Selepas 3 bulan, akhirnya blog ini dibuka semula. Susah nak memulakan sesuatu selepas ia ditangguhkan begitu lama, nak start balik, "momentum" tu yang payah. Sebenarnya, saya baru tiba semula di KSA selepas cuti summer tiga bulan di Malaysia. Percutian kali ini ada yang duka dan suka. Yang paling duka ialah bank saya dibekukan oleh al-Rajhi Arab Saudi kerana Iqamah (KSAKad) Arab saudi saya expired (tamat tempoh) sebaik saja saya tiba di Malaysia. Mengikut peraturan arab saudi, jika Iqamah kita expired, maka akaun kita dgn mana-mana bank arab saudi akan dibekukan. Ini bermakna saya tidak dapat mengeluarkan wang dari ATM al-Rajhi semasa cuti tsb. Saya berusaha keras menghubungi universiti dan pihak Bank di Riyadh, namun, mereka tidak dapat membantu kerana saya diminta datang semula ke Jizan untuk membukanya. Maka percutian tsb menjadi hambar kerana saya tidak dapat berbelanja spt biasa untuk Ramadhan dan Hari Lebaran. Ini antara cubaan dan ujian bekerja di arab saudi, satu kesilapan kecil akan menyebabkan kita akan merana beberapa bulan kerana pihak arab saudi tidak akan membantu kita dalam keadaan kita amat memerlukan bantuan customer service mereka.
Sekarang saya tiba semula ke Jizan dgn pesawat Saudia pada 25 Ogos 2013 dgn sambungan kontrak setahun lagi berakhir 12 Jun 2014. Tidak ada banyak perubahan ketara di Jizan city dan Universiti Jazan. TBC
No comments:
Post a Comment