbangan MAS, habis, Saudia pun habis. Namun saya tidak patah semangat, lalu menelefon pejabat Saudia di Jalan Yap Kwan Seng KL. Mereka jawab tiket diskaun sudah habis, yang ada tiket harga biasa sahaja, RM 1700.00. Itupun jumlah tiket amat terhad. Maka saya menempahnya dan akan datang esok pagi untuk membayar dan mendapatkan tiket.
Keesokannya, saya pandu kereta ke Menara TM, Jalan Pantai Baru, parking dan menaiki LRT ke stesen Menara Petronas dan jalan kaki ke pejabat Saudia Airlines di Jln Yap Kwan Seng.
Kemudian saya pun merasa senang hati apabila sudah ada tiket untuk pulang ke KSA dan kemudian bolehlah fokus kepada sambutan hari Raya haji di kampung di Kelantan nanti. Akhirnya tibalah saat saya akan pulang semula ke KSA.  Selepas dapat beraya bersama keluarga dan family di kampung halaman.

 Flight saya jam 3 petang di KLIA di hantar oleh isteri dan anak-anak. Saya mendapat seat bersama sepasang pasangan arab (suami-isteri) yang berasal dari Mekkah. Mereka baru habis honeymoon di Malaysia selepas melangsungkan prkahwinan mereka. Seronok berbual dengan pasangan tersebut. Pasangan tersebut merasa amat seronok dapat bercuti di Malaysia yang begitu indah. Tiba di Jeddah airport jam 7:00 malam waktu Jeddah. Ramai juga pekerja Malaysia yg bersama saya yang sempat di kenali di airport, (ketika beratur di kawasan imigresen) kebanyakannya pekerja dalam sektor oil n gaz. Masalah seterusnya ialah saya tiada tiket ke Jazan. Lalu saya ke kaunter standby dan saya menunggu dengan debar. ada dua flight ke Jazan, jam 8:30 malam dan jam 10:30 malam. Saya terlepas flight 8:30 malam kerana urusan imigresen, maka harapan saya hanya pada flight jam 10:30 malam sahaja. Akhirnya nama saya dipanggil dan saya berjaya mendapat seat ke Jizan. Allah telah memudahkan perjalanan saya pulang ke Jazan dengan lancarnya...
 Pada pagi Isnin (5 Nov), saya melapurkan diri di pejabat Jizan University (Deanship of Academic Development).
Pejabat Imadah at-Tathwir al-Akademi

No comments: