Saya sudah memasuki tahun kedua di Jazan Univ (JU). Kalendar JU untuk tahun 2013/2014 atau 1434/1435 bermula dari 25 Ogos 2013- 12 Jun 2014. Ada pertambahan baru pensyarah Malaysia di fakulti Bisnes iaitu Prof Madya Dr Wan Khairuzzaman dari UTM Skudai. Saya akan menceritakan siapakah Dr Wan Khai dalam siri akan datang. Pada awal semester lagi, JU sudah dikunjungi oleh juruperunding luar, satu dari Stanford Uniersity, California, dari North Carolina dan Texas (semuanya dari USA)
Pertama: Lawatan dan Bengkel bersama SRI, Stanford University (8-10 Sept).
SRI ialah Stanford University Research Institute, organisasi penyelidikan terbesar dunia. Mereka datang ke JU diwakili oleh Pengarahnya Prof Dr Roland Stephen, Prof Emeritius Chris Hill dan Ms Ophelia Yeung (Cina-American)
SRI International, Silicon Valley, USA |
SRI adalah juruperunding yang dilantik oleh JU untuk menerajui proses merangka plan strategik JU untuk lima tahun, 2014-2019. Kedatangan mereka kali ini ialah untuk melancarkan plan induk lima tahun JU dan seterusnya mengadakan bengkel dua hari. Mereka tiba pada 8 Sept dan pulang pada 11 Sep.
Bersama Prof Dr Roland, PhD UCLA |
Sebahagian peserta bengkel SRI di Hotel Hyatt Gizan |
Pada 9-10 Sept, Bengkel bersama barisan jawankuasa kerja pelan strategik JU. Pelan induk merangkumi visi, misi dan objektif baru JU. Dengan adanya plan induk lima tahun, maka mudahlah tugas saya untuk membantu JU menrealisasikan visi mereka menjadi universiti terbaik di Selatan KSA.
No comments:
Post a Comment