Hukum asal dalam perkahwinan adalah berbilang isteri
adalah manusia yang tidak ada lagi rasa CINTA dalam hatinya dan tidak mahu diuji oleh Tuhan.
kenapa saya berkata demikian?
Naluri manusia baik lelaki atau perempuan ialah memiliki dan mengidami wanita atau suami idamannya. Jika dia tidak memiliki perasan ini, maka dia dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda, yatim dan dibela dalam satu suasana yg hostile. Ini adalah otak kebanyakan perogol bersiri yang berleluasa dalam masyarakat. Haiwan pun ada rasa cinta, hatta harimau dan singa pun ada rasa cinta. apa jenis manusia yg tak ada rasa cinta...
Tapi majoriti manusia, dia adalah pencinta. Dia menyintai wanita dan wanita menyintai lelaki. Ini fitrah. sebab itu manusia amat meminati novel, menonton drama Korea, kerana mereka mencari cinta. Maka bila hukum asal perkahwinan adalah monogami, ia adalah peluang utk fitrah manusia menyintai seseorang, menyintai the opposite seks, lelaki menyintai wanita. sebab itu Islam menyuruh merisik, meminang dan melihat pasangan masing-masing. Ini untuk menumbuhkan rasa cinta.
Jika anda menetapkan, asal perkahwinan adalah berbilang pasangan, maka anda tidak ada lagi rasa cinta, yang adalah hanyalah seks, sebab Allah tidak menjadikan dalam rongga kamu dua buah hati.
Dalilnya:مَّا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ
AQS al-Ahzab 33:04 [Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya]
Maksudnya, anda tidak boleh menyintai dua wanita serentak atau tiga atau empat, maka mana mungkin ada lelaki yang sanggup menikahi dua perempuan serentak atau mana mungkin ada dua orang wanita yang sanggup duduk bersimpuh di depan Jurunikah untuk diakadkan dengan seorang lelaki. Ini suatu yg tidak masuk akal dan menyalahi ayat di atas.
Maka duhai aku hambanya, kembalilah kepada fitrah kamu, kembalilah kpd ayat di atas, di mana Allah menjelaskan kamu tidak boleh ada dua buah hati dalam satu kalbu kamu.
Maka kenyataan kamu, asal perkahwinan adalah banyak isteri adalah suatu penipuan kepada nas dan fitrah kamu sendiri.
Bila kamu sudah berkahwin monogami, maka datanglah Ujian Tuhan, di mana Allah kekadangkan menjadikan kamu mandul, kamu berpenyakit, kemaluan kamu tidak dapat disetubuhi seperti biasa, suami kamu memiliki syahwat dgn kekuatan 4 kuasa turbo, atau bilangan wanita naik mendadak kerana peperangan. Maka ujian itu ialah poligami kerana Islam telah mengharamkan zina dan mistress (mut`ah) dan hukum hamba abdi perempuan telah dimansuhkan oleh PBB. Tapi bukan awal-awal lagi kamu menetapkan poligami sebagai pilihan utama anda.
Bacalah tulisan ini 3 kali, maka inssyaAllah kamu akan sedar.
No comments:
Post a Comment