Friday, February 17, 2012

radd atas ulasan Masih Merah Tanah Kubur part 4

Rasanya, topik ni ada tiga isu yg dirangkum sekali harung:

1. Isu bapak yg kematian suami berhak kawin sebaik sahaja menyempurnakan jenazah isterinya

2. Isu bantahan para isteri bila suami nak pasang dua dan

3. Isu bantahan anak-anak dari isteri pertama bila ayahnya nak pasang dua atau tiga..

Mod berbahasa perancis dan jepun menyatakan...

-------------------------------------------------open quote:
7- Tidakkah isteri wajib patuh dan taat kepada suami? Maka mengapakah ramai yang derhaka apabila si suami ingin berkahwin lain?

8- Mengapakah ramai wanita meletakkan emosi mereka di hadapan, lantas membuang ajaran agama tentang kebenaran berkahwin dua, tiga atau empat?


9- Berapa ramaikah wanita yang mengutuk, mengeji, memarahi, atau membenci suami apabila suami berkahwin lain, sehingga mereka melupakan segala kebaikan yang suami pernah berikan? 

--------------------------------------------close quote
Ulasan:
Pointer 7-9, beliau membentak para isteri-isteri melayu di Malaysia yang rata-rata menolak poligami.

isu no 7: apakah jatuh derhaka jika suami menyatakan hasrat ingin kawin lagi, lalu dibantah keras oleh isterinya?
Jawab: Ini bukan isu derhaka, ini isu maruah wanita melayu itu sendiri yg tercabar dan tercalar bila suaminya pasang dua. Bila dalam keadaan aman, tanpa ada apa-apa angin, tiba-tiba suami nak pasang dua, sudah tentu wanita, mana-mana wanita pun akan tersentak, tersentap ego dan maruahnya. Jika dia menolak, hatta sampai ketahap dia mengadu kepada Hakim, bahawa dia khuatir dengan keadilan suaminya, dengan dia tahu kedudukan ekonomi suaminya, maka tindakan isteri tersebut bukanlah derhaka dalam keadaan sekarang. Itu mempertahankan hak dan harga dirinya. Kita lelaki, dengan ego lelaki, memang senang cakap, "aku nak kawin lagi", tapi kita kena sekali sekala kena menjadi wanita, selami perasaan para wanita, turun padang menyelami hakikat poligami dari kacamata mereka, dalam suasana hari ini. Cuba acah emak kita ke, "emak-emak, apa perasaan emak, emak setuju tak,  kalau ayah kita berhasrat nak kawin satu lagi, bahkan nak tambah dua lagi..." apa jawapan ibu anda? Mungkin penampar akan singgah di pipi anda. Jadi derhaka ni kena diputuskan oleh mahkamah syariah ke, oleh Hakam ke. Jika didapati tak ada kes, suami ada kemampuan ekonomi, gaji RM40 ribu sebulan (misalnya), kereta besar 3-4 biji, ada kemampuan utk adil, maka ketika itu barulah isteri jatuh derhaka dengan tambahan syarat, suaminya adalah seorang yang alim, soleh, zuhud dan wara'.

Isu no. 8. Kenapa isteri meletakkan emosi di hadapan dalam isu poligami?. itu memang sifat wanita. Isu poligami mmg berat, bayangkan kalau isteri kita menduakan kita, main kayu tiga, maka lelaki boleh jadi GILA dengan kemarahan. Maka perasaan yg sama kita kena letak kpd wanita. Hatta wanita yg mandul atau sakit sekalipun, dia amat berat untuk berkongsi suaminya, itu memang fitrah wanita. kongsi katil dan kemaluan ni bukan benda main-main.

Isu no 9.  Jika isteri mengutuk, mengeji, memarahi dan membenci. Itu adalah tsunami poligami. Spt kata pakar poligami kat jiran sebelah tempat memanda Mod bertugas, ujian yg paling tepat utk menguji samada anda sedia utk menengar cacian tsb ialah dengan membela 12 ekor anak ayam baru menetas dalam rumah anda, dan letakkan anak2 ayam tersebut dalam master bedroom anda. Jika anda boleh tidur lena dengan bunyi bising "ciap ciap ciap ciap" anak-anak ayam saban malam, itu petanda anda boleh berpoligami.
Dalam dunia sebenar, isteri pertama mengamuk sakan itu akan pasti terjadi, pasti terjadi dalam generasi akhir zaman. mereka bukanlah fatimah, aisyah, khaulah, ummu haram, asma' bte abu bakar..tapi mereka cuma wanita melayu biasa saja. Maka sudah tentu, 100 hari pertama poligami anda adalah ibarat neraka dunia. saya sudah menyaksikan banyak tsunami tersebut berlaku di hadapan mata kepala saya sendiri. Bukan saja anda akan dibenci oleh isteri anda, malah oleh mertua, ipar duai dan bapak sedara sebelah isteri. sapa yg berjaya melepasi tsunami poligami tsb, memang saya salute abislaa...

Saya bercakap dalam konteks realiti, manakala penulis Ulasan super ringkas ini menulis dalam konteks IDEALisme. Ia tidak akan berlaku demikian, kerana gap atau jurang antara wanita melayu dan wanita arab saudi amat jauh sekali. Jurang ekonomi antara syaikh2 arab saudi dengan lelaki melayu yg kaya pun agak jauh jurangnya..dan jurang masa, penulis poligami zaman terbaik Islam, 300 hijrah yg pertama berbanding dengan alaf 21 sekarang.

No comments: