Saturday, February 4, 2012

Previu 25 buku kecil cili Padi -2

Buku kedua:
Jodol Indo: 35 Adab Islam
Jodol Arab: Min Adabil Islam, (من أدب الإسلام ) atau sebahagian adab Islam
Pengarang: Syaikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, (الشيخ عبدالفتاح أبو غدة ), w. 1997, Hallab, Syria.
Manhaj: Ikhwan Muslimoon, mazhab Hanafi
Genre: Adab/akhlak/Etika
Kategori: terjemahan Indo
Penerbit asal: Darul Basyair al-Islamiah, Beirut, 1993
Penerbit Indo: Pustaka al-Kautsar, Jakarta, Ina, 1996
PDF/e-Book: ada
ms: 107  saiz: 13 X 18 cm
Harga RM4.80
-----------------------------------------------
35 Adab/Etika pilihan ini disadur dan diberi nafas baru oleh Syaikh Abd Fatah dari kitab asal, Risalah al-Mustarsyidin (رسالة المسترشدين) karya Imam al-Harith al-Muhaasibi.
  1. Adab Masuk dan keluar rumah;
  2. adab mengucap salam ketika masuk dan keluar rumah
  3. adab memberi isyarat pada saat memasuki rumah
  4. adab meminta izin kepada penghuni bilik
  5. adab mengetuk pintu
  6. adab menyebut nama orang dengan tepat
  7. adab temujanji
  8. menundukkan Pandangan
  9. adab memakai dan melepaskan kasut/selipar
  10. adab duduk ketika bertamu
  11. adab menginap di rumah sebagai tetamu
  12. adab masa ketika menjadi tamu
  13. adab berbicara ketika menjadi tetamu
  14. adab memberi salam kepada sesuatu majlis
  15. adab duduk dalam majlis
  16. adab dengan orang tua
  17. adab bersahabat
  18. adab mendahulukan orang yg lebih senior
  19. adab dengan kedua ibubapa
  20. adab berbuat baik kepada ibubapa
  21. adab menyambut orang yg bermusafir
  22. adab menerima tetamu
  23. adab menunaikan hak sahabat yang sakit
  24. adab ziarah orang sakit
  25. adab pakaian dan bicara ketika ziarah orang sakit
  26. adab menyalurkan berita yang tidak enak
  27. adab dalam bertakziah
  28. adab berdoa untuk mayyit
  29. ada berbicara dengan tamu
  30. adab mendengar
  31. adab berbahas
  32. adab dalam sesi soal-jawab
  33. adab ziarah khusus utk wanita
  34. adab masuk bilik yang penghuni sedang tidur
  35. adab menghadiri majlis walimah al-urus
rating di atas skala 5  bintang: 4  bintang
hadith2 di dalam kitab ini syaikh Abd Fatah memberi jaminan hanya yg sahih dan hasan sahaja

No comments: