---------------------------open quote:
5- Bahkan Islam tidak pernah melarang lelaki untuk berkahwin lain apabila isterinya sudah mati, tidak kira seminit, sehari atau setahun, atau pada bila-bila masa sahaja.
6- Anak-anak tidak boleh melarang ayah mereka berkahwin pada bila-bila masa, malah si bapa boleh berkahwin sesuka hatinya, tanpa perlu berunding atau memberitahu anak-anaknya.
-----------------------close quote
Ulasan thtl:
kenapa jiwa begitu keras sekali, kekadang nampak brutal di atas nama agama. apakah agama Islam mengajar pemeluknya supaya tidak memiliki perasaan hatibudi yg luhur. kenapa begitu stone dan cowboy sekali kita melihat isu "ayahku kawin lagi".
Mungkin penulis tidak pernah kawin, tidak pernah mengalami peristiwa tragis kematian ibu dan belum pernah lagi hidup bersama ibu tiri.
Bila sang ayah ingin kawin atau terus membujang sampai mati, itu tidak perlu diperbesarkan. Apakah kerana kita begitu marah dengan myth atau kata2 uruf yg popular.." aik mat, kubur isteri engkau tu masih merah lagi, takkan engkau dah mula mengintai nak kawin lain", lantas kita mengeluarkan ulasan yg keras dan memberontak??
Yang sebenarnya myth atau uruf itu dibina oleh banyak faktur, antaranya bahan bacaan, bahan bacaan amat negatif dengan ibu tiri, cerita2 spt bawang merah, bawah putih, atau Cindirella story mendatangkan nightmare kepada anak-anak yg kematian ibunya bila memikirkan kehadiran ibu tiri. Kemudian datang pulak filem dan drama2 TV, semuanya membawa watak stereotype, kekejaman ibu tiri yang memang typical dalam realiti terkini.
Maka mengulas kenyataan no 5, bahawa Islam tak pernah larang si bapa berkahwin lagi selang seminit atau sehari selepas pengkembumian arwah isterinya. Betul kenyataan tsb, tapi apakah kita buta kpd budaya, uruf dan manusia di sekeliling kita. Se macho mana lelaki, segagah mana lelaki dan seego mana seorang ayah, seorang suami, lihatlah orang-orang disekelilingmu.
Mengulas kenyataan no 6, memang ayah tidak perlu bincang atau berunding dengan anak-anaknya. Kenyataan ini pun nak kena halusi juga, kena lihat anak-anak tu peringkat usia berapa? Kalau bapak dan warga emas, duit pun dah tak berapa nak ada, maka kenalah berunding dengan anak-anak, kena minta bantuan kewangan dan urusan walimah al-urs. Kekadang kalau kena gayanya, anak-anak pulak yg kesihan kat ayahnya dan berpakat mencari calon isteri utk ayahandanya. Maka janganlah mengenepikan anak2 sendiri.
No comments:
Post a Comment