solat Eid di tanah lapang |
Terjadi perdebatan hangat dalam syura KIC (kalamazoo islamic center) mengenai di mana akan diadakan solat pada tahun itu. Salafis mahukan ia dilangsungkan di tanah lapang sebelahan mesjid demi menegakkan syiar dan mengikuti sunnah. Namun, sebahagian AJK menolak kerana ada sedikit ketegangan di antara US dengan Iran ketika itu, maka ada sedikit sentimen anti-Islam di Amerika, maka demi menjaga sensitiviti umat Kristian, maka mereka mahukan solat di dalam Pusat Islam saja. Maka selepas diadakan undian, maka kemenangan berpihak kpd yg mahukan solat Eid diadakan dalam Pusat Islam saja. Akun juga mengundi supaya solat diadakan dalam KIC.
Solat dijangka akan bermula sekitar jam 8:30 pagi dan orang ramai sudah berpusu-pusu datang ke KIC. Suatu yang unik ialah pelajar2 melayu akan mengenakan pakaian tradisi melayu mereka. Manakala aku hanya mengenakan jubah arab sahaja.
gambar hiasan saja |
Tapi suatu yg menarik ialah pelajar-pelajar Melayu tidak dapat bertakbir dengan lantunan, matan (teks takbir) dan stail takbir yang biasa diamalkan di Malaysia dengan mendayu-dayu dan sayu. Ia mengikut rentak arab saudi yang biasa dan bersahaja tanpa koir serta melodi Melayu. Nampak ramai wajah-wajah Melayu yang agak kecewa kerana mereka rindukan takbir yang sedemikian untuk mengingati kampung halaman mereka.
Khutbah Raya disampaikan oleh Imam 1: syaikh Muhammad al-Khudhary dari arab saudi., campur antara bahasa Arab dan broken English. Selepas Raya, mesjid menyediakan jamuan ringan, manisan, halwa dari tanah arab, spaghetti, buah-buahan, jus, juga kuih muih dari Malaysia yang disumbangkan oleh MISG, kelab UMNO Kalamazoo dan orang persaorangan. Kemudian, para Ikhwan berkumpul di rumah akhi SA dan isterinya, kami beramah mesra, makan juadah spt satay, nasi himpit dan ketupat segera serta rendang. Kami juga berpeluang mendengar perutusan Raya dari Mursyid Malaysia secara langsung melalui telefon dalam 30 minit.
Apabila pulang ke rumah, aku juga membuat panggilan telefon IDD kpd Ukhti A di Malaysia, di mana Malaysia sudah pun beraya. Ini kerana USA ketinggalan 12 jam dari Malaysia. Aku juga bertanyakan keadaan persediaan ukhti dan kedua ibubapanya, adakah sesuai untuk proceed dengan majlis pertunangan. Dia memaklumkan belum sesuai lagi kerana masih terlalu banyak persoalan dan keraguan dari mereka. Aku merasa sedikit kecewa dan tertekan kerana tekanan dari ikhwan di USA yang mereka memerlukan seorang naqib yang memiliki isteri. Nampaknya, aku mesti mempercepatkan proses dengan mencadangkan apa kata keluarga ku datang merisik dulu sebagai menjaga adat. Ukhti A bersetuju dengan syarat, upacara perkahwinan nanti, keluarganya mensyaratkan ia mesti dilangsungkan di Malaysia juga. Aku katakan, kita akan ambil langkah demi selangkah, kita mulakan dengan selangkah dulu, iaitu merisik, kemudian pertunangan yang akan diadakan selepas Raya nanti. Aku sudah dapat bayangkan ukhti A agak tertekan dengan tekanan dari keluarganya. pada asalnya semasa di awal taaruf, beliau mmg solid mahu usahakan agar perkahwinan dapat dilangsungkan di US, namun tekanan keluarga mungkin menggugah sedikit komitmen beliau dengan baiah asal. TBC
No comments:
Post a Comment