Saturday, February 4, 2012

Radd isu asal perkahwinan adalah berbilang isteri (13) : manhaj poligami TD

Tulis TD dalam thread asal perkahwinan adalah poligami:
Ayat-ayat dari Allah Taala adalah terlalu konsisten untuk ditemui sebarang kontradiksi di antaranya. Ini memaksa sesetengah orang untuk mencipta sendiri teori mereka dalam mencuba untuk meyakinkan dan mempengaruhi orang lain kononnya terdapat kekhilafan dalam penghukuman Allah Taala.
Ta'aliq: 
apa yang konsisten dan apa yg khilaf dalam isu Poligami?
Pertama: asal hukum, (أصل حكم ) poligami dikatakan khilaf, sebenarnya yang konsisten ialah asal hukum perkahwinan ialah monogami, kerana konsisten dalam al-Qur'an Allah menyatakan manusia adalah berpasangan.
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ


AQS Yaasin 36:36 [Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahu].
Tapi tuan Pilot mentakwil maksud pasangan itu ialah jika si lelaki A kawin dgn perempuan B, maka itu satu pasangan, kemudian jika si A berpoligami dgn perempuan C, maka itu juga satu pasangan.
Ini adalah takwil yg asli.
ada sebahagian fuqaha' yg menetapkan satu hukum yg dzanni iaitu asal perkahwinan adalah poligami. Ini adalah suatu ketetapan yg tidak konsisten dengan ruh al-Qur'an yg mengatakan perkahwinan adalah suatu ikatan yg kuat, satu ikatan yg akan melahirkan mawaddah dan rahmah. Maka sudah semestinya, perkahwinan yg asal ialah monogami kerana dari ikatan pasangan ini akan lahirnya cinta dan ketenteraman. Maka siapa sekarang yg mencipta khilaf dan teori sendiri? Jika ditetapkan asal hukum perkahwinan adalah poligami, ia sudah pasti tidak akan konsisten dengan produk perkahwinan iaitu cinta dan kedamaian yg dicanangkan oleh AQ dalam surah ar-Rum.

kedua: Hukum Poligami
apa yg khilaf di sisi TD?
hukum poligami ialah Harus. ayat dalil ialah
AQS an-Nisaa' 4:3 [maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat]
Intonasi ayat ni amat konsisten, kerana ia address isu anak yatim dan kemudian dengan santai Allah kasi green light utk lelaki berpoligami sebagaimana dibenarkan bersetubuh dgn hamba sahaya milik diri sendiri.
Jadi apa yg kecoh brother? Jika hukumnya cuma harus sahaja. ada beribu-ribu benda harus dalam dunia ni. Tidur harus, melancung harus, makan harus, mandi harus, shopping harus, beli henfon harus, guna internet harus, FB harus, tweeter harus, main bola harus, tengok TV harus, layari afn 2.0 pun harus..
Jadi saya tidak faham kenapa ia menjadi kecoh atau geger. ia benda harus.
Poligami bertukar hukum dalam tiga keadaan:
1. sunat atau sunnah
Bila suami memerlukan isteri extra kerana beberapa keperluan semasa dan dia ada kemampuan dan yakin adil,
2. makruh
bila dia tidak perlu, tapi kerana nak show-off dia lelaki macho dan kaya atau kerana nak bersaing dgn TD dan kapten
3. haram
bila dia tidak adil , tak ada kemampuan dan dia akan menzalimi isOne dan anak-anak.
ahaks, mana yg tak konsistennya?

No comments: