atau |
Lapuran al-Arabiya Online |
Kerajaan Arab Saudi (KSA) melalui Kementerian Dalam Negeri (Wizarat al-Dakhiliyah) hari ini mengisytiharkan pergerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) yang berpengkalan di Egypt sebagai pertubuhan 'Teroris' atau "Irhabiah". IM yang memenangi PRU Egypt 2012 dengan PM Morsi menjadi PM Parti Islam pertama dalam sejarah Egypt digulingkan oleh Militeri hingga kini. Jurucakap Pergerakan tsb di Cairo melahirkan rasa terkejut dengan tindakan KSA kerana KSA selama ini banyak membantu.
*pergerakan Ikhwan ditubuhkan di Ismaliliya, Egypt pada tahun 1928 oleh syaikh Hasan al-Banna rh dan mencetuskan fenomena kebangkitan harakah Islam dan kesedaran Islam diseluruh dunia, khususnya Timur Tengah. Ketuanya sekarang ialah Syaikh Muhammad Badi' sejak 2010 yang ditahan tanpa bicara.
Lapuran Arab News Online |
Pengwartaan Brotherhood sebagai teroris menimbulkan ketegangan dalam kerjasama negara Teluk, atau GCC khususnya Qatar yang memberi perlindungan politik kpd tokoh Brotherhood, Dr Yusof Abdallah al-Qardhawi yang popular di Qatar. ia terbukti pada hari Jumaat yg lepas, 7 Mac, Dr Qardhawi tidak dibenarkan menyampai khutbah seperti biasa di mesjid Doha. Turut diwartakan sebagai pertubuhan teroris ialah al-Nusra Front (Jabhah al-Nusrah utk pembebasan Syria dan Lubnan), Islamic State of Iraq and Levant (Syria) atau ISIL atau (Da`isy, داعش). KSA juga turut melarang warganya berjihad di Iraq dan Syria dan memerintahkan mereka pulang serta merta atau bakal di penjara selama minima 20 tahun. Setakat ini KSA, Bahrain dan UAE yang mewartakan, namun Kuwait, Qatar dan Oman masih belum berbuat demikian kerana keujudan ramai tokoh IM di negara tsb khususnya Dr Qardhawi di Qatar, dan Dr Tareq Shweidan di Kuwait.
Ulasan:
Kita akan memerhatikan apakah impak dan kritikan yg bakal diterima dari warga arab di kawasan teluk dan seluruh Timur Tengah dengan pengwartaan ini..akan di update..
No comments:
Post a Comment