Monday, June 3, 2013

Syria: Hizbullah adalah parti Setan-DYQ

Imam al-Qaradhawi menyeru perang jihad terhadap Nasrallah, Hizbullah dan Assad di Syria.
Prof Dr al-Imam Yusof al-Qaradhawi, YDP Persatuan Ulama Sedunia dari Qatar hari Sabtu lepas menyeru umat Islam berjihad memerangi Hizbullah, regim Assad dan Iran yang mula menghantar tentera mereka untuk membantu regim al-Assad yang semakin goyah. Umum mengetahui regim al-Assad adalah juga beraliran Alawiyah Syiah dan tindakan Hizbullah yang berpengkalan di Lebanon menghantar militannya ke Syria adalah bukti Hizbullah adalah musuh ASWJ. Dr al-Qaradhawi mengakui kesilapannya sejak tahun 2006 yg memuji dan mendokong Hizbullah kerana memerangi Israel di selatan Lebanon namun akhirnya siapa sebenar Hizbullah terbongkar jua. Beliau menyifatkan Hizbullah adalah parti Syaitan (Hizbullah=parti Allah). Menurut al-Qardhawi lagi, jelas sekarang Hizbullah memerangi rakyat Syria dari aliran Sunni.
Ulasan: Ramai juga peminat Hizbullah dan Hassan Nasrallah di Malaysia, maka ikutilah saranan DYQ bahawa kumpulan syiah mmg tidak boleh diharap, di mana matlamat akhir mereka ialah memerangi dan membunuh sunni. 

1 comment:

ardP said...

Semoga Allah hancurkan rejim syiah alawi laknatulLahialayhim ajma'ien, basyar al asad dan pengikut2nya serta penyokong2nya dan sekutu2nya. moga Allah beri kemenangan pada umat Islam di Suria.. ameen