Wednesday, February 1, 2012

Radd isu asal perkahwinan adalah berbilang isteri (6) keliru tajuk

semakin lama thread itu dibuka di jiran sebelah, semakin keliru warganya, termasuk moderatornya dari rapat setia..

cuba anda lihat tajuk thread:

Hukum Asal Perkahwinan Adalah Poligami?

memanda dari rapat setia jawab:
apa yang saya faham, bukan satu kesalahan dari segi hukum untuk nak kawin 1 atau 2,3,4 sekaligus. asal saja semua pihak setuju, tanpa paksaan atau cara2 lain yang tidak baik.

yang jadi punca masalah adalah apabila ada pihak mengatakan satu pihak berkeras mengajak orang awam untuk mengamalkan perkahwinan 2,3,4 sekaligus sedangkan perkara sebenarnya tidak begitu. pihak yang berkenaan telah berkata-kata dengan imaginasinya sahaja tanpa mendapat pengesahan tuan punya badan.


jika mampu, tidak jadi masalah nak beli kereta 4 bijik sekaligus...


jika mampu, tidak jadi hal nak makan nasik satu periuk sekalipun..


adalah seorang netters (amirul) yg tlg betulkan:

Saya berbeza pendapat sedikit dengan Bro jamal kerana pada saya persoalan asasnya adalah tentang hukum asal, poligami atau monogami? Bukan tentang mampu atau tidak. Ini penting bagi saya kerana kalau hukum asalnya poligami, saya akan berusaha keras untuk berpoligami, kerana buat masa ini santai2 sahaja dan tak berminat sebab pada saya hukum asalnya monogami. Tidak juga sampai sunnah muakkad sampai saya harus bekerja keras juga kearah itu. Kalau hukum asalnya poligami pastinya ulamak yg faham agama ini berlumba2 menuju kearah itu dan menganjurkannya kepada orang awam. Tolong betulkan kalau pendapat saya salah. 
kenapa mereka tak boleh fokus kpd isu asal dr Fizi? poli atau mono sebagai hukum asal perkahwinan lelaki Islam? aku hanya mampu tersenyum..seperti latest tajuk dalam la tahzan, jauhilah orang2 yg xxxxxx
Sampel soalan yg tak berapa nak cerdik:
lalu apakah boleh menikah dengan menghimpunkan empat orang perempuan pada satu masa dengan akad yang berasingan ? 
Jawabnya: boleh, nikah mut'ah dalam agama syi`ah..kohkoh
what kind of question.
Focusla kpd tajuk thread bro... 

No comments: