Saturday, February 18, 2012

Isu azan dalam parlimen Mesir

Latarbelakang:
Ini adalah persidangan pertama Parlimen Mesir selepas PRU Egypt. Parti IM yg diwakili FJP menang 46%, maka mereka mendapat hak utk melantik speaker dari parti IM. Maka terlantiklah speaker baru, YB Saad al-Katatni. Parti Salafiah yg diwakili Parti an-Nuur mendapat 25% undi dan merupakan parti kedua terbesar dalam Parlimen Egypt.
Suasana tegang dalam parlimen Egypt ni kerana kuasa military belum diserahkan sepenuhnya kpd parti yg akan membentuk kerajaan, manakala Mesir juga masih belum memutuskan samada akan menggunapakai sistem lama, sistem Presiden atau sistem Berparlimen.

ketegangan antara parti IM dan parti salafi ni dah nampak ketika pembukaan Parlimen pada 27 januari, di mana YB dari Parti Salafi menghadapi masalah ketika sesi angkat sumpah kerana mereka tidak mahu membaca teks lama, mereka ingin teks angkat sumpah itu digubah semula sesuai dengan kehendak syara', maka YB parti salafi anNurr sudah bertikam lidah dengan speaker yg baru Saad Katatni.

Sejak sesi angkat sumpah, nampak hubungan antara parti FJP (speaker) dan an-Nur ni akan teganglaa. Belum habis reda dengan isu kecoh sesi angkat sumpah, parti anNuur bikin kecoh lagi dengan mahukan ada sesi break untuk solat. Bila usyul beliau ditolak, maka ketika itu Ismail Mamduh bangkit dan melaungkan azan dalam Parlimen mesir.
Ia bukan apa, cuma perselisihan ketika sesi angkat sumpah dah melarat ke dalam isu azan. Ini menampakkan geng salafi ni amat teliti dalam isu angkat sumpah dan isu jaga solat dan mereka nak kenen kat parti Ikhwan, depa ni lebih Islamik.

Ini sebenarnya tidak patut, kerana:
1. Dua parti Islam itu sudah menguasai 71 popular votes, sudah menguasai Parlimen dan boleh membentuk kerajaan campuran yg kuat, tapi mereka nampaknya mula berselisih dalam isu2 yg tidak sepatutnya.
2. kebanyakan YB parti IM dan an-Nur baru pertama kali menyertai Parlimen. Ini sesi pertama mereka. sepatutnya mereka fokus dulu kpd isu yg lebih besar, yakni apakah sistem pemerintahan Mesir dan bilakah Military akan menyerahkan kuasa kpd parlimen.
3. Isu solat boleh settle kemudian, setelah isu2 pembentukian kerajaan , penyerahan kuasa Tentera dan isu2 kematian ramai pejuang, dan ramai lagi senarai aktivis Tahrir Square yg masih hilang. Ini fokus mereka dari parti FJP dan an-Nuur.


ke empat: apakah baik tindakan azan di Parlimen?
jawabnya: tidak, kerana hubungan antara dua parti islamik itu akan goyah kerana harapan rakyat Mesir ialah kpd dua parti ini, FJP dan an-Nuur dan tidak boleh isu2 azan dan angkat sumpah menjadi punca mereka akan bergaduh. Isu waktu break utk solat boleh settle kemudian.
Yang boleh azan ialah pada hari Jumaat, itu dinamakan azan Uthmani. Azan solat lima waktu tidak sepatutnya, kerana akan mengeruhkan hubungan sesama YB. Kita tidak boleh nak tunjuk lebih alim dari yg lain dan parti kita lebih Islamik dari parti lain.

namapun Parlimen, jika YB YB tidak dapat memutuskan sesuatu dgn syura, maka apakah mereka bisa memberi kepimpinan yg kuat kpd rakyat arab Egypt? Dua isu pembukaan Parlimen sudah menampakkan kekurangan pengalaman mereka, yakni bergaduh pasal isu teks angkat sumpah dan waktu break utk solat.