ومشهدُ القضاءِ : وهي أنْ تعلم أنه ما آذاك إلا بقضاءٍ من اللهِ وقَدَرٍ ، فإنَّ العبد سببٌ من الأسبابِ ، وأنَّ المقدر والقاضي هو اللهُ ، فتسلِّمَ وتُذْعن لمولاك
terj:Bukti Positif Ketauhidan #2 ialah anda semakin yakin dengan Suratan Takdir: anda harus sedar bahawa anda disakiti demikian rupa merupakan ketentuan Qadha' dan Qadar Allah sebenarnya, sedangkan ujudnya hamba (manusia) hanyalah perantara dari asbab (terjadinya sesuatu), sementara yang menentu dan menetapkan adalah Allah jua. Justru itu, istislamlah (berserah dirilah) dan tunduk patuh kepada Pelindung anda (Allah SWT).
Nota: sejak akhir-akhir ini saya memang amat merasai tersentuh dengan bab ini dalam kitab La Tahzan kerana memang saya disakiti, disakiti dari segenap penjuru, bahkan anak dan isteri saya pun merasa kesakitan dan kesedihan hingga kami terpaksa mendapat perlindungan dari pihak keselamatan negara. Namun setelah membaca tulisan ini, saya merasakan keujudan makhluk dan nicknames tersebut hanyalah asbab atau perantara yang mana Allah telah menetapkan itu semua terhadap kami sekeluarga. Setelah menyerahkan kepada pihak Berkuasa, kami akan pasrah terhadap apa jua yg bakal terjadi selepas ini, semuanya adalah ketentuan Allah jua.
2 comments:
Entri ni memang mengharukan dan menginsafkan.....
p/s: Syeikh, label/category posting ni patut letak bawah "La Tahdzan the series". Mungkin Syeikh terlupa click waktu publish new post.
solah,
mm dah label la tahzan the series pun...hehehe
Post a Comment