Sunday, February 26, 2012

IRF Book Launching 26 Feb 02

Siang tadi, saya menghadiri Majlis Pelancarang Kitab Terjemahan Melayu Juz 30, Prof allamah Muhammad Assad (w. 1992, Granada, Sepanyol) di Muzium Kesenian Islam, berdekatan Mesjid Negara. Ia merupakan undangan peribadi sahabat lama saya, Prof Dr Ahmad Farouk Musa (semuga Allah memeliharanya) bermula jam 3:30 petang. Saya tiba lewat 15 minit kerana hujan lebat sepanjang jalan dan di sekitar Muzium sudah pun reda. Majlis full-house dan saya ditempatkan satu meja bersama tiga sahabat lama, sungguh tak ku sangka:
  • Dr Maszlee Malik dari UIAM
  • al-Muhaddith Adhlan Abdul Aziz (UAAA)
  • Syaikh Ahkami, Tn Hj Kamin
Di meja hujung, dua orang kuat IRF, bro Doc abulharith dan al-anwar dari syabab  afn2.0 sebagai jurugambar resmi majlis.
Seronok dapat duduk semeja dengan Dr Maszlee, UAAA dan Hj Kamin kerana sudah banyak tahun kami tidak duduk sedemikian, kali terakhir 5 tahun lepas semasa usrah dwi-bulanan di Kota Damansara di rumah  doc Maszlee.
Ucapan Dr Farouk selaku Presoiden IRF agak touching juga, di mana beliau menyorot kembali penglibatan beliau dalam dakwah, bagaimana dia terlibat dengan Ikhwan dan menemukan beliau dengan aliran reformis sebelum Ikhwan, iaitu dengan gerakan reformis syaikh Muhammad Abduh, Rashid Ridha dan akhirnya dengan Prof Assad. Beliau juga menerangkan secara ringkas biografi Muhammad Assad (Leopold Weiss).
Majlis disempurnakan oleh Prof Dato' Kamal Hasan dari UIAM. Menarik kerana Prof Kamal membuat sedikit koreksi ke atas manhaj Muhammad Assad dalam metodologi tafsirnya dan nampak Dr Farouk agak tersentak juga. Tapi teguran Prof Kamal Hasan tu memang boleh dibincangkan dan difikirkan kerana beliau juga mengkaji pemikiran Assad dengan mendalam.
 
Book Launching:
 Jodol: Risalah al-Qur'an
(The Message of the Qur'an)
Juz 30 atau Juz Amma
Semua yang hadir mendapat satu naskhah seorang, hebat juga memandangkan kitab ni adalah hard-cover. Terimakasih IRF di atas hadiah yang begitu bermakna, berbaloi juga datang dalam hujan lebat ni...hehehe.

Ia hasil terjemahan Dr Ahmad Nabil Amir, orang kuat IRF (Islamic Renaissance Front Bhd, NGO Profesional elitis).
Hardcover, 131 ms dan hasil usahasama IRF, IKD (institut Kajian Dasar) dan IBT (Islamic Book Trust). Harga saya tidak pasti, tapi menjangkakan dalam lingkungan RM 40.00
Ia adalah sedutan dari Tulisan masterpiece (monumental) Prof Asad, The Message of the Qur'an, yang dihasilkan dalam jangka masa 17 tahun. Ia dimulakan pada tahun 1960 dan siap pada tahun 1984. Segala ilmu, pengembaraan Prof Asad ke seluruh dunia arab dan India dituangkan dalam tafsir Asad ini. Ia cuma 1 jilid saja, dan tergolong dalam kategori tafsir Maudhu'iy atau Tematik al-Qur'an. 

Majlis disudahi dengan majlis hi-tea. Selepas itu kami (UAAA, Hj Kamin) bergerak ke Masjid Negara untuk solat Asar. Bersurai

Sekalong terimakasih kepada Dr Farouk Musa, Dr abuharith dan al-anwar kerana hospitality kalian.

No comments: