Sunday, February 19, 2012

20 Hadith Maqlubah (19) - Tajdid agama setiap 100 tahun

20: 19 Seputar usaha-usaha pembaharuan agama

Takhrij hadith:
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِيُّ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي أَيُّوبَ عَنْ شَرَاحِيلَ بْنِ يَزِيدَ الْمُعَافِرِيِّ عَنْ أَبِي عَلْقَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فِيمَا أَعْلَمُ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا  قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ شُرَيْحٍ الْإِسْكَنْدَرَانِيُّ لَمْ يَجُزْ بِهِ شَرَاحِيلَ

(HR Abu Daud, no.3740) : Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Dawud Al Mahri berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb berkata, telah mengabarkan kepadaku Sa'id bin Abu Ayyub dari Syarahil bin Yazid Al Mu'arifi dari Abu Alqamah dari Abu Hurairah yang aku tahu hadits itu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Setiap seratus tahun Allah mengutus kepada umat ini seseorang yang akan memperbaharui agama ini (dari penyimpangan)." Abu Dawud berkata, "'Abdurrahman bin Syuraih Al Iskandarani meriwayatkan hadits ini, namun tidak menyebutkan Syarahil."
Tahqiq al-Albani: sahih
الراوي:أبو هريرة المحدث:الألباني - المصدر:صحيح أبي داود- الصفحة أو الرقم:4291
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Juga disahihkan oleh Dr Yusof al-Qardhawi dalam 'Kaifa nata'amalu ma'a as-sunnah an-nabawiyah" (bagaimana interaksi dengan sunnah kenabian).
Kefahaman Maqlubah (menyimpang atau songsang) seputar hadith tajdid agama.
Di sana ada dua kelompok muslim yang menyimpang dalam memahami hadith tentang tajdid agama:
A. kelompok Ortodoks atau Kesalafian tulin yang menolak apa jua pembaharuan agama. Bagi mereka agama sudah sempurna dan umat  setiap zaman di masa depan perlu menyesuaikan dengan agama.Bagi mereka semua perkara berhenti pada kaum salaf secara statik, stagnan, dan umat kemudian hanya perlu ittiba' (ikut sahaja).
B. Kelompok Liberalis/Modernis pula mentakwil, setiap zaman, setiap era, agama mesti diolah semula dengan wajah yang baru, perinsip yang baru, sistem yang baru, dan metod yang baru;  agama mesti disesuaikan dengan perkembangan zaman.
Pemurnian Tajdid dalam agama:
1. Tokoh besar abad ini, al-Imam Prof Yusof Abdullah al-Qaradhawi , YDP Majlis Ulama Sedunia, bermastautin di Dhoha, Dawlah Qatar, 84 tahun ( semuga Allah memanjangkan usianya, Min Ajli Shahwah Rasyidah, (dalam kerangka pembaharuan yang lurus) )menyatakan, maksud tajdid agama ialah 'restoration' atau membaik pulih agama kepada bentuk asalnya. Contoh sebuah projek Unesco untuk memulihkan semula bangunan lama yg ada unsur sejarah, ia bukanlah projek meruntuhkan bangunan lama tersebut dan membina semula bangunan baru mirip bangunan lama, tapi maksud tajdid bangunan lama ialah memulihkan bangunan itu, mengekalkan kerangka asalnya, mengganti komponen yg rosak, membetul kecacatan  dan keretakan dan mengetuk semula dan seterusnya mengecat dan mengindahkan kembali. Maka itulah tajdid agama bermaksud bukan meruntuhkan apa yang ada, tapi memulihkan semula sebagaimana asalnya. Dalam maksud mudah tajdid agama ialah pembaharuan kefahaman, pembaharuan keimanan, dan pembaharuan amalan beragama sama seperti kefahaman, keimanan dan alaman kaum salaf kita yg pertama dulu. (Salaf ialah pendahulu umat Islam yakni sahabat, tabi'in dan pengikut tabi'in sekitar 300 tahun pertama hijriyah)
2. Tokoh Pemikir Egypt yg ulung, Prof Dr Muhd Imarah (80 tahun, semuga Allah memanjangkan usianya) menjelaskan tajdid adalah salah satu ciri penting Islam dan pemuliharaannya supaya ia kekal releven dengan perubahan masa . Namun ia tersepit antara kefahaman salafiyah vs pembaharuan (tajdid) vs bid'ah (tokoh tambah). Salaf bermaksud inti agama, tempat merujuk, benchmark agama , akar bagi agama kita. Tajdid pula merendangkan agama, membuka cabang2 baru dan menyesuaikan realiti baru dengan teras agama. Bid'ah pula penambahan dan pengurangan kepada inti dan ranting agama. Maka tajdid ialah menyingkap wajah Islam yg asal yakni kembali kpd wajah salaf dan membersihkan agama dari bid'ah dan menyesuaikan realiti dengan agama dengan ijtihad-ijtihad yg segar dalam rantingan agama (Dr Imarah, al-Ma'rakah al-Mustalahaat (perang terminologi, no 23)

Rumusan:
Tajdid ialah:
1. membaikpulih  bangunan lama Islam, atau restoration sebagaimana asalnya
2. ialah memperbaharui amalan agama supaya sama dengan kefahaman dan amalan kaum salaf
3. agama ialah kembali mengambil ajaran islam yg asal, membuka ijtihad supaya Islam releven dengan masa dan memkbersihkan (tasyfiyah) ia dari bid'ah baik pada intinya atau rantingannya
Ianya bukan tajdid:
1. jika ajaran  Islam mesti ditafsir dan diolah semula baik inti dan rantingannya kerana Islam mesti disesuaikan dengan zaman dan tempat. Ini modernisma atau Liberalisma agama.
2. Islam sudah sempurna, tidak boleh diubah, diolah, ditafsir. Masa perlu ikut Islam bukan Islam kena ikut masa. Ini Ortodoksi (kejumudan) dalam agama. WA

No comments: