Friday, December 28, 2012

Hijrah KSA #50: Workshop NCAAA Jeddah 03

25 Nov 2012
Elaf Hotel, Red Sea Mall Jeddah, KSA
Saya dan sahabat saya, Anwar al-Qatrawi (dari Jordan) check-out dari hotel Jeddah Lake dan kami berjalan 100 meter untuk mendapatkan teksi. Jeddah dilanda hujan malam tadi dan air ada di mana-mana di atas jalanraya. Ia agak menyulitkan kami untuk berjalan. Kami berjaya mendapatkan teksi ke Elaf Hotel pada kadar SR30. Kami tiba jam 8:45 pagi dan terus bersarapan dahulu dan workshop bermula tepat  jam 9:00 pagi. Hari kedua Workshop berjalan lancar,  dikendalikan oleh Dr Steve Chadwick dan Dr Juliet Chester dari England. 
Suasana dalam workshop NCAAA
Disamping syarahan, workshop acap kali mengadakan sesi kerja dalam kumpulan membincangkan kajian kasus (case study) untuk lebih memahamkan lagi bahan yang disampaikan. Setiap kumpulan ada lebih kurang 7-8 ahli. Kumpulan saya terdapat seorang warga Filipina mewakili King Saud University, Riyadh dari seorang lagi dari Nigeria yang mewakili Universiti Abha. Workshop tamat jam 3:00 petang, diikuti dengan sesi penyampaian sijil penyertaan,

Menerima sijil dari Dr Chadwick
Anwar Qatrawi dari Jordania
Juga sahabat saya, Anwar al-Qatrawi.
Kemudian kami beredar ke Restoren Hotel Elaf untuk jamuan makan tengahari secara buffet dengan menu Arab saudi, kambing panggang dsbnya. Ia amat memuaskan kerana ia hotel bertaraf 6 bintang dengan 100++ menu.
Posing terakhir di hadapan Elaf Hotel, Jeddah
Jam 5 ptg, kami bernasib baik kerana ada seorang peserta yang mewakili Universiti Madinah, Prof Dr Ibrahim yang berasal juga dari Jordan,  ingin ke airport Jeddah. Beliau menyewa kereta dari airport, jenis Hyundai Accent baru. Penerbangan kami ke Jizan dari jeddah ialah jam 11 malam. Maka oleh kerana kami tiba jam 5:45 petang, kami berehat berehat baring-baring di surau airport Jeddah hingga Isyak. Jam 8:30, saya check-in bagasi dan selepas itu berlegar di kawasan airport untuk mencari orang Melayu Malaysia kita kalau-kalau ada. Ya, selepas itu saya menemui beberapa rombongan Melayu yang akan pulang ke Malaysia,  termasuk 4 orang pekerja Malaysia yang bertugas di eskitar Mekkah, yang saya ambil no HP ialah Shabirin (05-3197-0208). Mereka tinggal brempat di apartment kira2 1 km dari mesjidil haram. Oleh kerana penerbangan mereka pada jam 11:30 mlm  juga (tapi ke KLIA), maka mereka mengajak saya makan pizza di sebuah pizza oulet di airport,  sekeping pizza dalam SR18.00.
Kawan saya, Anwar Qatrawi tidak bersama saya kerana dia ada kawan2 arabnya. Kami bersembang hingga ke jam 10:30 malam. Keempat-empat mereka juga senasib dengan saya, tidak membawa keluarga mereka ke Saudi. Kami kemudian berpisah kerana masing-masing masuk ke balai berlepas yg berasingan.  Perjalanan ke Jizan agak cemas seketika kerana penumpang yang berada di sisi saya mengalami sakit dada dan sesak nafas. Mujurlah kecekapan para pramugari segera memberi bantuan kecemasan termasuk tangki oksigen dan selimut, hingga pak arab tersebut kelihatan setabil hingga selamat mendarat.
Saya tiba di Jizan jam 12 malam dan disambut oleh dua rakan arab yang  lain Dr Hamid dari Tunisia dan Dr Rashied dari Morocco yang datang dengan kereta Hyundai Sonata. Tiba di apartment saya jam 12:45 malam dan saya mendapat kejutan kerana pintu sebelah dalam apartment terkunci dan saya tiada kunci tersebut, ini kerana apartment itu ada dua pintu masuk, pintu utama Gate  dan pintu masuk apartment. Saya segera mengejutkan sahabat saya Dr SA dan kesian kat dia kerana terpaksa bangun dari tidur untuk membuka pintu untuk saya. Dia kelihatan terkejut kerana dibangunkan dari tidurnya..hehehe
Begitulah tamatnya musafir saya ke Jeddah.

No comments: