Tuesday, February 14, 2012

La Tahzan 155-3: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد

Kata Dr.al-Qarni:
ومشهدُ الكفارةِ : وهي أنَّ هذا الأذى كفارةٌ منْ ذنوبك وحطٌّ منْ سيئاتِك ، ومحوٌ لزلاّتِك ، ورفعةٌ لدرجاتِك

terj:
Bukti Tauhid #3: Penghapusan Dosa (al-Kaffarah),  yakni, kesakitan yang ditimpakan ke atas kamu (oleh musuh-musuhmu) adalah kaffarah (penebus dosa), penghapus kesalahan-kesalahanmu, pelebur kegelinciran anda dan peninggi derjat anda.
Nota: apabila kita disakiti oleh musuh-musuh kita (*termasuk dari jenis Jin) rupa-rupanya adalah alat untuk menebus atau kaffarat dosa-dosa kita.
Firman Allah SWT:
بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ


AQS Ali Imran 3:195 [Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka]
 Apakah tindakan kita terhadap musuh-musuh yang menyakiti kita?
من الحكمةِ التي يؤتاها كثيرٌ من المؤمنين ، نَزْعُ فتيلِ العداوةِ

terj:  Hikmah lain yang dapat diraih dari orang mukmin dari hal ini (kesakitan yang ditimpa oleh musuh) adalah dengan cara memadamkan api permusuhan, firman Allah SWT:
ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

AQS Fushshilat 41:34 [Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia]

Kata Ibn Kathir: jika kita buat baik kpd musuh kita, mudah-mudahan permusuhan akan lenyap dan yang muncul ialah persahabatan yg amat akrab

 al-Hadith:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ 
Dari Abdullah bin 'Amru dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang Kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya” (HR Bukhari, no.09, lidwa)
Nota: maka tindakan saya yg pernah mengadu hal kepada pihak berkuasa  adalah kerana ingin selamat dari kejahatan lisan dan tangan seseorang yg mengaku berada di atas jalan salafus-soleh. sedangkan Nabi kata, org mukmin tidak akan menggangu orang lain dan keluarganya dgn lisan dan tangannya.

No comments: