Saturday, February 4, 2012

Radd isu asal perkahwinan adalah berbilang isteri (14) : manhaj poligami TD

 Nota buat TD: kenapa saya teruskan perbahasan poligami di blog saya dengan lebih detail? kerana kawe rasa terkilan kerana tajuk ini membuatkan afn 1.0 hancus, kawe pula dibenci oleh mereka. Maka perbahasan di afn 1.0 dulu tergantung kerana ia bertukar menjadi isu peribodi, tapi bila saya udah ada blog sendiri sekarang, maka saya ingin teruskan manhaj saya dalam memperkatakan apa itu Poligami dari ilmu fiqh yg saya fahami. Walaupun saya tidak berpoligami, jangan perkecilkan saya. Ingat bahawa syaikhul islam Ibn Taymiyah tidak pernah kawin, tapi dia mampu berfatwa dalam isu2 kekeluargaan. Imam nawawi juga tidak pernah mengecap nikmat perempuan, tapi dia mampu berfatwa dalam hal ehwal rumahtangga.

Berkata lagi Syaikh TD:
Untuk menampak benarkan polemik ini, perhatian ditumpukan kepada apa saja yang mustahil untuk dibuktikan secara fizikal, sesuatu yang melibatkan hati, yang melibatkan hal-hal yang terlalu abstrak serta subjektif, dan boleh dibahaskan sehabis-habisnya sepanjang masa, sepanjang hayat, tanpa sebarang kesimpulan yang konkrit.
Ulasan:
bab hati, fuqaha sepakat ia bukan syarat poligami, hati yg dimaksudkan oleh TD ialah isu Love.
Jika TD ada 3 atau 4 isteri, mesti ada isteri yg paling mencuit hati, yang paling manja, bau yg paling harum, yang paling hangat pelukannya, yg paling mungil susuk tubuhnya , lantaran itu, hati si poligamis sentiasa teringatkan kepada isteri tsb. Dalilnya: ayat yg selalu TD baca sejak 7-8 tahun lalu.
وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمً

AQS an-Nisaa' 04: 129 [Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang].
Nota: ayat ni, Allah tahu si poligamis memang tidak akan mampu memberi keadilan cinta dan kencederungan kpd salah seorang haremnya. ini kerana sifat fizikal dan layanan wanita tidak sama terhadap suaminya.
dalil hadith:
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ الْخَطْمِيِّ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْسِمُ فَيَعْدِلُ وَيَقُولُ اللَّهُمَّ هَذَا قَسْمِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ *قَالَ أَبُو دَاوُد يَعْنِي الْقَلْبَ
(HR Abu Daud, no.1822) : Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il, telah menceritakan kepada kami Hammad dari Ayyub dari Abu Qilabah dari Abdullah bin Yazid Al Khathmi dari Aisyah, ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberikan pembagian dan berbuat adil dalam membagi, dan beliau berkata: "Ya Allah, inilah pembagianku yang aku mampu, maka janganlah Engkau cela aku pada sesuatu yang Engkau mampu dan tidak aku mampu." Abu Daud berkata; yaitu hati. (lidwa) 
Ulasan: Kita semua perasan, Aisyah ra adalah buah hati baginda saw, maka sebab itu baginda meminta ampun kepada Allah kerana hati baginda tidak mampu memberi keadilan hati . . Maka keadilan cinta tak ada masalah TD

No comments: