Wednesday, February 29, 2012

Travelog USA 47: Hari-hari Terakhir di Kazoo, Michigan 1.0


Aku sedang memasuki fasa akhir semester musim Panas di Western Michigan University (WMU). Aku mengambil buat kali kedua ujian GMAT (graduate management aptitude test), ujian kelayakan untuk memasuki program ijazah sarjana MBA. Jika keputusan GMAT bagus, maka seseorang akan berpeluang memasuki universiti2 pengajian perniagaan terkemuka di USA. Bila keputusan keluar, ia lebih baik dari keputusan yang ku ambil kali pertama dulu., tapi tidaklah cemerlang Lega sikit rasanya. Maka aku mula memohon  lima (5) universiti di seluruh USA dan ramai ikhwah yang tolong hantar borang supaya aku dapat belajar di universiti mereka. Akhirnya aku senaraipendek dan memohon lima universiti, iaitu:
  • Ohio university, di bandar Athens, Ohio. ia merupakan universiti yang popular di kalangan pelajar Melayu;
  • University Nebraska-Lincoln kerana ramai ikhwah brotherhood di sana, khususnya mas'ulnya, akh MH;
  • Morehead State University, di Kentucky
  • Lamar University di Lamar, Texas, jauh ke selatan, mas'ul di sana ialah bro HK;
  • Drake University di Bandaraya Des Moines, ibunegeri Iowa. Ia berdekatan dengan bandar Ames, di mana ramai ikhwah menuntut di Iowa State University. Aku paling suka dengan Des Moines kerana amat dekat dengan Ames.
Aku tidak langsung menyenaraikan nama WMU kerana terasa ingin mencari kawasan baru dan lebih strategik utk dakwah brotherhood. Lagipun rugi kalau kita belajar utk program bachelor dan masters di bandar dan negeri yang sama, itu nasihat para senior. Aku telah membuat notis resmi kepada AJK Kalamazoo Islamic Center (KIC) akan keputusanku untuk meninggalkan Kalamazoo dan berhijrah ke negeri lain. Kebanyakan mereka tidak dapat menerima keputusanku dan meminta agar aku menimbangkan semula dan membatalkan hasratku untuk meninggalkan Kalamazoo. Ini kerana penggantiku memang tiada dan mereka akui untuk mencari pemberi khutbah Jumaat yg boleh dwi-bahasa (arab dan Inggeris) memang sukar,. Aku tidak menyangka mereka begitu menghargai sumbangan kecil dari diriku sebagai salah seorang Imam dan khatib Jumaat di KIC. Namun, pada minggu berikutnya, aku menyampaikan keputusan resmi bahawa akan tetap meninggalkan Kalamazoo juga. Maka akhirnya AJK KIC menerima keputusanku dengan lapang dada dan pada minggu berikutnya, mereka membuat pengumuman resmi sebelum Khutbah Jumaat kepada komuniti Kalamazoo.  Reaksi masyarakat arab khususnya amat memeranjatkan aku, kerana mereka rata-rata selepas itu melahirkan rasa sedih dan kesal dengan keputusanku meninggalkan Kalamazoo. Ramai mereka datang memelukku erat-erat, suatu suasana yang aku tidak dapat dari bangsaku sendiri. Aku akan sampaikan beberapa tindakan pak arab yang amat meninggalkan kesan dalam hatiku hingga kini...TBC

No comments: