Wednesday, February 1, 2012

La Tahzan 153-2: Jauhi orang Dungu, منْ أسبابِ الكدرِ والنكدِ مجالسةُ الثقلاءِ

قال الشافعيَّ عنهمْ : إنَّ الثقيل ليجلسُ إليَّ فأظنُّ أنَّ الأرض تميلُ في الجهةِ التي هو فيها

terj: Berkata Imam Syafi`iy rh tentang ats-Tsuqalaa' (orang dungu): "Jika saya duduk bersama orang yg bodoh, terasa bumi menjadi senget kerana beratnya bebanan dia."
Maksud Imam Syafi`iy (Gazzah, 204H) ialah kita menjadi sesak nafas kalau lama-lama duduk bersama dengan orang yang telah dinyatakan sebagai ats-tsuqalaa' (kemungkinan ahli bid'ah, orang yang buruk perangainya atau kaum yang menyimpang dari mainstream ahli sunnah wal jamaah).
وكان الأعمشُ إذا رأى ثقيلاً ، قال:( رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ)
.
terj:  Adapun al-A'masy ( tabi'in, Abu Muhammad, Sulaiman bin Mahran, Kufik, w.148H) sebaik saja beliau melihat orang dungu, beliau akan membaca ayat ini:
AQS  ad-Dukhan 44:12 ["Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan (benar-benar) beriman"].
Nota: Di sisi al-A'masy, orang dungu dan ahli bid`ah diibaratkan sebagai azab. Memandang mereka pun sudah azab, apatah lagi melayan mereka dalam forum-forum di cyber.
Sebuah syair Arab:
لا بأس بالقومِ مِنْ طُولٍ ومِنْ قِصرٍ*  جِسْمُ البِغالِ وأحلامُ العصافيرِ
terj:  Tidak mengapa atas sesuatu kaum akan hal tinggi-rendah (saiz badan) mereka *
namun berbadan keldai dan otak udang...
Nota: Maksud syair ini ialah sesuatu kaum tidak dinilai saiz fizikal mereka, sama ada bersaiz tinggi atau pendek, tapi yang diambil kira ialah sikap dan perilaku kaum tersebut.

No comments: