Thursday, February 2, 2012

Radd isu asal perkahwinan adalah berbilang isteri (10) : bedah otak

Apabila ada manusia muslim dan lebih ironinya yg mengaku perempuan muslimat yg mengeluarkan kenyataan:
Hukum Asal Pernikahan adalah Poligami atau berbilang Isteri

apa yang bermain dalam minda anda? apa yg anda fikirkan jika anda adalah lelaki dan apa yg anda fikirkan sekarang, jika anda adalah  seorang perempuan? Bagaimana jika yg membaca kenyataan ini adalah Non-Muslim?

sekilas pandang, kenyataan ini adalah mempermainkan agama bahawa Islam adalah seks. Ini adalah ajaran dalam OWC* yang ditaja oleh al-Arqam dan saya yakin perempuan yang membawa isu ini adalah penganut ajaran OWC yang diajar oleh Khadijah Aam.

Mereka juga tidak mengerti tujuan asal Islam menerimapakai hukum Poligami yg diamalkan dengan meluas dalam masyarakat jahiliyah dan juga ahlil Kitab. 
Maka, Islam sebagai agama yang praktikal, menetapkan hukum asal dalam perkahwinan ialah satu isteri dan mengekalkan hukum Poligami sebagai jalan penyelesaian kepada masalah seksual dan sosial dalam masyarakat bila masyarakat seluruhnya mengharamkan poligami dan menghalalkan perzinaan dan persundalan.
Islam berdiri sama dengan komuniti masyarakat global, One-Wife culture, tapi Islam menjadikan Poligami sebagai alternatif yg halal. Manakala komuniti global menjadikan one wife culture tapi mengharamkan poligami.
Sama juga dengan menyetubuhi perempuan hamba abdi. Komuniti global mengharamkan perdagangan hamba dan menyetubuhinya, maka Islam juga berdiri bersama komuniti global, tapi masih mengekalkan hukumnya sebagai standby.
Ini stand paling keras saya dalam isu ni dan kalau nak settle, saya minta NAZ, KSU syabab 2.0 menganjurkan suatu sesi dialog kritis antara syatibi uda, thtl dan aku hambaNya (atau kapten ke, TD ke; manakala Mod ialah xifu nasser ke) yg begitu lantang menyatakan Islam menjadi poligami agenda paling utama dalam pernikahan. Sedangkan saya berdiri menyatakan monogami adalah hukum asal Islam, sama dengan komuniti global, manakala poligami adalah ubat Islam, alternatif halal bila komuniti global menghalalkan pelacuran dan perzinaan.

--------------
* Obedient wives' Club yang beriman poligami adalah hukum asal perkahwinan dan seks adalah bukan milik yahudi.

No comments: